Penyakit-penyakit
yang pernah dirawat dengan hidroterapi ais Colour Vibration Therapy (CVT) di
cawangan Kota Masai Pasir Gudang.
seorang pesakit
yang datang dari Kota Tinggi pada 19/07/03 mengidap darah tinggi dan kencing
manis - tekanan darah 190 plus sebelum rendaman pertama.
saya berikan
garam booster sahaja (budget) untuk diamalkan. 20/07/03, teruskan rendaman ke2.
21/07/03 sebelum rendaman ke3, tekanan darah beliau sudah diparas 130, dan
matanya lebih jelas dari sebelumnya.
kos untuk
menjalani pembedahan untuk masalah inin sekurang-kurangnya rm5000. tahun lepas,
kawan saya membawa adiknya (perempuan berumur 20 puluhan) untuk menjalani
rawatan hidroterapi di pusat rawatan saya. selepas 3 rendaman badan (isteri
saya yang menjalankan rawatan untuk wanita), beliau saya berikan nw02, nw16 dan
nw17, dan seri wajah. masalah beliau selesai selepas 3 rendaman. baru-baru ini
saya ada bertanya dengan kawan saya itu, beliau memberitahu, sehingga sekarang
masalah itu tidak datang lagi.
sepasang suami
isteri datang membawa anak perempuan mereka yang mempunyai masalah yang di
atas. anak mereka baru lepas spm. apabila dirujuk kepada hospital, pihak
hospital menyarankan beliau diberi pil perancang untuk menyelesaikan masalah
itu. oleh kerana tidak setuju dengan cara itu, mereka ingin mencuba rawatan
hidroterapi ais cvt.
selepas
rendaman badan yang pertama, saya berikan beliau nw02. pada hari ke2 beliau
memberitahu period dah berhenti. selepas rendaman ke2, saya berikan nw16. pada
hari ke3 tidak ada period, saya berikan nw17. ini berlaku pada tahun llepas.
sewaktu saya
bekerja di meru tahun lepas, ada seorang kawan bernama Roslan dari Banting
berjumpa saya di tempat kerja. Beliau memberitahu yang beliau baru keluar dari
hospital kerana masalah hempedu. ketika itu beliau sedang dalam kesakitan dan
tidak mampu memandu. beliau memberitahu hospital pakar memberi beliau tempoh
3-4 hari untuk membuang hempedunya yang dikatakan rosak.
Saya menyuruh
beliau membeli ais dan saya cuba menjalankan rawatan hidroterapi ke atas beliau
waktu makan tengahari. Esok paginya beliau menalipon saya memberitahu sakit
beliau sudah tidak ada lagi. saya menyuruh beliau berjumpa saya dan saya
berikan beliau seri wajah, garam booster dan nw01 dan menyuruh beliau membuat
sendiri rawatan itu di rumah.
beberapa hari
lepas saya menalipon beliau untuk memastikan keadaan beliau (hampir setahun),
beliau memberitahu masih seperti biasa. memang sudah rezeki beliau, selamat kos
pembedahan rm5000 dan selamat dari kehilangan hempedu yang besar fungsinya
untuk kehidupan yang sihat.
seorang kawan
membawa datuk beliau yang berusia 82 tahun ke tempat saya untuk di rawat.
sebelum itu beliau telah pergi ke klinik swasta, dan disarankan supaya pergi ke
hospital. kakinya bengkak dari betis ke bawah, kelihatan seperti untut.
penyakit
seperti ini belum pernah saya rawat. ianya bukan ghout dan pesakit tidak ada
masalah kencing manis. saya jalankan rawatan hidroterapi ais cvt dan berikan
nw01 dan garam booster. pada keesokannya beliau datang lagi, didapati bengkak
sudah susut sedikit.
selepas rawatan
ke2, nanah keluar dari kaki beliau. selepas 5 rawatan, saiz kaki beliau kembali
normal.
ada seorang
pesakit wanita berumur 82 tahun datang untuk mencuba rawatan hidroterapi ais
untuk masalah migrainnya yang dah dihidapi bertahun-tahun. mata beliau
kelihatan merah dan berair kerana tidak cukup tidur - beliau tidak dapat tidur
nyenyak dan sering mengigau.
selepas rawatan
pertama, beliau memberitahu beliau telah dapat tidur dengan nyenyak dan selesa
tanpa mengigau. jadi, migrain pun cepat juga kesannya kalau betul caranya.
PARKINSONS
JUGA BOLEH DIRAWAT
seorang kawan
membawa bapa mertuanya dari felda sening kota tinggi yang mengidap penyakit
parkinsons selama lebih kurang 2 tahun. beliau perlu mengambil sebiji ubat
sehari untuk mengelakkan dari menjadi kaku. juga ada penyakit darah tinggi.
pada hari
pertama datang untuk dirawat pergerakan beliau sangat perlahan, berjalan tanpa
mengangkat kaki.
pada hari
ketiga sudah boleh mengangkat kaki untuk melangkah. saya menyarankan supaya
mengurangkan pengambilan pil hospital kepada 1/2 biji sehari dan seterusnya
mengurangkan kepada 1/4 dan berhenti terus dalam tempoh seminggu.
selepas 2
minggu rawatan beliau sudah boleh menebas, biasalah orang felda. sepanjang
rawatan beliau saya beri nw01, nw20 dan garam booster.
seorang kawan
dari senai johor membawa isterinya untuk mencuba rawatan hidroterapi ais untuk
masalah senggugutnya yang boleh dikatakan teruk. setiap kali period, mesti mc.
selepas 3
mandian dan formula nw16, tidak ada senggugut lagi pada 3 kali period selepas
rawatan, dan tak perlu mc lagi.
HILANG
KEBOLEHAN BERCAKAP - BOLEH CUBA JUGA
semasa saya di
kampung, ada seorang yang sekampung dengan saya membawa isterinya yang hilang
kebolehan bercakap. sebelum ni dah macam2 cara dan kaedah di cuba, termasuk
urutan tradisonal. dengan izin tuhan, semasa berendam yang pertama beliau
mengeluh kerana rasa sakit semasa berendam dengan menyebut
"sakitnya!". selepas rawatan tu beliau dah boleh bercakap seperti
biasa.
dah ramai
pesakit stroke yang berjaya dipulihkan dengan rawatan hidroterapi ais CVT.
biasanya kesan pemulihannya dapat dilihat dalam tempoh 3 rawatan.
ada juga
pesakit yang tidak mendapat kesan yang diharapkan. biasanya yang tak yakin,
yang tidak betul2 berminat dan yang mengambil rawatan bukan di atas kehendak
sendiri. ada juga yang tak ambil formula seperti yang diberitahu.
untuk mereka
yang mempunyai ahli keluarga yang mengidap stroke, boleh cuba rawatan ini,
kerana kesannya terlalu cepat berbanding terapi yang dibuat di hospital. jangan
fikirkan 5 tahun mengidap stroke sudah terlalu lama untuk pulih. kalau yang
baru 2-3 hari kena tu, lebih cepat sembuh - mungkin dalam 7 rawatan atau
kurang.
anak saya yang
berumur 5 tahun tiba2 tumbuh bintat besar di lengannya (ada orang panggil
gegata, ada panggil sembur bota). saya sapukan kapur. tumbuh pula di lengan
sebelah lagi. sapu kapur lagi. tumbuh di kaki pula, kemudian muka. ini semua
berlaku dalam lebih kurang satu jam. saya tahu ini bukan penyakit biasa.
selepas itu demam panas.
esoknya saya
buat rendaman untuk anak saya ini, tak masuk ais, cuma bahan2 yang lain yang
biasa. semasa berendam saya jiruskan sekali. selepas mandi, bintat2 besar di
tubuhnya hilang.
hari yang
berikutnya, bengkak besar tumbuh di pipi kirinya - macam beguk, tapi lebih
besar dari beguk. saya berikan dia nw08 setiap 5 minit sehingga habis sebotol
haritu. pipinya saya sapukan nila sebelah siang mengikut petua dulu-dulu. habis
nw08, saya beri nw06. kedua2 formula habis dalam 3 hari. dalam tempoh itu,
bengkaknya surut, sehingga hari keempat, tak ada bengkak lagi. saya teruskan
dengan nw02. anak saya sembuh dalam 5 hari tanpa sebarang ubat dari
klinik/hospital.
jika anak anda
terkena masalah ini, boleh cuba kaedah ini, cuma pastikan tidak ada gangguan
terlibat. jika tak pasti, jumpa ppcvt berdekatan.
seorang pesakit
dari singapura datang untuk mencuba kaedah hidroterapi ais. beliau telah
berbelanja lebih sgd30,000 untuk masalah beliau.
masalah beliau
ialah lutut kirinya bernanah lebih dari setahun. setiap hari lubang di lututnya
perlu di tampal plaster untuk mengelakkan nanahnya keluar berterusan. beliau
tidak ada kencing manis, luka itu bermula dari kerana jatuh terhentak di jalan
raya.
selepas
rendaman pertama, saya berikan beliau sedikit t tree untuk di sapu di tempat
lukanya. beliau dah boleh angkat kakinya.
walau pun saya
tahu t tree memang cepat berkesan untuk masalah luka2, tapi tak sangka pula
begitu cepat kesannya.
penyakit gout
adalah antara penyakit kronik yang paling mudah dirawat dengan kaedah
hidroterapi ais CVT.
sepanjang
pengalaman saya, pesakit sembuh dalam tempoh 3-7 rawatan (dengan disertakan
pengambilan nw01, nw20 dan garam booster).
ada sekali
pesakit gout yang menjadi semakin teruk lepas rawatan pertama di mana pada hari
ke 2 dan ke 3 terpaksa dipapah.
yang ini kerana
ada gangguan yang terlibat. pada hari ke4, saya pergi menjalankan rawatan di
rumah beliau. hari ke5 beliau sudah boleh menunggang motosikal dari rumah
beliau yang terletak lebih kurang 15km untuk ke tempat saya untuk rawatan
terakhir.
bulan ogos 2003
seorang petugas di politeknik di sini telah datang untuk merawat masalah
beliau. hospital pakar di sini telah mengesahkan beliau tidak ada masalah
jantung atau paru2. malah beliau dicadangkan supaya bertemu pakar sakit jiwa.
masalah kesukaran bernafas itu menyebabkan beliau sudah hampir 2 minggu tidak
tidur. sebelum ini pernah dirawat oleh seorang pengamal darulsyifa.
selepas rawatan
hidroterapi ais ke 2, kesukaran bernafas mula reda dan beliau sudah boleh
tidur. beliau pulih selepas 7 rawatan dan beberapa formula nw. semalam beliau
datang lagi untuk mengambil garam booster kerana kesannya.
masalah pernafasan
yang sukar jika bukan disebabkan masalah jantung/paru2 memang menakutkan
sipengidap sehingga boleh menjadi gila jika tidak dirawat.