Tetapi sekali
lagi kegelisahan mereka terubat. Mei telah berjaya melahirkan bayi
lelaki yang comel yang dinamakan Leong. Dipendekkan cerita,
Wong dan Mei menggaji seorang pengasuh untuk mengasuh bayi mereka.
Pengasuh tersebut adalah seorang yang berasal dari Indonesia.
Pada suatu hari,
alat muzik itu sekali lagi memainkan muziknya. Kali ini muziknya
seperti untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Pengasuh keluarga
Wong terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia segera ke tempat tidur
Leong untuk memastikan keadaan bayi itu. Alangkah terkejutnya apabila
didapati seorang tua sedang mendukung Leong. Pengasuh itu mula berasa
takut dan segera memanggil Wong. Apabila mereka sampai ke tempat
tidur Leong, mereka dapati bahawa bayi itu berada dalam keadaan selamat.
Pengasuh tersebut dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Tiba-tiba dia terpandangkan alat muzik yang tergantung di dinding rumah tersebut. Menurut pengasuh itu, alat muzik itu berasal dari Batak. Ia merupakan simbol perlindungan, nasib yang baik dan keharmonian. Barulah mereka tahu bahawa orang tua yang muncul itu ialah semangat untuk melindungi dan memastikan keluarga mereka berada dalam keadaan selamat.