Aku dan kawan-kawan sedang bersembang
mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa
itu.
Kami yang terkenal dengan sifat berani,
mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama.
Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing
dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!
Kami berpandangan sesama sendiri.
Rasa takut menyelubungi
diri.
"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia
marah kita
mengutuk-ngutuknya tak??,"
"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling.
"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya
dengan itu,
kami pun naik ke katil masing-masing.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun
aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku
yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan
di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat.
Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami
sampai,
bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ.
Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm.
Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar
perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga.
Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ.
Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing.
Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan
diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama.
Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar
dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali
tenang.
Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami.....