Kepimpinan, amanah...........bukan megah
apabila kita memperkatakan berkenaan soal kepimpinan sebagai amanah, maka tidak dapat tidak kita harus memperkatakan berkenaan amanah pertama yang diamanahkan oleh allah kepada manusia di muka bumi ini iaitu sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-ahzab : 72 ;
Maksudnya : sesungguhnya kami telah menawarkan amanah ini kepada
langit dan bumi dan juga gunung-ganang, tetapi mereka
enggan memikulnya lantaran takut akan mengkhianatinya.
lalu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat
zalim dan amat bodoh.
secara umumnya ayat ini memberi gambaran yang amat jelas bahawa amanah sebagai khalifah di muka bumi ini adalah satu tugas yang amat berat sehingga tidak mampu dipikul oleh langit dan bumi serta bukit-bukau dan gunung-ganang. Walaupun dalam banyak ayat lain yang menjelaskan tentang keistimewaan manusia tetapi dalam ayat ini allah menyifatkan manusia sebagai makhluk yang menzalimi diri sendiri dan sangat jahil.
Oleh sebab menyedari hakikat itulah agaknya kenapa perlantikan sebagai khalifah ini dipersoalkan oleh malaikat sebagaimana yang telah diceritakan oleh allah dalam surah al-baqarah ayat 30 :
Maksudnya: apabila tuhan berfirman kepada malaikat ; sesungguhnya aku
hendak menjadikan di muka bumi itu khalifah. Mereka
berkata, apakah kamu akan menjadikan khalifah di sana orang
yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan
darah sesama mereka. Sedangkan kami senantiasa bertasbih
dan memuji-muji engkau dan mensucikan engkau. Lalu allah
berfirman ; sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui.
ayat ini jelas menunjukkan bahawa perlantikan manusia sebagai pemimpin di muka bumi seterusnya memegang amanah sebagai khalifah alalh di muka bumi ini sangatlah meragukan. Ini disebabkan manusia mempunyai kecenderungan buruk yang berasaskan kepada hawa nafsu. Dalam hal ini allah juga tidak menolak dan menafikan telahan malaikat tersebut. Cuma allah menyebutkan bahawa ada tujuan lain yang lebih besar daripada bertasbih dan membesarkan allah yang perlu dipikul iaitu mengimarahkan muka bumi ini. Maka nyatalah bahawa malaikat sekali-kali tidak mampu untuk memikul amanah ini.
amanah bolehlah ditafsirkan sebagai satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Dari segi bahasanya ia memberi erti yang bertentangan dengan makna `khianat’ . Mengikut bahasa biasa khianat boleh disama ertikan dengan pecah amanah.
Konsep amanah sebagai tanggungjawab yang akan dipersoal
Konsep amanah sebagai tanggungjawab yang akan dipersoalkan ini boleh difahami dari hadith yang kita rasulullah s.a.w :
Maksudnya : kesemua daripada kamu adalah pemimpin dan kesemua kamu
akan dipertanggungjawabkan tentang orang yang di bawah
kepimpinannya.
oleh yang demikian secara umumnya dapat difahami bahawa dari perspektif islam kepimpinan sebenarnya bukanlah suatu yang perlu dicari dan direbut-rebutkan. Ia adalah satu beban yang amat berat yang seharusnya dielakkan sadaya mungkin. Sejarah telah menunjukkan bukti di mana rsulullah s.a.w sendiri pernah menolak permintaan bapa saudaranya ibnu abbas supaya dilantik menjadi gabenor. Malah baginda pernah bersabda kepada sahabat karibnya abu dzar mengenai kepimpinan dengan sabdanya :
ia adalah satu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan.
antara amanah dan tanggungjawab yang paling berat untuk dipikul adalah untuk menjalankan keadilan dan tidak membuat keputusan berdasarkan hawa nafsu. Nabi daud sendiri pernah diperingatkan oleh allah mengenai penyelewengan hawa nafsu ketika dilantik sebagai nabi . Allah s.w.t. berfirman dalam surah shaad ayat 26 :
Maksudnya : wahai daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah di
muka bumi. Maka berilah keputusan antara manusia dengan
adil dan jangan mengikut hawa nafsu kerana ia akan
menyesatkan kamu dari jalan allah.
sebagai contoh cuba kita teliti ucapan dasar yang telah dibuat oleh khalifah islam pertama saidina abu bakar as-siddiq ketika mula-mula dilantik sebagai khalifah :
Maksudnya : wahai manusia ; sesungguhnya aku telahpun dilantik
sedangkan aku bukanlah yang terbaik di antara kamu. Jika
sekiranya aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Jika
sekiranya aku berbuat kejahatan maka perbaikilah aku.
kebenaran itu adalah amanah, dan pendustaan itu adalah
pengkhianatan, maka orang yang lemah di sisi kamu adalah
kuat di sisiku hingga aku kembalikan hak kepadanya in sya
allah, dan orang yang kuat di sisimu adalah lemah di sisiku
hingga aku ambil balik hak darinya in sya allah, janganlah
seorang dari kamu meninggalkan jihad di jalan allah,
sesungguhnya tidak meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum itu
melainkan kaum itu akan ditimpakan kehinaan oleh allah. Dan
tidak tersebar kejahatan di kalangan sesuatu kaum itu
melainkan allah akan meratakan balanya ke atas mereka.
bantulah aku selama mana aku taatkan allah dan rasulnya,
apabila aku derhaka kepad allah dan rasulnya maka tiada lagi
ketaatan bagiku. Maka tegakkanlah solat kamu maka allah
akan merahmati kamu.