KEAJAIBAN SOLAT
Seorang doktor di Amerika Syarikat
telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya didalam
penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat
diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor Neurologi. Setelah memeluk
Islam dia amat yakin perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah
klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".
Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatnya yang digunakan adalah
berteraskan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. Diantara kaedah-kaedah yang
digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji Hitam (Black Seed) dan
sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka
doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf yang dulakukan, terdapat
beberapa urat saraf didalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah, padahal
setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara
normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa akhirnya dia menemui bahawa darah tidak
akan memasuki urat saraf didalam otak tersebut melainkan ketika seseorang
tersebut bersembahyang ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk
beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki
bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh
Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah swt. Jadi barang siapa yang tidak
menunaikan sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk
menganuti agama Islam "sepenuhnya" kerana sifat fitrah kejadian memang
telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yg indah ini. Kesimpulannya,
makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi bukan
yang beragama Islam, walaupun akal meraka berfungsi secara normal tetapi
sebenarnya didalam sesuatu keadaan meraka hilang pertimbangan didalam membuat
keputusan secara normal. Justeru itu tidak hairanlah manusia ini tadi kadang˛
tidak segan silu untuk melakukan perkara˛ yang bertentangan dengan fitrah
kejadian walaupun akal mereka mengetahui perkara yang dulakukan tersebut adalah
bersalahan dengan kehendak mereka kerana otak tadi tidak boleh untuk
mempertimbangkan secara lebih normal. Maka tidak hairanlah timbul bermacam-macam
gejala˛ sosial masyarakat masakini. Sama-sama kita ambil iktibar,
"Ambillah Islam secra total bukan secara dikit˛.