QURBAN DAN AQIQAH
Takrif
Qurban bererti Binatang yang disembelih daripada unta, sapi, kerbau atau kambing kerana menghampirkan diri kepada Allah dalam masa yang tertentu.
Dalil
1. Al-Quran:
2. Al-Hadis :
Ertinya :
Tiada satu amalan Anak Adam pada Hari Raya yang lebih disukai Allah selain daripada menumpahkan darah (Qurban). Sesungguhnya Qurban itu akan dating pada Hari Kiamat dengan segala tanduk dan kukunya. Dan sesungguhnya darah Qurban itu akan jatuh dari Allah pada tempat yang mulia terlebih dahulu daripada ia jatuh ke tanah. Maka senangkanlah hatimu dengan ibadat Qurban.
Ertinya :
Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ia akan menjadi tanggunganmu di atas titian pada Hari Qiamat.
Hukum
1. Sunat Muakkad – Bagi Umat yang merdeka atau muba’ad, mukallaf, Rasyid (cerdik) dan mampu.
2. Harus – Bagi wali bapa atau datuk mengorbankan maulanya daripada harta wali itu sendiri.
3. Wajib – bagi Nabi Muhammad secara Khusus.
Dalilnya :
a. Hadis :
Ertinya :
Aku diperintahkan dengan Qurban dan ianya sunat bagi kamu.
b. Hadis :
Ertinya :
Difardhukan ke atasku Qurban dan ianyan tidak wajib ke atas kamu.
4. Sunat Kifayah – Bagi individu jika mempunyai ramai Ahli Bait.
5. Sunat Ain – Bagi individu jika tidak bernilang Ahli Bait.
6. Makruh meninggalkan Qurban kerana khilaf ulama’ pada wajibnya.
7. Qurban lebih afdhal daripada sedeqah sunat.
8. Tiada wajib Qurban kecuali dengan Nazar :
a. Katanya :
i. Ertinya :
Untuk Allah Wajib Ke atasku Qurban ini.
b. Dengan Ta’yin
i. Ertinya :
Ini Qurbanku / Aku jadikannya Qurban
Dengan perkataan itu maka hilanglah miliknya daripada binatang itu dan wajib dibuat qurban. Tidak boleh lagi ditasarruf seperti dijual atau diganti dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik.
(Tidak hilang milik seorang daripada sahaya yang dinazarkan dengan katanya ‘wajib atsku memerdekakannya’ kecuali setelah dimerdekakan kerana milik pada qurban berpindah kepada fakirmiskin berbeza pada hamba maka tiada berpindah hak milik).
c. Binatang yang dibeli dengan niat qurban bila ditanya orang maka dijawabnya binatang ini binatang qurban maka jadilah binatang itu qurban wajib dengan ta’yin maka wajib menyembelihnya dan mensedeqahkan semuanya dan haram dia memakannya.
Tanbih
Tersebut dalam ‘Tuhfah’ bahawa Ahli Bait ada 3 Ihtimal :
1. Seperti dalam Bab Waqaf – iaitu Qarabat lelaki dan perempuan. Maka gugur tuntutan berqurban dengan qurban yang lain bukan memperolehi pahala bagi yang tidak berqurban. Bandingannya seperti Solat Jenazah kecuali jika diniatkan bersekutu pahala dengan mereka.
2. Himpunan mereka yang diberi nafqah oleh seseorang walaupun pemberian kerana Allah (Bukan Qarabat) – Syihabul Ramli dalam Hasyiah Syarh Raudhah.
3. Mereka yang tinggal dalam satu rumah walaupun tiada hubungan Qarabat – Ibnu Hajr dalam Syarh Irsyad dan Syeikh Thablawi.
Binatang-Binatang Qurban
Di antara binatang yang boleh dibuat qurban adalah :-
1. Unta
2. Lembu
3. Kerbau
4. Kambing
Umur Binatang
1. Cukup dengan lembu 2 jenis dan dikira umur tertinggi daripada 2 ibubapanya seperti 2 tahun bagi anak biri-biri dan kambing.
2. Seekor unta atau lembu atau kerbau cukup untuk 7 orang samada semuanya berkehendakkan qurban atau tidak.
3. Biri-Biri dan Kambing hanya untuk seorang sahaja.
4. Jika 2 orang berkongsi 2 ekor kambing lalu berqurban keduanya dengan 2 ekor itu maka tak memadai kerana setiap seorang tidak menyembelih genap seekor kambingpun. (Adapun Hadis ‘ ’ yang bermaksud Ya Allah ini dari Muhammad dan Umat Muhammad maka maksudnya berkongsi pahala. Oleh itu harus berkongsi pahala dengan orang lain.
Keutamaan Binatang
1. Yang paling afdhal adalah unta kerana banyak dagingnya.
2. Selepas unta adalah lembu atau kerbau, Biri-Biri dan kambing.
3. Selepas kambing yang adalah kacukan unta dan kacukan lembu atau kerbau.
4. 7 ekor kambing lebih afdhal daripada seekor unta kerana bertambah dekat dengan Allah disebabkan banyak darahnya.
5. Warna yang terafdhal adalah putih kemudian kuning, kemudian kelabu, kemudian merah, kemudian belang putih hitam dan kemudian hitam.
6. Jantan lebih afdhal daripada betina selama mana tidak banyak mengawan betina.
7. Jika jantan banyak mengawan maka betina yang belum beranak lebih afdhal daripada jantan.
8. Yang gemuk lebih afdhal daripada yang kurus. Seekor yang gemuk lebih afdhal daripada 2 ekor yang kurus walaupun keduanya lebih afdhal warnanya atau keduanya jantan keran gemuk tanda membesarkan qurban.
Syarat Qurban
1. Umur Binatang
a. Unta - 5 Tahun genap
b. Lembu /Kerbau/Kambing - 2 Tahun
c. Biri-Biri - 1 Tahun @ Gugur Gigi
2. Selamat dari aib yang menurangkan daging
a. Tidak memadai yang bunting. (Berbeza dalam bab zakat kerana maksud zakat itu (Nasal ) bukan baik dagingnya berbeza dengan qurban yang sebaliknya.
b. Memadai yang baru beranak – Ibnu Hajr dan Ramli dalam Tuhfah dan Nihayah. Tak memadai mengikut Khatib Syarbini.
c. Tidak tempang sekira-kira didahului oleh orang yang berjalan.
d. Tidak sangat kurus hingga hilang susunya.
e. Tidak gila iaitu tak tahu mencari tempat makan maka akan kurus kerana kurang makan.
f. Tidak buta sebelah mata.
g. Tiada penyakit yang menyebabkan kurus.
h. Tidak hilang salah satu telinga walaupun sedikit. Tak memadai yang terpotong telinga atau sebahagian daripadanya atau yang dilahirkan tanpa telinga. Tidak mengapa yang terbelah telinganya atau bertindik.
i. Tidak terpotong lidah atau sebahagian daripadanya.
j. Tidak terpotong susu atau sebahagian daripada susunya atau ekornya. Memadai yang dilahirkan tanpa susu atau ekor.
k. Memadai yang di Kasi kerana bertambah dagingnya. 2 pelir itu tidak dimaksudkan untuk dimakan pada adat malah ada ulama’ yang mengharamkannya.
l. Memadai yang tidak bertanduk tetapi makruh. Memadai yang pecah tanduknya jika tidak mencacatkan daging.
m. Tidak memadai yang tanggal semua giginya. Memadai yang tanggal sebahagian giginya jika tidak mengurangkan makannya.
n. Tidak hilang sebahagian besar dari pehanya. Memadai jika sedikit.
3. Disyarat niat kerana ibadat kecuali qurban nazar.
a. Harus mendahulukan niat sebelum menyembelih iaitu ketika ikrar ta’yin walaupun tidak berniat ketika menyembelih.
b. Harus berwakil kepada seseorang untuk menyembelih qurban.
c. Memadai niat yang berwakil dan tak perlu niat wakil. Sah walaupun wakil tak tahu yang disembelih itu qurban. Harus menyerahkan niat qurban kepada wakil jika Islam dan Mumaiyiz.
d. Sheikh Muhammad Bin Sulaiman :
i. Harus berwakil pada membeli binatang qurban di negeri lain dan menyembelihnya dan membahagikan dagingnya untu fakir miskin negeri itu.
e. Jangan dipindahkan daging daripada negeri tempat qurban maka haram hukumnya.
f. Hendaklah yang berwakil menyerahkan niat qurban kepada wakil
g. Tidak harus mengorbankan untuk orang yang hidup tanpa izinnya.
h. Tidak harus mengorbankan untuk orang yang mati tanpa wasiat daripadanya.
i. Bapa dan datuk harus mengorbankan untuk anak atau cucu dengan harta mereka (Bapa dan Datuk itu) sendiri.
Waktu Berqurban
1. Selepas terbit matahari Hari Raya dan berlalu kadar 2 rakaat solat dan 2 khutbah.
2. Afdhal melewatkannya hingga naik matahari kadar segalah.
3. Kekal waktunya hingga akhir Hari Tasyriq iaitu 3 hari selepas Hari Raya.
4. Jumlah hari boleh berqurban adalah 4 hari.
5. Tidak sah berqurban selain waktu di atas.