PENGURUSAN MASJID NEGERI PERAK PENINGKATAN DAN KECEMERLANGANNYA

 

 

TAKRIF MASJID

 

            Masjid dari segi bahasa ialah tempat sujud. Ianya berasal daripada perkataan Bahasa Arab (                                                            ). Manakala (                   ) pula ialah nama bagi tempat sujud. Ini berasas kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

 

Dan dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat sujud dan ianya suci.

 

            Walaubagaimanapun masjid dalam perbahasan ini bermaksud satu tempat atau binaan yang digunakan untuk solat berjemaah, Solat Jumaat, Beriktikaf dan ibadat-ibadat tertentu. Masjid juga mempunyai kehormatan-kehormatan yang tertentu yang wajib dijaga oleh Umat Islam. Allah S.W.T berfirman dalam surah At-Taubah yang bermaksud:

 

Sesungguhnya masjid yang dibina atas asas taqwa dari awal pembinaannya lebih layak engkau solat di dalamnya.

 

 

 

PERKATAAN MASJID DALAM AL-QURAN

 

            Di dalam Al-Quran Allah S.W.T menyentuh mengenai masjid dalam 44 tempat yang terbahagi kepada 7 kumpulan seperti berikut :-

 

1.      Masjid disifatkan dengan Al-Haram (                                         ) dalam lima belas tempat.

2.      Masjid disifatkan dengan Al-Aqsa (                                                ) dalam satu tempat.

3.      Masjid disifatkan dengan Al-Haram dan Al-Aqsa dalam enam tempat.

4.      Perkataan As-Saf yang bermaksud masjid dalam satu tempat.

5.      Masjid dengan lafaz jamak dalam enam tempat.

6.      Perkataan Al-Bait yang bermaksud masjid dalam 15 tempat.

7.      Perkataan Al-Buyut yang bermaksud masjid-masjid dalam dua tempat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FUNGSI ASAL MASJID

 

            Ketika di zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat masjid merupakan pusat kegiatan seluruh masyarakat Islam di seluruh Negara Madinah. Masjid menjalankan segala fungsi ahensi yang wujud pada hari ini dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Antara fungsi masjid yang terpenting pada masa itu adalah    seperti :-

 

1.      Pusat Ibadat

2.      Pusat Keilmuan

3.      Pusat Maklumat

4.      Baitulmal

5.      Mahkamah Awam

6.      Markas Perang

7.      Pusat Amar Makruf Nahi Munkar

8.      Pusat Perhubungan Dan Perpaduan Masyarakat.

 

Walaubagaimanapun disebabkan fungsi-fungsi tersebut telah diambil alih oleh agensi-agensi berkaitan maka masjid pada hari ini hanya berfungsi dalam ruang lingkup yang terhad. Walaupun kita tidak bermaksud untuk membawa masjid kepada semua fungsi asalnya sebagaimana dahulu namun penyempitan fungsi masjid hingga terhad kepada urusan ibadah khusus semata-mata adalah amat dikesali. Oleh yang demikian usaha yang bersungguh-sungguh perlu digembeling bagi memastikan bahawa masjid akan terus berfungsi dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan tamadun Umat Islam pada hari ini.

 

 

 

ASAS PEMBINAAN MASJID

 

Allah S.W.T berfirman dalam surah At-Taubah Ayat 107-108 yang bermaksud :

 

            Dan mereka yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan dan kekufuran serta menimbulkan perpecahan di kalangan orang yang beriman di samping menunggu-nunggu kedatangan orang yang memerangi Allah dan RasulNya semenjak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah `Dan kami tidak menghendaki selain kebaikan’. Dan Allah menjadi saksi behawa mereka adalah pendusta. Janganlah kamu bersembahyang di masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang dibina atas dasar taqwa semenjak hari awal pembinaannya lebih layak kamu sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid ini ada lelaki yang membersihkan dirinya dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.

 

 

 

 

MASJID DARI SUDUT PENTADBIRAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

 

Masjid di Negeri Perak ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

 

1.      Masjid Negeri Perak – Masjid Sultan Idris Shah 11, Ipoh

2.      Masjid Diraja – Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar

3.      Masjid Jabatan Agama Islam Perak – Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy Ipoh

4.                                                                              Masjid Daerah – Terdapat 9 buah Masjid Daerah mengikut Daerah Pentadbiran Pegawai Daerah.

 

a.      Masjid Daerah Hulu Perak

Masjid Jamek Gerik

 

b.      Masjid Daerah Kuala Kangsar

Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar

 

c.       Masjid Daerah Kerian

Masjid Jamek Parit Buntar

 

d.      Masjid Daerah Kinta

Masjid Jamek Batu Gajah

 

 

e.      Masjid Daerah Larut Matang Dan Selama

Masjid Jamek Taiping

 

f.        Masjid Daerah Manjong

Masjid Nurul Hidayah Seri Manjung

 

g.      Masjid Daerah Perak Tengah

Masjid Radhiatul Mardhiah Pekan Parit

 

h.      Masjid Daerah Hilir Perak

Masjid Jamek Teluk Intan

 

i.        Masjid Daerah Batang Padang

Masjid Jamek Tapah

 

* Semua Masjid Daerah ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan   

   dibekalkan oleh Kerajaan Negeri dengan seorang Imam (S7),    

   seorang Bilal (S9) dan seorang Siak (S9).

 

5.                                                                                                   Masjid Daerah Kecil – Terdapat 9 buah Masjid Daerah Kecil mengikut Daerah Pentadbiran Ketua Penolong Pegawai Daerah.

 

a.      Masjid Daerah Pengkalan Hulu

Masjid Iskandari Pengkalan Hulu

 

b.      Masjid Daerah Lenggong

Masjid Jamek Lenggong

 

c.       Masjid Daerah Sungai Siput

Masjid Ghufraniah Sungai Siput

 

d.      Masjid Daerah Ipoh

Masjid Raja Nazrin Shah, Rapat Jaya Tambahan

 

e.      Masjid Daerah Bagan Serai

Masjid Jamek Bagan Serai

 

f.        Masjid Daerah Selama

Masjid Ar-Rushdiah Pekan Selama

 

g.      Masjid Daerah Kampar

Masjid Jamek An-Nur Kampar

 

h.      Masjid Daerah Kampung Gajah

Masjid Sultan Azlan Shah Kampung Gajah

 

i.        Masjid Daerah Slim River

Masjid Sultan Idris Shah 11 Slim River

 

 

* Semua Masjid Daerah Kecil ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah dan akan dibekalkan oleh Kerajaan Negeri dengan seorang Imam (S7), seorang Bilal (S9) dan seorang Siak (S9).

 

6.      Masjid Kariah – Terdapat  550 buah Masjid Kariah di seluruh Negeri Perak.

 

7.      Surau Diri Jumaat – Terdapat 26 buah Surau Diri Jumaat di seluruh Negeri Perak.

 

8.      Surau Biasa – Terdapat  1845 buah Surau Biasa di seluruh Negeri Perak.

 

 

LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN YANG DIAMBIL OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

 

            Berbagai langkah telah diambil oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dalam meningkatkan taraf dan kualiti Pengurusan Masjid di seluruh Negeri Perak.

 

1.      Pada masa ini Pentadbiran Masjid dan Surau adalah tertakluk kepada Peraturan Jawatankuasa Masjid 1984. Melalui peraturan ini bidangkuasa Jawatankuasa Masjid adalah terhad kepada lingkaran pagar masjid sahaja. Kadangkala terdapat pertindihan dan perbalahan bidangtugas dan bidangkuasa di antara Jawatankuasa Masjid dan jawatankuasa-jawatankuasa lain di kariah tersebut. Melalui Kaedah Perlantikan Jawatankuasa Kariah 1998 yang diwartakan pada 18 Februari 1999 maka Peraturan Jawatankuasa Masjid 1984 telah dimansukhkan dan diganti dengan Kaedah Perlantikan Jawatankuasa Kariah ini. Melalui kaedah baru ini bidangtugas dan bidangkuasa Jawatankuasa Masjid diperluaskan kepada seluruh kariah masjid dan menjadi jawatankuasa induk bagi semua jawatankuasa lain di kariah tersebut dalam bidang keagamaan.

 

 

2.      Bersama dengan Kaedah Perlantikan Jawatankuasa Kariah 1998 ini, turut diwartakan Kaedah Perlantikan Pegawai Masjid 1998. Melalui kaedah ini Imam dan Bilal masjid diseluruh Negeri Perak akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak. Dengan cara ini kualiti dan martabat Imam dan Bilal akan dapat dikawal dan dikekalkan. Ini membolehkan Majlis membuat Garis Panduan dan Etika Kerja untuk panduan mereka agar selaras dengan kehendak Syarak dan Peraturan Majlis Agama Islam Perak. Di samping itu Pegawai-Pegawai Masjid akan lebih diyakini oleh ahli-ahli kariah memandangkan hanya mereka yang layak sahaj yang akan dilantik.

 

 

3.      Dalam usaha menaikkan martabat Imam-Imam yang bertugas di masjid-masjid seluruh Negeri Perak maka Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak telah mengambil keputusan untuk melantik seorang daripada Imam di setiap kariah masjid di seluruh Negeri Perak bagi menjawat jawatan sebagai Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk. Dengan cara ini masyarakat akan lebih merasakan keperluan Imam dalam kehidupan mereka terutamanya apabila Majlis Akad Nikah dijalankan di masjid.

 

4.      Dari segi latihan dan peningkatan kualiti, MAIPk telah memperuntukkan 2 siri kursus iaitu Kursus Intensif Imam-Imam dan Kursus Intensif Pengurusan Masjid yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy Ipoh. Kedua-dua kursus ini diadakan secara bersiri merangkumi berbagai bidang yang diperlukan oleh Jawatankuasa Masjid dan Pegawai-Pegawai Masjid bagi menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Di masjid ini disediakan berbagai kemudahan termasuk penginapan, bahan bacaan, latihan berkhutbah dan sebagainya.

 

 

5.      Bagi meningkatkan lagi kualiti Pegawai-Pegawai Masjid maka sumber yang bukan sedikit diperlukan bagi membiayai keperluan mereka baik dari segi saguhati bulanan, latihan, lanjutan pelajaran dan sebagainya. Bagi memastikan usaha ini mencapai kejayaan maka MAIPk sedang mengambil langkah bagi membangunkan sebuah yayasan yang akan mencari sumber kewangan tersebut yang akan dinamakan Lembaga Amanah Masjid Perak (LAMP). Lembaga ini akan melaburkan sumber kewangan masjid dalam bentu saham pelaburan dan hasil keuntungannya akan diagihkan kembali kepada masjid tersebut mengikut kadar saham yang dilaburkan. Adalah diharapkam agar semua masjid akan memberikan kerjasama dan membuat pelaburan di dalam Lembaga ini apabila ianya dilancarkan nanti.

 

 

LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH JAWATANKUASA MASJID

 

            Banyak langkah-langkah yang boleh diambil oleh Jawatankuasa Masjid bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan masjid di Negeri Perak ini. Antara langkah yang dicadangkan adalah :

 

1.      Penyediaan Belanjawan Tahunan

 

Pada kebiasaannya aktiviti masjid dijalankan tanpa perancangan rapi. Kos perbelanjaan hanya diperolehi melalui kutipan dari orang ramai apabila sesuatu program akan dijalankan. Oleh itu adalah dicadangkan supaya Jawatankuasa Masjid menyediakan Belanjawan Tahuanan supaya tidak perlu lagi membuat kutipan setiap kali hendak mengadakan progran. Dengan ini ahli kariah dapat mengetahui jumlah sebenar keperluan masjid dalam setahun dan memberi kemudahan bagi merekan memberikan sumbangan.

 

2.      Penyediaan Perancangan Aktiviti Tahunan

 

Melalui Perancangan Aktiviti Tahunan maka pengurusan masjid akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Ini akan memudahkan Belanjawan Tahunan dibuat dan memudahkan ahli kariah mengikuti semua program yang dirancang.

 

3.      Merangka Starategi Dan Matlamat Pembelajaran Dan Pengajian Secara Sistematik

 

Biasanya pengajian di masjid adalah secara tidak formal dan  tidak sistematik. Tidak ramai tokoh ilmuan lahir daripada pengajian masjid. Ini kerana sering berlaku pertukaran tenaga pengajar dan kitab rujukan. Jika suatu kitab dapat ditetapkan dan dikekalkan penggunaannya hingga tamat  tentu banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh mereka yang mengikuti kuliah berkenaan secara berterusan.

 

4.      Penyediaan Dana Jangka panjang Bagi Saraan Masjid.

 

Jawatankuasa Masjid perlu berusaha mencari pelaburan jangka panjang sama ada melalui Pembangunan Tanah Wakaf, pelaburan di sektor-sektor yang dibenarkan, rumah tumpangan atau kedai sewa dan berbagai lagi. Masjid tidak harus selamanya bergantung kepada derma orang ramai dan bantuan kerajaan bagi mengimarahkannya.

 

5.      Perluasan Fungsi Masjid Semaksima Mungkin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1