PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA KARIAH

 

1.           Muqaddimah

     Tugas Ahli Jawatankuasa Kariah adalah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 1992, Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 dan Arahan-Arahan Pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak.

  

2.        Jawatankuasa Kariah Mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam              Perak 1992

 Takrif Berkaitan

 

Ahli Kariah -

Seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid.

 Jawatankuasa -

Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah seksyen Kariah 67 (1);

 Kariah Masjid -

Kawasan atau sempadan yang ditentukan di bawah Seksyen 63, di mana masjid itu berada;

Majlis  -

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 (1);

Masjid  -

Dalam seksyen 60, ertinya satu bangunan atau tempat yang digunakan untuk sembahyang Jumaat,sembahyang waktu dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan yang diluluskan atau digalakkan oleh Agama Islam

 -         Dalam seksyen-seksyen lain, ertinya mana-mana masjid yang telah diluluskan       oleh Majlis dan disenaraikan dalam rekod Jabatan Agama Islam Perak.

 

Pegawai Masjid -

Seseorang yang dilantik sebagai Imam, Bilal atau Siak bagi sesuatu masjid di bawah Seksyen 64(1).

 

3.           Jawatankuasa Kariah Mengikut  Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998

 

Takrif Berkaitan

Ahli Kariah   -

Seseorang yang secara tetap atau pada lazimnnya tinggal dalam kariah masjid; 

Enakmen  -

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992. 

Jawatankuasa Kariah  - 

Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di  bawah seksyen 67 (1) Enakmen; 

Jawatankuasa Pengurusan -

Jawatankuasa Masjid yang sedia ada;

                    Kariah atau  Kariah Masjid -

berhubungan dengan masjid ertinya kawasan atau  Sempadan  yang ditentukan di bawah Seksyen 63 Enakmen di mana masjid itu berada;

Majlis 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang  ditubuhkan di bawah seksyen 4 (1) Enakmen;

Masjid  -

ertinya mana-mana masjid yang diluluskan oleh Majlis dan disenaraikan dalam rekod Jabatan Agama Islam Perak;

Orang Besar Jajahan   -

Orang Besar Jajahan yang dilantik bawah perkara LXXIV Bahagian Yang Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak;

Pegawai Tadbir -

ertinya Pegawai Agama yang dilantik bagi daerah-daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan;

 Penghulu  -

ertinya Penghulu bagi sesuatu kawasan di mana terletaknya masjid yang dijadikan Jawatankuasa Kariah.

 

4.        Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kariah

 

1.     Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kariah adalah dibuat oleh Majlis Agama Islam Perak berdasarkan Seksyen 67 Enakmen dan Kaedah 3, 4 dan 5 Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, melalui Borang JK 1.

 

2.     Tempoh perlantikan seseorang ahli Jawatankuasa Kariah hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun. (Kaedah 6 (1) )

 

3.     Tempoh perlantikan orang yang dilantik di bawah subkaedah 7 (2) hendaklah tidak melebihi baki tempoh kekosongan jawatan tersebut.

 

 

5.           Keanggotaan Ahli Jawatankuasa Kariah

 Jawatankuasa Kariah hendaklah terdiri daripada : 

1.     Pengerusi

2.     Timbalan Pengerusi

3.     Setiausaha

4.     Penolong Setiausaha

5.     Bendahari

6.     Seorang wakil belia

7.     Dua orang wakil wanita

8.     Wakil masjid yang tidak ada kariah (Jika berkenaan)

9.     Seorang wakil daripada tiap-tiap surau dalam kariah

10. Seorang wakil Imam Masjid.

11. Tidak lebih 5 orang yang dilantik oleh Majlis

 

6.        Kelayakan Ahli Jawatankuasa Kariah

     Berdasarkan Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah, Seseorang adalah layak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kariah jika dia :

 

                     1.                     Ahli Kariah

                     2.                     Berbudi Pekerti Tinggi

                     3.                     Bukan Seorang Yang Bankrap

                     4.                    Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 6 bulan atau lebih.

 

Kekecualian – Majlis boleh jika ia berpuashati bahawa terdapat hal keadaan khas yang berhubungan dengan seseorang yang tertentu dan ia tidak berlawanan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian mengecualikan orang itu daripada mana-mana atau  semua kelayakan di atas.

 

 

7.                  Kekosongan Jawatan Ahli Jawatankuasa Kariah

 

          Mengikut Kaedah 7, jawatan Ahli Jawatankuasa Kariah akan menjadi kosong melalui cara-cara berikut :

 

1.     Meninggal dunia.

2.     Meletakkan jawatan – Hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengerusi  atau setiausaha Jawatankuasa Kariah  dengan salinan kepada Majlis. (Kaedah 6 (2) )

3.     Ditamatkan perlantikan.(Kaedah 6(1)  – Tanpa memberi apa-apa   

                                                              sebab).

4.     Meninggalkan kariahnya lebih daripada 3 bulan berterusan tanpa kebenaran Majlis.

 

 

8.                  Penggantian Jawatan Ahli Jawatankuasa Kariah

 

1.     Jika berlaku kekosongan melalui mana-mana cara di atas Jawatankuasa Kariah hendaklah setelah berunding dengan Pegawai Tadbir Agama, mengemukakan nama pengganti bagi pertimbangan dan perlantikan Majlis. ( Kaedah 7 (2)  )

 

2.     Pegawai Tadbir Agama hendaklah mengemukakan cadangan perlantikan keahlian Jawatankuasa Kariah yang baru sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh Jawatankuasa Kariah yang sedia ada sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah 6, ( Kaedah 8 )

 

9.                  Prosedur Mesyuarat 

1.     Jawatankuasa Kariah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

2.     Keputusan Jawatankuasa Kariah hendaklah melalui undi majoriti ahli yang hadir dan mengundi.

3.     Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

4.     Surat panggilan mesyuarat beserta dengan agenda mesyuarat hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

5.     Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat ketika ketiadaan Pengerusi.

6.     Ahli-ahli yang hadir boleh melantik daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat ketika ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

7.     Setiausaha hendaklah mengemukakan kepada Majlis minit mesyuarat yang telah disahkan oleh Pengerusi dengan satu salinan kepada Pegawai Tadbir Agama dalam tempoh 30 hari.

8.     Kuorum bagi mesyuarat adalah satu pertiga daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kariah.

 

 

10.               Penutup

 

Tugas Jawatankuasa Kariah Masjid bukanlah satu tugas yang mudah tetapi adalah satu tugas yang amat mencabar dan menjadi perhatian dan penilaian umum. Walaubagaimanapun setiap Ahli Jawatankuasa Kariah mestilah menerima tanggungjawab ini sebagai satu amanah daripada Majlis Agama Islam Perak, satu amanah daripada ahli qaryah dan yang terbesarnya satu amanah daripada Allah S.W.T.  Semoga perlantikan ini akan menambahkan sumbangan dan amal soleh kita terhadap agama bukan menambahkan dosa berlipat kali ganda.

 

Disediakan Oleh :

Kamal Izat Bin Ahmed,

Bahagian Pengurusan Masjid,

Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan.               

Hosted by www.Geocities.ws

1