AZAN DAN IQAMAH, HUKUM SERTA
PERLAKSANAANNYA
Takrif
Azan
dari segi Bahasa
(اِعْلاَمٌ)
iaitu pemberitahuan
sesuatu samada waktu solat atau
lainnya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 3 :
وَأَذَانٌ
مِنَ اللَّهِ
وَرَسُولِهِ
إِلَى
النَّاسِ
Ertinya :
“Dan inilah perisytiharaan dari Allah
dan Rasulnya kepada manusia”
Azan dari Segi Syarak
ذِكْرٌ
مَخْصُوْصٌ
يُعْلَمُ
بِهِ وَقْتَ
الصَّلاَةِ
iaitu Ucapan khusus yang diketahui
dengannya waktu-waktu solat yang difardhukan.
Manakala Iqamah dari segi
Bahasa – Mendirikan. Dinamakan Iqamah kerana didirikan sembahyang dengannnya.
Dalil Azan Dan Iqamah
- Firman Allah dalam Surah Al-Jumaah Ayat 9 :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
ءَامَنُوا
إِذَا
نُودِيَ
لِلصلاَةِ
مِنْ يَوْمِ
الْجُمُعَةِ
فَاسْعَوْا
إِلَى ذِكْرِ
اللَّهِ
وَذَرُوا
الْبَيْعَ
ذَلِكُمْ
خَيْرٌ
لَكُمْ إِنْ
كُنْتُمْ
تَعْلَمُونَ(9)
Ertinya :
Wahai orang yang beriman apabila
diserukan (Azan) untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat maka
segerakanlahkamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah
berjualbeli, yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.
- Hadis Nabi :
حَدِيثُ
مَالِكِ بْنِ
الْحُوَيْرِثِ
رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ
: أَتَيْنَا
رَسُولَ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
وَنَحْنُ
شَبَبَةٌ
مُتَقَارِبُونَ
فَأَقَمْنَا
عِنْدَهُ
عِشْرِينَ
لَيْلَةً
وَكَانَ
رَسُولُ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
رَحِيمًا
رَقِيقًا
فَظَنَّ
أَنَّا قَدِ
اشْتَقْنَا
أَهْلَنَا
فَسَأَلَنَا
عَنْ مَنْ
تَرَكْنَا
مِنْ
أَهْلِنَا
فَأَخْبَرْنَاهُ
فَقَالَ
ارْجِعُوا
إِلَى
أَهْلِيكُمْ
فَأَقِيمُوا
فِيهِمْ
وَعَلِّمُوهُمْ
وَمُرُوهُمْ
فَإِذَا
حَضَرَتِ
الصَّلَاةُ
فَلْيُؤَذِّنْ
لَكُمْ
أَحَدُكُمْ
ثُمَّ
لِيَؤُمَّكُمْ
أَكْبَرُكُمْ
*
Ertinya :
“Diriwayatkan daripada Malik bin
al-Huwairis r.a katanya: Kami datang menemui Rasulullah s.a.w, pada waktu itu
kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya. Kami tinggal
bersama baginda selama dua puluh malam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang
sangat pemurah dan lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang
berselisih paham dengan keluargaku sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan
keluarga yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan kepada baginda mengenai
keluargaku. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah kepada keluargamu dan
tinggallah bersama mereka. Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila
tiba waktu sembahyang. Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan
dan hendaklah orang yang
paling tua dari kalangan kamu menjadi imam”
3. Hadis Abu Daud dengan isnad
Sahih daripada Abdullah Bin Zaid Bin Abdullah bahawa ia berkata ketika Nabi
menyuruh memukul (ناقُوْنَ)
bagi menghimpunkan manusia untuk solat. Tiba-tiba aku tertidur lalu bermimpi
bahawa seorang membawa Naqus dan mengelilingiku maka aku berkata : Wahai Tuan
hamba, kamu menjual naqus itukah. Maka jawabnya dengan pertanyaan : Apa kamu
mahu buat dengan Naqus ini. Maka kataku: Aku akan memanggil manusia untuk
solat dengannya. Lalu katanya : Mari aku tunjukkan kamu yang lebih baik dari
ini. Maka kataku : Tunjukkanlah. Maka kata orang itu : Katakanlah
الله
اكبر
Hingga akhir kalimah Azan. Maka dia berundur ke
belakang dan berkata : Apabila nak mendirikan Sembahyang maka katakanlah : الله
اكبر
hingga akhir kalimah
Iqamah. Maka apabila pagi aku datang kepada Rasulullah dan menceritakan
mimpiku lalu Nabi bersabda :
مَعَ
بِلاََلٍ
فَأَلْقِ
عَلَيْهِ مَا
رَأَيْتَ
فَاِنَّهُ
أَنْدَى
مِنْكَ
صَوْتًا
Ertinya :
Bahawasanya ia mimpi yang benar In Sya
Allah. Maka berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkanlah apa yang engkau
dapati dari mimpi itu. Sesungguhnya dia lebih nyaring suaranya daripadamu.
Maka segeralah aku mengajarkannya maka
Azanlah Bilal dengannya lalu didengari oleh Umar Al-Khattab maka Umar
mendapatkan Nabi lalu berkata : Wahai Rasulullah, Demi tuhan yang menyuruhkan
tuan hamba dengan sebenarnya , sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpiku
seperti yang dilihat oleh Abdullah Bin Zaid itu. Maka Sabda Rasulullah S.A.W. :
Bagi Allah segala pujian.
Peringatan
Timbul persoalan adakah Sabit Azan dan
Iqamah melalui mimpi sedangkan Hukum Syarak hanya sabit dengan wahyu.
Sebenarnya pensyariatan keduanya bukan
disandarkan kepada mimpi tetapi sebenarnya telah muafaqah keduanya dengan wahyu
yang turun kepada nabi kerana diriwayatkan oleh Abu Daud dan Lainnya bahawa Nabi
S.A.W bersabda ia kepada Umar mengenai mimpi Umar itu dengan sabdanya:
(
سَبَقَكَ
بِهَا
اْلوَحْيُ)
iaitu telah mendahului engkau oleh wahyu maka sabit keduanya dengan wahyu bukan
dengan mimpi.
Juga riwayat
اَلْبَرَّازِيْ
bahawa nabi diperlihatkan dengan Azam pada malam Mikraj di atas tujuh petala
langit dan mendahulukan akan dia oleh Jibril menjadi Imam sembahyang maka
mengikutinya oleh segala isi langit dan disertai oleh Nabi Adam dan Nabi Nuh dan
Allah menyempurnakan kemuliaannya atas segala isi langit dan bumi.
Waktu-Waktu Disunatkan Azan
- Diazankan di telinga manusia dan binatang yang
jahat.
- Diazankan di telinga orang yang dirasuk
dan orang yang sangat marah.
- Diazankan ketika kebakaran.
- Diazankan ketika nak berperang.
- Diazankan ketika nak bermusafir.
- Diazankan bagi menolak kejahatan jin.
Hukum Azan Dan Iqamah
- Yang Asalnya Sunat Kifayah Azan bagi sesebuah jemaah
iaitu berhasil pahala dengan dibuat oleh sebahagiannya. Sunat Ain Azan bagi
setiap individu.
- Sunat Azan dan Iqamah bagi Solat Fardhu 5
waktu dan tidak disunatkan malahan makruh bagi Solat Nazar, Solat Jenazah
dan Solat-Solat Sunat lain walaupun disunatkan berjemaah.
- Disunatkan Iqamah bagi Solat Fardhu secara
mutlak samada tunai atau qada’, jamak atau tamam, lelaki, perempuan atau
khunsa, seorang atau ramai.
- Disunatkan Azan pada lelaki sahaja
walaupun kanak-kanak, bersendirian atau berjemaah dan mendengar azan orang
lain..
- Tidak disunatkan Azan bagi perempuan
secara mutlak samada seorang atau berjemaah, nyaring atau perlahan.
- Jika Azan perempuan dengan perlahan bagi
dirinya atau jemaah perempuan maka harus hukumnya dan tidak makruh. Ia
dianggap sebagai Zikrullah. Jika Azan perempuan dengan nyaring tanpa
kehadiran lelaki ajnabi maka makruh hukumnya. Jika ada lelaki ajnabi maka
haram kerana ditakuti fitnah.
- Hukum Khunsa sama seperti perempuan.
- Bagi Solat Qada’ beberapa waktu secara
berturut-turut maka disunatkan Azan bagi solat pertama sahaja. Bagi solat
seterusnya hanya disunatkan Iqamah. Jika Solat Qada’ bercerai-cerai dan
panjang masa ceraian mengikut adat maka disunatkan azan pada setiap waktu.
- Jika Solat Jamak Ta’khir Zohor dan Asar
atau Maghrib dan Isyak maka disunatkan Azan bagi solat pertama sahaja samada
empunya waktu atau tidak.
- Jika Jamak Taqdim maka sunat azan bagi
solat pertama samada empunya waktu atau bukan kecuali jika masuk waktu kedua
sebelum mengerjakan solat pertama maka sunat azan pada solat kedua kerana
hilang ikutan(tabaiah).
- Jika Solat Qada’ dan Solat Tunai
berturut-turut maka sunat Azan bagi solat pertama sahaja samada dimulai
dengan Tunai atau Qada’ kecuali jika dimulai dengan Qada’
dan selepas selesai qada’ maka masuk waktu Solat Tunai maka sunat azan
bagi waktu tunai .
- Sunat menyaringkan suara setinggi mungkin
semasa Azan walaupun bersendirian kecuali jika berada di
tempat seumpama masjid yang telah didirikan jemaah.
- Memadai Iqamah bagi yang bersendirian
bahawa memperdengarkan untuk dirinya sahaja.
- Sunat diucapkan (
ÇáÕøóáÇóÉõ ÌóÇãöÚóÉõ)
bagi solat yang dituntut berjemaah seperti sunat 2 hari raya, sunat gerhana,
sunat mintak hujan dan terawikh tapi tidak solat jenazah dan solat nazar.
- Memadai dikatakan
(الصلاة
الصلاة) atau (هلموا
الى الصلاة) atau
(الصلاة
رحمكم الله)
tetapi (الصلاة
جامعة) lebih
afdal .
Kalimah Azan Dan Iqamah
- Semua kalimah Azan diucapkan 2x kecuali
Takbir permulaan iaitu sebanyak 4x dan kalimah tauhid akhir sekali sahaja.
- Jumlah keseluruhan kalimah Azan adalah 19
kalimah termasuk Tarji’ dan 15 kalimah tanpa Tarji’.
- Semua kalimah Iqamah sekali sahaja kecuali
Takbir awal dan akhir dan kalimah
(
قد
ÞÇ ãÊ ÇáÕáÇÉ )
iaitu 2x.
Jumlah keseluruhan kalimah Iqamah adalah
sebanyak 11 kalimah.
Syarat Azan Dan Iqamah
Masuk Waktu
- Tidak sah dan tidak harus sebelum masuk waktu kecuali
waktu Suboh.
- Harus Azan sebelum masuk waktu Suboh selepas ½
malam. Hikmahnya kerana ketika fajar ramai orang berjunub maka sempat
bersedia.
- Tiada harus Iqamah sebelum masuk waktu.
- Waktu Iqamah bagi yang solat sendiri ialah ketika
hendak mula solat dan bagi jemaah ialah setelah mendapat keizinan imam
walaupun dengan isyarat.
- Sunat 2 orang azan dalam satu qaryah iaitu seorang
sebelum fajar (terafdhal pada waktu sahur) dan seorang selepas fajar supaya
dapat dibezakan. Sabda Nabi S.A.W :
حَدِيثُ
عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ
عُمَرَ
رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُمَا :
عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
أَنَّهُ
قَالَ إِنَّ
بِلاَلاً
يُؤَذِّنُ
بِلَيْلٍ
فَكُلُوا
وَاشْرَبُوا
حَتَّى
تَسْمَعُوا
تَأْذِينَ
ابْنِ أُمِّ
مَكْتُومٍ
Ertinya :
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila Bilal memperdengarkan
azan pada malam hari, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang akan
diperdengarkan oleh Ibnu Ummi Maktum “
- Tertib Semua Kalimahnya – Tidak sah tertinggal
walaupun terlupa.
- Muwalat (Berturut-turut)
- Seorang Muazzin – Tak sah 2 orang walaupun sama
suara.
- Menggunakan Bahasa Arab jika ada yang tahu Bahasa
Arab.
- Didengari oleh jemaah walaupun seorang jika kerana
solat jemaah.
- Diperlahankan untuk didengari sendiri jika solat
bersendirian kerana ketika itu menjadi zikir. Sunat suara Iqamah kurang
nyaring daripada Azan.
- Tiada ‘Sorif’ yang memaling dari niat asal iaitu
memberitahu. Contohnya seperti niat mengajar orang yang mendengar.
- Muazzin seorang Islam dan Mumaiyiz – Menjadi Islam
orang kafir dengan ucapan syahadahnya maka mesti diulangi kerana awal azannya
masih dalam kafir. Jika murtad ketika Azan maka terbatal azannya walaupun
singkat tempoh murtadnya
(الوجيز)
Muazzin seorang lelaki walaupun kanak-kanak jika bagi
jemaah lelaki. Sah Azan perempuan dan khunsa bagi jemaah perempuan.
Sunat-Sunat Azan
- Mengatakan kalimah Azan Dan Iqamah dengan segera
tanpa menyaringkan suara.
- Mengucapkan kalimah Azan dengan tartil
kerana Azan bagi segala yang ghaib dan iqamah bagi yang hadir.
- Sunat dihimpunkan 2 takbir pada bang
dengan satu nafas dan dimatikan ra’ pertama dan saktah. Jika tak dimatikan
maka yang utama dibariskan hadapan. Dikatakan baris atas iaitu dipindahkan
baris alif (
الله)
kepada Ra’ ( اكبر
). Lafaz-lafaz lain sunat dibaca senafas.
- Disunatkan tarji’ iaitu menyebut 2
kalimah syahadah 2x dengan perlahan kira-kira didengar oleh orang yang
hampir sebelum menyebutnya dengan nyaring.
- Sunat Taswib (
تثويب
) pada 2 bang subuh tunai atau qada’ iaitu (الصلاة
خير من النوم)
2x selepas ( حيعلتين
). Makruh pada waktu lain.
- Sunat berdiri ketika melafazkan Azan dan
Iqamah. Sabda Rasul
حَدِيثُ
عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ
عُمَرَ
رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُمَا
قَالَ : كَانَ
الْمُسْلِمُونَ
حِينَ
قَدِمُوا
الْمَدِينَةَ
يَجْتَمِعُونَ
فَيَتَحَيَّنُونَ
الصَّلَوَاتِ
وَلَيْسَ
يُنَادِي
بِهَا أَحَدٌ
فَتَكَلَّمُوا
يَوْمًا فِي
ذَلِكَ
فَقَالَ
بَعْضُهُمِ
اتَّخِذُوا
نَاقُوسًا
مِثْلَ
نَاقُوسِ
النَّصَارَى
وَقَالَ
بَعْضُهُمْ
قَرْنًا
مِثْلَ
قَرْنِ
الْيَهُودِ
فَقَالَ
عُمَرُ
أَوَلاَ
تَبْعَثُونَ
رَجُلاَ
يُنَادِي
بِالصَّلاَةِ
قَالَ
رَسُولُ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
يَا بِلاَلُ
قُمْ فَنَادِ
بِالصَّلاَةِ
*
Ertinya :
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Umar r.a katanya: Ketika orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul
lalu memperkatakan tentang waktu sembahyang. Tiada seorang pun yang menyeru
kepadanya. Semasa mereka berbincang tentang perkara tersebut, sebahagian
daripada mereka berkata: Bunyikanlah loceng sebagaimana loceng orang Nasrani.
Manakala sebahagian lagi berkata: Bunyikanlah trompet seperti trompet orang
Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang agar
menyerukan sembahyang
؟
Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai
Bilal! Bangunlah dan serukan untuk sembahyang
- Disunatkan Azan pada tempat tinggi dan tak
disunatkan pada Iqamah kecuali dikehendaki dengannya kerana kebesaran
masjid.
- Sunat meletak 2 telunjuk kepada 2 lubang
telinga ketika Azan dan Iqamah kerana Bilal melakukan demikian di depan
nabi. Jika sakit satu tangan maka cukup dengan sebelah tangan. Jika sakit
telunjuk maka diganti dengan jari lain.
- Disunatkan mengadap kiblat.
- Sunat berpaling sekali ke kanan ketika
mengucap (
حي
على الصلاة
) 2x pada Azan dan sekali pada Iqamah. Sunat berpaling ke kiri ketika mengucap
( Íí Úáì ÇáÝáÇÍ
) seperti di atas.
- Jangan berpaling dada dan mengubah 2 kaki.
- Tiada Berpaling pada yang lain kerana yang
lain itu (
ذكر
الله ) dan ( حيعلتين
) itu ( ÎØÇÈ
) kepada manusia seperti salam dalam solat.
- Sunat Muazzin seorang yang adil kerana
amanah menjaga waktu.
- Sunat Muazzin seorang yang nyaring
suaranya kerana nabi menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajar Bilal kerana
suaranya yang nyaring.
- Sunat Muazzin seorang yang baik suaranya
kerana lebih berkesan.
Sunat yang mendengar Azan menjawab
Azan walaupun dalam keadaan berjunub atau haid.
- Sunat orang yang bang pada malam yang
hujan atau ribut kuat atau sangat gelap mengucapkan
(
الا
صلوا في
رحالكم ) atau dan ( الا
صلوا في
بيوتكم ) selepas ( Íí
Úáì ÇáÕáÇÉ) dan
dijawab dengan
(
لاحول
ولاقوة الا
بالله العلي
العظيم
)
- Sunat berhenti membaca Al-Quran atau zikir
atau doa dan sebagainya bagi menjawab azan.
- Makruh menjawab azan atau Iqamah bagi
orang sedang solat atau jimak atau qadha hajat dan sunat menjawab selepas
selesai.
- Bila azan beberapa orang dengan tertib
maka sunat menjawab semuanya walaupun selepas selesai solat. Menjawab azan
pertama lebih dituntut kecuali 2 azan subuh dan 2 azan Jumaat maka sama
sahaja kedua-duanya.
- Jika mendengar sebahagian kalimah azan
maka sunat juga menjawab yang tak didengar.
- Sunat menjawab Tarji’ walaupun tak
didengar.
- Sunat orang yang azan dan yang mendengar
azan membaca doa.
- Sunat berdoa antara bang dan Iqamah kerana
sangat mustajab.
- Makruh orang yang azan dan yang lain
keluar dari tempat jemaah selepas azan dan sebelum solat kecuali uzur.
- Sunat melewatkan solat sekadar memberi
peluang orang berhimpun selepas azan kecuali maghrib kerana singkat waktu.
- Makruh azan dan Iqamat oleh orang fasiq,
kanak-kanak dan orang buta
- Sunat melewatkan solat sekadar memberi
peluang orang berhimpun selepas azan kecuali maghrib kerana singkat waktu.
- Makruh (
تمطيط
) dan ( تغني
) iaitu melanjut-lanjut dan melagu-lagu jika tidak berubah makna tetapi haram
jika mengubah makna.
- Suci Muazzin dalam keadaan suci dari najis
dan hadas tetapi sah jika tiada wudhuk
ز
- Tersangat makruh Azan jika junub dan
iqamah dalam keadaan junub lebih-lebih lagi makruh.
Disediakan oleh
Kamal Izat Bin Ahmed
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Perak
المراجعات
:
-
سير
السالكين
اوليه
الشيخ عبد
الصمد
الفلمباني.
-
الوجيز
في فقه مذهب
الامام
الشافعي,
اوليه حجة
الامام
محمد بن
محمد ابي
حامد
الغزالي