الحمد لله القائل :
وَمَا مُحَمَّدٌ اِلاَّ رَسُوْلٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ.
اَشْـهَـدُ اَنْ لاَ اِلـَهَ اِلاَّ اللَّـهُ وَحْـدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَـهُ، وَاَشْهَـدُ اَنَّ مُحَمَّـدًا عَبْـدُهُ وَرَسُـوْلُـهُ، اَللَّـهُمَّ صَـلِّ وَسَـلـِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ مُحَمـَّدٍ وَعَلىَ اَلِـهِ وَصَحْبـِه وَالـتَّابِـعِـيْنَ اِلَى يَـوْمِ الـدَّيْن. اَمَّـابَعْـدُ. فَـيَـا عِـبـَادَ اللَّـه اِتَّـقـُوا اللَّـهَ حَـقَّ تـُقـَاتِـهِ وَلاَتـَمـُوْتُـنَّ اِلاَّ وَاَنـْتـُمْ مُـسْـلِمـُوْنَ.
“Dan tidaklah Muhammad itu melainkan ia seorang Rasul yang telah diutuskan sebelumnya Rasul-rasul untuk menjadi utusan Allah”.
Saudara kaum muslimin yang berbahagia,
Allah s.w.t telah menentukan bahawa Rasul-Rasul itu mestilah dari kalangan yang terpilih dan terbaik serta memiliki contoh tauladan yang utama agar menjadi daya tarikan dan ikutan kepada segenap lapisan manusia, lalu Allah s.w.t telah menganugerahkan kelebihan dan keistimewaan yang besar ini kepada para nabi dan Rasul- Rasul yang diutus, termasuklah, ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. pastinya mengetahui dan lebih maklum apakah ciri-ciri yang istimewa dan mampu memikat hati manusia sekali gus dapat membawa dan menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dan dari kekufuran kepada iman. Lantaran itu Allah s.w.t telah mengutus nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi "Qudwatun Hasanah" atau contoh tauladan yang baik dan utama bagi ummat Islam di sepanjang pergolakan sejarahnya, dan juga sebagai cahaya yang menjadi penerang dan penyuluh serta pembimbing kepada seluruh bangsa manusia pada setiap zaman dan tempat Dalam hal ini Allah s. w. t telah menegaskan firmannya dalam surah Al- Ahzab ayat 21:
Bermaksud:
“Sesungguhnya bagi diri kamu pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh tauladan yang baik”.
Allah taala telah meletakkan sifat-sifat utama ini di dalam peribadi Rasulullah s.a.w. sebagai melambangkan dasar Islam yang dibawa oleh baginda untuk menjadi contoh kepada generasi akan datang. Melalui keperibadian yang mulia dan tinggi yang terdapat kepada baginda, ianya diharap dapat menghidupkan ruh kecintaan dan kerinduan kita kepada Rasulullah s.a.w sekali gus memperkukuhkan lagi benteng keimanan dan ketaqwaaan seseorang muslim itu terhadap Allah s.w.t.
Saudara kaum muslimin,
Kita melihat di antara kebaikan Rasulullah s.a.w. yang menjadi contoh utama ialah bagaimana baginda berjaya menjadi seorang ketua keluarga yang, beramanah, sangat mengambil berat di samping begitu baik pergaulannya terhadap kaum keluarganya. Ini dapat dibuktikan melalui sebuah hadis daripada saidatina Aisyah r.a.
“Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling berlaku baik terhadap isteriku daripada kamu”. (hadis riwayat Tarmizi )
Baginda tidak pernah melakukan kekerasan sebaliknya bersifat lemah lembut, tidak pendendam sebaliknya bersifat pemaaf. Ini dapat dibuktikan dari banyak peristiwa yang menggambarkan watak baik baginda samada terhadap kaum keluarganya, para sahabat mahupun terhadap musuhnya.
Di antara sifat lain yang menjadi contoh tauladan utama ialah sifat murah hati yang ada kepada diri Rasulullah s. a.w. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Annas bin Malik r. a katanya:
لَمْ يُسْئَلْ رَسُوْلُ اللهِ (ص) شَيْئًا قَطَّ عَلَى اْلاِسْلاَمِ اِلاَّ اَعْطَاهُ. وَاِنْ رَجُلاً, آتَاهُ فَسَئَلَهُ فَاَعْطَاهُ غَنَمًا بَيْنَ جَبَلَيْنِ. فَرَجَعَ اِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ اَسْلِمُوْا ,فَاِنَّ مُحَمَّدًا يُعْطِيْ عَطَاءً مَنْ لاَ يَخْشَى الفَاقَهُ
“Tidak pernah Rasulullah s.a.w. diminta sesuatupun atas nama Islam, melainkan baginda memberinya. Dan sesungguhnya telah datang seorang lelaki kepadanya dan memintanya maka baginda telah memberinya sekumpulan kambing yang ada di antara dua bukit. Orang itu pun mengambilnya dan kembali kepada kaumnya bersama dengan kambing- kambing itu, seraya berkata: wahai kaumku ! masuklah Islam! Sesungguhnya Muhammad itu memberi pemberian orang yang tidak bimbangkan jatuh miskin.”
Dalam hadis lain, Annas bin Malik r.a. juga meriwayatkan:
مَا سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) شَيْئًا قَطَّ . قَالَ: لاَ.
“Tidak pernah Rasulullah s.a.w diminta sesuatu apapun, lalu baginda berkata: tidak ada”.
Saudara kaum muslimin yang berbahagia,
Kita juga melihat bagaimana sifat benar ( al-amin ) yang telah dipamirkan oleh Rasulullah s.a.w semenjak dari kecil sehingga meningkat dewasa telah dapat mempengaruhi dan memikat golongan pembesar Quraish Makkah untuk menjadikan baginda sebagai rujukan mereka apabila berlakunya perbalahan dan pergaduhan di antara mereka. Ini dapat dilihat dari peristiwa meletakkan Hajarul aswad di kedudukan penjuru yang sebenar yang telah dapat diselesaikan oleh baginda.
Akhirnya kita melihat baginda sangat mencintai ummatnya dan tidak lupa menyebut nama kita. Hal ini dapat kita saksikan sewaktu baginda masih hidup dan sewaktu menghadapi saat-saat kematian apabila baginda mengungkapkan kata-kata ummati- ummati .
Saudara kaum muslimin sekelian,
Tidak syak dan ragu-ragu dari sedikit contoh yang dapat dipaparkan dalam mimbar kali ini sesungguhnya menambahkan keyakinan kita bahawa Rasulullahlah s.a.w adalah manusia yang sebenarnya menjadi pujaan atau rule of model bukanlah para artis atau seniman. Untuk itu marilah kita sebagai ummatnya membalas segala kebaikan baginda yang tiada tolok bandingnya itu dengan cara memperingatinya pada setiap detik dan ketika, dan yang terlebih penting daripada itu ialah menterjemahkan sifat- sifat terpuji baginda itu di dalam seluruh aspek kehidupan kita. Mudah- mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah.s.w.t untuk mengikuti jejak langkah baginda sebagai manusia agung di atas muka bumi ini sebagaimana. Firman Allah dalam surah al Qalam ayat 4:
Bermaksud:
“Dan sesungguhnya engkau adalah di atas budi pekerti yang mulia”.
بَـارَكَ اللَّـهُ لِى وَلـَكُمْ فِى الْـقـُرْأَنِ الْـعَـظِـيْـمِ وَنـَفـَعَـنِى وَاِيـَّاكُمْ بـِاْلاَيـَاتِ وَالـذِّكـْـرِ الْـحَـكِـيْـمِ, وَتـَقـَبَّـلَ مِـنِّى وَمِـنـْكُمْ تِـلاَوَتـَهُ اِنـَّهُ هُـوَ الـسَّـمِيْـعُ الْـعَـلـِيْمُ. اَقـُوْلُ قـَوْلِى هَـذَا وَاَسْـتَـغْـفِـرُ اللَّـهَ الْـعَـظِـيْـمَ لِى وَلـَكُمْ وَلِـسـَائِـرِ الْـمُـسْـلِـمِـيْـنَ وَالْـمُـسْـلِـمَـاتِ وَالْـمُـوْءمـِنِـيْنَ وَالْـمُـوْءمِنـَاتِ فـَاسْـتـَغـْفـِرُوْهُ اِنـَّهُ هُـوَ الْـغَـفـُوْرُ الـرَّحِـيْـمُ .
مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Walaupun Umat Islam tidak pernah melupakan sambutan maulidurrasul setiap tahun namun tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh umat ini apabila berhadapan dengan Rasulullah S.A.W di akhirat nanti. Umat Islam yang sepatutnya menjadi umat terbaik, disegani dan ditakuti oleh umat lain di muka bumi kini hanyalah umat yang merempat dan menjadi beban kepada dunia seluruhnya. Umat Islam menjadi ratahan dan makanan berzat bagi orang kafir, orang munafiq malah dianiaya oleh Umat Islam sendiri yang dikuasai oleh ketamakan dan kepentingan duniawi. Mudahnya membunuh Umat Islam hari ini semata-mata dengan melebelkan mereka sebagai pengganas dan sasarkanlah apa sahaja senjata ke arah mereka, maka akan bergelimpanganlah mayat-mayat Umat Islam tanpa mendapat simpati masyarakat dunia.
Pemimpin negara-negara Islam sibuk menyuruh rakyatnya bersatupadu tetapi mereka tidak pernah bersatu untuk menentang kekejaman dan ketidakadilan dunia terhadap Umat Islam.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ, وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk menentang keganasan dan kekejaman orang-orang kafir, Yahudi dan Nasrani. Satukanlah hati-hati kami untuk membebaskan dunia dari penindasan mereka.
Ya Allah, berilah kekuatan terhadap pejuang dan mujahidin yang sedang memerangi musuhmu di dunia ini. Bantulah mereka yang sedang bermandi darah untuk menentang musuh-musuh agamamu di Iraq, di Afghanistan, di Palestin, di Ambon, dan di serata dunia. Berilah semangat kepada pejuang-pejuang Hamas, Jihad Islami dan mujahidin di Palestin bagi membela kematian pemimpin dan membalas kejahatan mereka. Laknatilah dan hapuskanlah tentera-tentera Zionis dan Yahudi terutamanya pemimpin mereka Ariel Sharon serta sekutu-sekutu yang menyokong mereka semada secara langsung ataupun tidak langsung.
Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullahu Lahu.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD RIDZUAN ZAIDIN
IMAM MASJID SULTAN IDRIS SHAH 11 IPOH