خطبة جمعة
BERSAMA MENCARI KEKUATAN SENDIRI
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
َالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ هذاَ الْيَوْمَ عِيْدًا كَبِيْرًا وَسُرُوْرًا أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ. قال الله تعالى في مُحْكَمِ ايآتِهِ
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sidang Jemaah Sekalian,
Bersamalah kita mengucapkan takbir membesarkan Ilahi sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan di hari yang penuh dengan keberkatan ini. Hari di mana umat Islam melakukan pengorbanan terhadap Allah tuhan Rabbul Jalil. Sesungguhnya tidak semua orang mampu berkorban untuk Allah dan Islam dengan pengorbanan yang sebenarnya walaupun ramai yang sanggup menyembelih lembu dan kerbau di pagi raya ini.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilham.
Muslimin Muslimat Sekalian,
Setahun yang lalu khutbah Aidil Adha yang sama mengajak kita bersatu padu di atas dasar taqwa dengan kembali kepada Allah dan Rasulnya. Namun kesatuan yang diharapkan tidak menampakkan tanda-tanda akan mendatang malah realiti umat Islam makin tambah berpecah-belah dan terlibat dalam perbalahan yang tak sudah. Sesungguhnya perpaduan hanya akan tercapai dengan pengorbanan setiap umat Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Tanpa pengorbanan setiap individu maka kita akan selamanya berpecah-belah dan saling bercakaran sesama sendiri. Kita mesti sanggup mengorbankan ego masing-masing dan mengakui kesilapan sendiri dan sanggup bermaaf-maafan sesama kita. Kita mesti sanggup mengorbankan ego masing-masing dan mengakui kesilapan sendiri dan sanggup bermaaf-maafan sesama kita. Kita mesti mengorbankan rasa cemburu dan iri hati kita terhadap kejayaan dan kecemerlangan saudara kita dalam apa jua bidang sekali pun. Kita mesti mengorbankan panas baran kita yang sentiasa melihat kesalahan orang lain tanpa mahu menginsafi kelemahan diri kita sendiri. Inilah semangat yang sepatutnya bukan sahaja diamalkan oleh jemaah haji yang berada di tanah suci malah perlu disebatikan dalam diri setiap peribadi muslim. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 197 :
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاّ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَاأُولِي الأّلْبَابِ
Ertinya :
Haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi , barangsiapa yang berniat untuk menunaikan haji maka janganlah dia melakukan rafas (perkataan tidak senonoh dan lucah atau bersetubuh) dan jangan berbuat fasiq dan jangan berbantah-bantah dalam masa menunaikan haji, dan apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan nescaya Allah mengetahuinya, dan berbekallah kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa dan bertaqwalah kepada aku hai orang-orang yang berakal.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilham.
Muslimin Muslimat Sekalian,
Ingatlah peringatan Allah mengenai adab setelah pulang dari menunaikan haji dalam ayat 200 surah al-Baqarah :
فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ ءَابَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاّقٍ
Ertinya :
Maka apabila selesai ibadat haji mu maka berzikirlah dengan nama Allah sebagaimana kamu menyebut-nyebut (dengan penuh bangga) nenek moyang kamu, atau berzikirlah dengan lebih banyak lagi. Maka di antara manusia ada yang bedoa: “ Ya tuhan kami berilah kami bahagian di dunia “ , maka tiadalah bahagian (yang menyenangkan) bagi mereka di akhirat.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilham.
Muslimin Muslimat Sekalian,
Allah mengingatkan kita agar menambahkan lagi zikir Allah dan ibadah terhadap Allah setelah selesai mengerjakan haji. Ia juga adalah sebagai petanda bagi kejayaan mendapatkan haji yang mabrur. Namun begitu walaupun setiap tahun kita menghantar puluhan ribu jemaah haji ke Mekah al-Mukarramah yang menghimpunkan jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia namun apakah kesan ibadah haji terasebut benar-benar dapat kita hayati. Sebagai contoh, kita melihat perpaduan umat Islam sejagat yang menjadi hikmah terbesar pansyariatan perhimpunan agung tersebut, masih jauh daripada realiti. Kita menunaikan ibadah haji dengan membawa berbagai-bagai prasangka dan dendam kesumat terhadap saudara kita dan kita kembali dengan hati yang makin tebal kebencian tanpa dapat diubati lagi. Umat Islam tidak pernah mencuba untuk mengambil kesempatan ini bagi membincangkan agenda dan startegi bagi menambahkan kekuatan umat dalam menghadapi musuh-musuh Allah. Ini amat berbeza dengan dunia barat yang mampu bersatu bagi menghadapi Islam. Walau apapun agama mereka, walau apapun bangsa mereka, walaupun dianggap musuh tradisi yang saling bercakaran, namun segala persengkataan mampu dilupakan bagi menghadapi Islam. Ini jelas dapat dilihat melalui kerjasama mereka memerangi keganasan. Kita melihat serangan pemikiran yang amat berkesan hingga mampu mengubah persepsi antarabangsa mengenai takrif keganasan. Sasaran mereka amat jelas iaitu Islam dan umatnya yang istiqamah dengan Islam. Di mana sahaja ada gerakan Islam maka di sanalah kononnya ada keganasan. Pengajian Islam menjadi suatu aktiviti yang amat ditakuti. Siapa sahaja yang menzahirkan syiar dan pakaian Islam akan dibenci dan diawasi. Mereka memusnah dan memerangi Negara Islam sesuka hati. Malah ada juga di kalangan umat Islam turut sama melakonkan sandiwara ini. Hilangnya semangat juang menyebabkan umat Islam ibarat enau dalam belukar, melepaskan pujuk masing-masing. Umat Islam hari ini sanggup memijak kepala saudaranya asal sahaja dia dapat naik ke atas. Umat Islam hari ini sanggup menikam saudaranya dari belakang asal sahaja dapat menyelamatkan dirinya.Kita tidak lagi mampu menghadapi dan menyelesaikan maslah yang kita hadapi dengan hikmah ibarat kata pepatah : ular biar mati, tanah jangan lekuk dan buluh jangan patah.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilham.
Muslimin Muslimat Sekalian,
Tidak ada masa depan yang gemilang bagi Islam jika umatnya masih leka dan terus mementingkan diri sendiri. Kita ini hidup dalam zaman ibarat kata pepatah : yang bingung makanan si cerdik, yang tidur makanan si jaga. Yang benar dan yang salah ditentukan oleh kekuatan ketenteraan bukan ditentukan oleh wahyu tuhan. Situasi ini menyebabkan kita lebih suka mengorbankan persaudaraan dan syariat Allah ketika berhadapan dengan musuh-musuh Allah walaupun kita sentiasa diingatkan dengan kisah nabi Ibrahim yang mengorbankan anaknya sendiri untuki mentaati arahan Allah. Kita meremeh-remehkan hukum-hukum Allah sedangkan kita umat mengharapkan pertolongan Allah. Kita hanya berbuat baik kepada kaum kerabat dan puak yang menyokong kita walaupun kita sentiasa mengajak kepada perpaduan di bawah naungan Allah. Kita tidak pernah bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu pengetahuan walaupun kita ingin maju dan menikmati kurniaan Allah. Kita sering berangan-angan untuk memasuki syurga Allah tetapi tidak banyak usaha kita lakukan bagi menghindari kemurkaan Allah. Kita terlalu mengambil berat dalam menyediakan kenderaan di Padang Mahsyar melalui sembelihan qurban tetapi kita sering mengabaikan bekalan kita bagi menjawab pertanyaan Allah di Hari Penghisaban nanti.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
َالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى هدانا لهذا وما كنا لنهتدى لو لا أن هدانا الله
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Hadirin Hadirat Yang Dirahmati Sekalian,
Marilah kita salami matlamat asal pembinaan Baitullah Haram yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Haj ayat 26-28 :
وَإِذْ بَوَّأْنَا ِلإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لاّ تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ(26) وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ(27) لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنَْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya :
Dan ingatlah peristiwa ketika kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan ku, dan bersihkanlah rumah ku (Kaabah) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (sembahyang). Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke rumah tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari yang tertentu kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang ternak (untuk dijadikan qurban) dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilham.
Hadirin Hadirat Yang DiRahmati Sekalian,
Sebagaimana manusia mendatangani Baitullah dari segenap pelusuk dunia maka manusia pasti akan mencari Islam yang menepati fitrah kejadiannya. Kita mesti meletakkan keyakinan terhadap masa depan Islam yang gemilang yang akan mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dunia sejagat. Namun cepat atau lambatnya bergantung kepada usaha dan sikap setiap dari kita. Tiap saat yang berlalu menampakkan pertambahan kefahaman terhadap Islam. Allah telah pun membukakan jalan dan kini terserahlah kepada kita samada mahu terus berjihad dan berkorban atau membiarkan musuh-musuh Islam mencaturkan kehidupan, bertindak tanpa batasan dan sempadan, beraja di mata bersultan di hati.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
Ya Allah muliakan Islam dan pendokong-pendokongnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidin, Ya Allah hancurkanlah kekufuran serta golongan munafikin dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutu, binasakanlah Yahudi dan Nasrani serta pembantu-pembantu mereka yang memerangi agamamu, pecahkanlah perpaduan di antara mereka, lemahkanlah pendirian mereka, balaslah kejahatan dan kekejaman mereka setimpal dengan perbuatan mereka.
Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah terhadap raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarallahu Shah.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
Disediakan Oleh :
Kamal Izat Bin Haji Ahmed
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Perak