خطبة جمعة

(KHUTBAH KHAS)

BERSAMA MEMERANGI YAHUDI

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

يَابَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ  (47) وَاتَّقُوا يَوْمًا لاَ تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلاَ يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلاَ يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلاَ هُمْ يُنْصَرُونَ  (48)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

          Peperangan antara umat Islam Palestin dan orang-orang Yahudi adalah satu peperangan yang amat lama lebih lima puluh tahun lamanya namun kenyataannya hari ini umat Islam Palestin menghadapi tekanan demi tekanan yang amat mengecewakan. Walaupun umat Islam sebenarnya amat jauh lebih ramai dari segi bilangannya berbanding dengan bangsa Yahudi namun  bilangan yang amat banyak sahaja tidak cukup untuk mengalahkan mereka. Bahkan untuk menakutkan mereka sahaja pun kita tidak berupaya. Inilah kenyataan yang ada di hadapan kita, suka tidak suka kita mesti menerima hakikat ini.

 Sidang Jumaat Sekalian,

          Sebenarnya Yahudi bukanlah satu bangsa yang boleh diajak berdamai. Sejarah yang panjang semenjak bersama Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itu telah membuktikan bahawa mereka memang suka memungkiri janji. Peristiwa peperangan terhadap Yahudi Bani Nadir dan Bani Qainuqa' di Madinah merupakan bukti yang amat nyata di mana kalau dengan Rasulullah S.A.W sendiri pun mereka boleh memungkirinya maka apakah yang mahu diharapkan dengan persahabatan dan perdamaian ciptaan Amerika seperti perjanjian Kem David dan perjanjian-perjankian lain. Mereka hanya berjanji ketika mereka lemah, gencatan senjata hanya berlaku apabila mereka hampir kalah. Sebaliknya apabila mereka mempunyai kekuatan mereka akan memerangi kita di mana sahaja mereka berada. Allah menjelaskan dalam surah Mumtahanah ayat 2 :

إِنْ يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا لَكُمْ أَعْدَاءً وَيَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُمْ بِالسُّوءِ وَوَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ

Ertinya :

Jika mereka dapat menangkap kamu mereka akan menjadikan kamu musuh-musuh kamu, dan melepaskan tangan dan lidah mereka kepadamu dengan menyakitimu dan bercita-cita supaya kamu menjadi kafir.

 

Sidang Jumaat Sekalian,

          Al-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebut mengenai tabiat sebenar bangsa Yahudi yang amat ketara iaitu : Tabiat kufur, tidak mengenang kebaikan, pementingan diri sendiri yang sempit dan hidup dalam fanatik perkauman yang tebal. Mereka  merasa bahawa setiap kebaikan yang dicapai oleh orang lain selain mereka adalah dipotong dan dirampas daripada mereka. Mereka merasa diri mereka sebagai satu dahan yang terpotong daripada pokok hayat (seluruh manusia). Mereka menunggu-nunggu umat manusia lain ditimpa bencana dan malapetaka serta mereka menaruh dendam kesumat terhadap kaum-kaum lain. Mereka menderita akibat hasad dengki mereka sendiri. Mereka membuat umat-umat lain merasa kesan hasad dengki mereka dalam bentuk fitnah-fitnah dan huru-hara yang dicetuskan oleh mereka antara setengah bangsa dan setengah bangsa yang lain. Mereka menyalakan api peperangan untuk menangguk di air yang keruh dan memuaskan dendam kesumat mereka yang tidak pernah padam. Juga dalam bentuk kemusnahan yang dilakukan ke atas kaum-kaum lain di samping kaum-kaum lain yang bertindak balas terhadap mereka. Semua kejahatan dan angkara murka ini adalah terbit dari tabiat pementingan diri.

 

Sidang Jumaat Sekalian,

          Sebenarnya bangsa Yahudi tidak mempunyai kekuatan dari sudut fizikal dan perasaan. Kekuatan mereka adalah bergantung kepada sokongan Nasrani Amerika dan Britain serta sekutu mereka yang bertindak kononnya sebagai polis dunia. Hampir semua negara Islam terlalu bergantung, sama bersimpati dan takut kepada mereka. Ini kerana kejayaan mereka memecah-belahkan kita mengikut fahaman nasionalis masing-masing. Negara Arab dipecahkan dengan cara membantu sebahagian pemimpin merampas kuasa daripada raja yang memerintah melalui sistem pewarisan beraja. Maka raja yang masih memegang tampuk pemerintahan sentiasa akan berburuk sangka dengan pemerintah yang merampas kuasa. Oleh itu janganlah diharapkan Negara Arab akan bersatu padu selagi prasangka buruk ini tidak dihapuskan. Negara Islam selain Arab juga dipecahkan dengan isu-isu dalaman yang berbagai. Hari ini contohnya kita dipecahkan kepada golongan ekstrim dan sederhana dengan istilah pengganas. Dengan sebab itu kita melihat masalah umat Islam hari ini mendapat perhatian yang berbagai bentuk di kalangan umat Islam. Negara Islam dan rakyatnya melihat masalah Baitul Maqdis ini sebagai masalah Palestin atau masalah Arab. Kekejaman di Kashmir dilihat sebagai maslah Pakistan dan India. Masalah selatan Filipina dianggap sebagai masalah rakyat Moro. Sedangkan ini adalah masalah umat Islam sejagat. Kita wajib berjihad mempertahankan Baitul Maqdis walaupun walaupun seluruh bangsa Arab bersetuju menyerahkan kepada Yahudi. Yang menjadi asas dan hakikat pertarungan ini adalah aqidah. Namun kedua-dua Yahudi dan Nasrani yang begitu lama berseteru dengan Islam dan kaum muslimin itu mengambarkan pertarungan itu dengan berbagai warna atau sebab lain. Mereka mengangkat berbagai panji perjuangan yang lain dengan cara yang amat pintar, licin dan sulit. Mereka menguji semangat keghairahan kaum muslimin terhadap agama dan aqidah mereka apabila mereka memerangi kaum muslimin di bawah bendera pertarungan kerana agama. Oleh sebab itulah musuh-musuh  ketat yang lama itu mencari jalan yang lain, iaitu mereka mengubah bendera perjuangan. Mereka tidak mengisytiharkan peperangan itu atas nama peperangan terhadap aqidah sedangkan peperangan kerana aqidah itulah yang menjadi tujuan mereka yang sebenarnya kerana bimbang dengan keghairahan kaum muslimin berperang kerana aqidah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar. Maka mereka mengisytiharkan peperangan itu atas nama peperangan mempertahankan tanahair, peperangan kerana ekonomi, peperangan kerana politik dan sebagainya. Mereka mencampakkan ke dalam hati umat Islam bahawa peperangan mempertahankan aqidah adalah cerita lama yang basi dan dan tidak punya sebarang erti. Mereka mengambarkan bahawa agama tidak harus menjadi sebab yang wajar bagi kita untuk turun ke medan pertempuran atas namanya. Inilah sifat kaum yang fanatik dan mundur aqidahnya supaya mereka terselamat dari kekuatan jihad umat Islam sedangkan dalam hati barisan zionis antarabangsa, barisan salib antarabangsa dan barisan komunis antarabangsa, semuanya memasuki medan pertempuran tujuan menghancurkan aqidah Islam. Oleh itu apabila kita mengelirukan diri kita dengan tipu daya mereka maka kita tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri kita sendiri kerana kita telah menjauhkan diri dari mengingati bimbingan dan arahan Allah kepada Rasulnya dan sekalian umatnya sebagaimana firmannya dalam surah al-Baqarah ayat 120 :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Ertinya :

Dan Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

 

 

 

 

KHUTBAH KEDUA

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

          Untuk menghentikan kekejaman Israel serta sekutu-sekutunya umat Islam mesti menyediakan bekalan teknologi dan maklumat secukupnya. Tetapi malangnya kita masih terus berbaik-baik sangka dengan mereka. Setengah Negara Islam masih terus mengadakan hubungan diplomatik, hubungan kebudayaan dan hubungan sukan dengan mereka. Mereka menggunakan kekuatan ekonomi, politik dan sebagainya bagi menghancurkan saudara kita umat Islam. Maka haruslah difikirkan cara yang berkesan bagi menghadapi mereka. Antaranya :-

1.                 Kita mesti menyedari bahawa Bani Israel merupakan musuh kita sepanjang zaman.

2.                 Umat Islam mesti melengkapkan diri dengan segala bentuk kekuatan samada dalam bidang keilmuan, ketenteraan dan kekuatan rohani dan semangat juang.

3.                 Kita harus sanggup mengeluarkan belanja dan tenaga bagi membantu jihad Fisabillah seperti mengadakan tabung jihad rakyat Palestin. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 :

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : 

Dan belanjakanlah harta kamu bagi persiapan peperangan di jalan Allah dan jangan kamu membinasakan diri kamu dengan tidak melakukannya, dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik

4.                 Kita mesti sentiasa berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada kita dan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka. Marilah kita bersama-sama mengadakan qunud Nazilah dalam solat-solat kita agar Allah menurunkan bencana kepada mereka dan sekutu-sekutu mereka.

 

Sidang Jumaat Sekalian,

          Kita kena ingat bahawa doa semata-mata tidak akan menjamin kemenangan kita. Namun usaha yang disertai dengan doa akan membuka harapan dengan syarat kita yakin dengan pertolongan Allah seperti firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمَْ

Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah maka pasti Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.

 

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

          Ya Allah muliakan Islam dan pendokong-pendokongnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidin, Ya Allah hancurkanlah kekufuran serta golongan munafikin dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutu, binasakanlah Yahudi dan Nasrani serta pembantu-pembantu mereka yang memerangi agamamu, pecahkanlah perpaduan di antara mereka, lemahkanlah pendirian mereka, balaslah kejahatan dan kekejaman mereka setimpal dengan perbuatan mereka.

 

          Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah terhadap raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarallahu Shah.           

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. 

 

 Disediakan oleh

As- Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Perak

Hosted by www.Geocities.ws

1