KHUTBAH 10

USAHA-USAHA MEMELIHARA KEADILAN

الحمد لله القائل :

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia ,

          Dalam usaha melaksanakan keadilan, Islam tidak hanya mengemukakan arahan-arahan supaya manusia berlaku adil semata-mata. Islam telah membina benteng-benteng untuk memelihara keadilan daripada dipengaruhi oleh syaitan, hawa nafsu dan godaan kekuasaan. Islam telah mengharamkan perbuatan zalim. Islam memberi amaran tentang akibat buruk yang akan dihadapi oleh mereka yang berlaku zalim, samada akibat buruk itu akan berlaku di dunia atau di akhirat. Untuk tujuan ini Islam telah mengemukakan ayat-ayat kezaliman yang tidak kurang dari 289 tempat dalam al-Quran.

          Di antara 289 ayat ini ada yang telah mengemukakan satu kaedah yang sangat penting bagi tegaknya sebuah daulah . Kaedah berkenaan ialah “ Allah tidak akan menghancurkan sesuatu kampung (negara) dengan zalim sedangkan penghuninya berbuat amal saleh”. Allah berfirman dalam surah Hud ayat 117 :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Ertinya :

Dan tuhanku sekali kali tidak akan membina negeri-negeri secara zalim sedangkan penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

          Ayat ini membawa erti bahawa Allah tidak akan menghancurkan kamu dengan perbuatan kufur mereka semata-mata sehinggalah ditambah dengan kejahatan lain sepertimana Allah telah menghapuskan kaum Nabi Shuib akibat perbuatan mereka yang mengurangkan timbangan dan sukatan. Begitu juga halnya apabila Allah menghapuskan kaum Nabi Luth kerana perbuatan liwat yang mereka lakukan. Ini menunjukkan maksiat lebih dekat kepada tindakan penghancuran di dunia daripada perbuatan syirik, sekalipun azab syirik itu lebih teruk. Ayat ini juga menunjukkan bahawa hilangnya keadilan akan menghancurkan umat dan negara, sekalipun ianya sebuah negara Islam.

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

          Oleh kerana itulah hadis-hadis Rasulullah S.A.W banyak memberi amaran supaya umat Islam tidak berlaku zalim. Allah mengancam akan menimpakan kehancuran ke atas mereka, tidak kira apakah kezaliman itu dilakukan ke atas seorang muslim atau kafir. Di antara hadis-hadis itu adalah wasiat Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal sewaktu menghantarnya ke Yaman sebagai Gabenor.

 حَدِيثُ مُعَاذٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ *

Ertinya :

Hadis Muaz (r.a)berkata, Rasulullah mengutusku dan bersabda ; Engkau akan mendatangi ahli kitab. Apabila kamu telah datang kepada mereka ajaklah mereka supaya mengucap bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Sekiranya mereka mentaati kamu dalam perkara itu beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka sembahyang lima waktu sehari semalam. Jika mereka mentaati kamu dalam perkara itu beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan sedekah yang diambil dari orang kaya mereka dan diberikan kepada orang miskin mereka. Takutilah doa orang-orang yang dizalimi, kerana tidak ada dinding antara doanya dengan Allah.

 

          Dalam menghuraikan hadis ini Imam Nawawi mengatakan “ hadis ini menjelaskan betapa besarnya pengharaman perbuatan zalim. Imam mestilah menasihati pegawai-pegawai dan pemerintah mereka supaya bertaqwa kepada Allah dan menekankan usaha-usaha mencegah mereka daripada melakukan kezaliman di samping memberitahu mereka akibat buruk daripada perbuatan zalim itu”. ( Dari kitab syarah Muslim jilid 1 muka surat 197).

Al Hafiz Ibnu Hajar pula menyebut : “ Dalam hadis ini terdapat satu peringatan dalam usaha mencegah semua bentuk kezaliman”.             ( Dari kitab Ibnu Hujar Shahiobuddin Abu Fadzli Al Asqalani Fatah Al Bukhari Bi Sarah Al-Bukhari, Maktabah Bab Al Halbi, Mesir)

          Hadis ini memberitahu bahawa mereka yang berlaku zalim mestilah mengambarkan siksaan yang akan menimpa mereka di dunia sebagai akibat dari kezalimannya. Mereka juga harus ingat bahawa kerana ihsan Allahlah mereka tidak menerima siksaan di dunia. Allah menangguhkan balasan dunia supaya mudah-mudahan mereka dapat menyedari bahawa Allah telah menghancurkan orang yang lebih kuat darinya, kerana pada hakikatnya  Allah lah yang berkuasa bertindak balas dan menguasai hambaNya kerana itulah Rasulullah S.A.W telah bersabda:

حَدِيثُ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُمْلِي لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ ثُمَّ قَرَأَ ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) *

Ertinya :

Hadis Abu Musa (R.A) berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, Sesungguhnya Allah memberi peluang kepada orang yang zalim sehinggalah apabila Allah bertindak ke atasnya Allah tidak akan melepaskannya. Kemudian baginda membaca Firman Allah dalam surah Hud ayat 102 ;   وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ

Ertinya :

Dan begitulah azab tuhanmu, apabila dia mengazab penduduk negeri yang berbuat zalim, sesungguhnya azabnya amat pedih lagi keras.( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

 

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Satu perkara yang menarik perhatian jika kita meneliti ayat ini ialah kedudukan ayat dalam surah Hud tersebut mengenai kaum Ad, Kaum Madyan dan Firaun. Allah menceritakan bagaimana dia telah menghancurkan mereka dengan segala kekuatan yang ada pada mereka. Kesemua ini adalah akibat daripada kezaliman yang telah mereka lakukan.

          Setelah menceritakan apa yang berlaku ke atas golongan-golongan di atas, Allah menceritakan bahawa dia tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri dan dengan itu mereka layak untuk menerima azab Allah, layak menerima tindak balas dari Allah dengan membinasakan mereka dari muka bumi ini. Allah berfirman dalam surah Hud ayat 100-101 :

ذَلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْقُرَى نَقُصُّهُ عَلَيْكَ مِنْهَا قَائِمٌ وَحَصِيدٌ (100) وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ ءَالِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ (101)

Ertinya :

Inilah sebahagian daripada berita-berita negeri (yang telah dibinasakan) yang kami ceritakan kepada kamu (Muhamad SAW). Di antara kisah-kisah itu ada yang masih kedapatan bekas-bekasnya dan ada pula yang telah musnah. Dan kami tidak menginaya mereka, tetapi mereka lah yang menginayai diri mereka sendiri kerana itu tidaklah bermanfaat sedikitpun kepada mereka tuhan-tuhan (sembahan) yang mereka seru selain dari Allah di waktu azab tuhanmu datang. Dan tuhan-tuhan (sembahan) itu tidak menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka.

 

Ibnu Jarir mengatakan “ Ini adalah perintah daripada Allah sebagai amaran kepada umat ini agar mereka tidak mengikuti jejak langkah orang yang terdahulu dari mereka dalam menderhakai Allah, kelak mereka akan ditimpa oleh apa yang telah menimpa golongan itu. Penderhakaan yang paling besar kepada Allah ialah perbuatan-perbuatan zalim terhadap hak dan kebenaran.

          Seterusnya ayat di atas diiringi pula dengan suatu penyertaan yang sepatutnya memberi peringatan yang berkesan kepada mereka yang pernah melakukan kezaliman atau berniat untuk melakukannya. Allah berfirman dalam surah Hud ayat 103 :

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَةِ ذَلِكَ يَوْمٌ مَجْمُوعٌ لَهُ النَّاسُ وَذَلِكَ يَوْمٌ مَشْهُودٌ

Ertinya :

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pengajaran bagi orang yang takut kepada azab akhirat. Hari qiamat adalah satu hari yang setiap manusia dihimpunkan untuk (menghadapinya) dan hari itu adalah satu hari yang disaksikan (oleh semua makhluk).

         

          Ayat ini memberi erti bahawa siksaan azab di dunia adalah alamat kepada azab di akhirat. Ia dapat dilihat oleh mereka yang takut kepada azab akhirat. Ia dapat dilihat oleh mereka yang takut kepada azab akhirat, yakni mereka yang terbuka matanya akan mengetahui bahawa Allah akan bertindak ke atas negeri-negeri itu kerana kezaliman mereka di dunia, akan juga bertindak menyiksa mereka di akhirat, kerana itu mereka takut kepada azabnya itu. Di sini, dengan gaya bahasa dan caranya yang  tersendiri al-Quran telah membawa hati nurani manusia melintasi pemandangan yang dapat dilihat di dunia ke suatu pemandangan lain, pemandangan di hari akhirat. Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda :

اَلظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya :

Kezaliman ialah kegelapan Hari Qiamat.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

          Kezaliman yang dianggap oleh Islam sebagai satu kesalahan besar yang berhak menerima kehancuran di dunia dan azab yang dahsyat di akhirat ialah kezaliman yang merangkumi semua bentuk kezaliman, samada zalim ke atas jiwa, harta, kehormatan, hak mukmin, kafir atau fasik.

          Inilah pandangan Islam terhadap keadilan. Rasulullah S.A.W dan para Khalifah Ar-Rasyidin telah mempraktikkannya dalam kehidupan mereka, sehinggalah sejarah hidup mereka menjadi contoh mithali bagi seluruh manusia merangkumi rakyat dan pemerintah yang sedar dan insaf.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

 

Disediakan Oleh :

Mohd Nazaruddin Bin Md Zain

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Perak

Hosted by www.Geocities.ws

1