KHUTBAH 7

MENERUSKAN
USAHA DAKWAH
اَلْحَمْدُ
ِللهِ
الَّذِىْ
شَرَحَ
صُدُوْرُ
الْمُؤْمِنِيْنَ
لِطَاعَتِهِ
وَهَدَاهُمْ
اِلىَ
تَحَكُّمِ
بِكِتـَابِهِ
وَالْعَمَلِ
بِهِ,
أَشْهَدُ
اَنْ لاَ
اِلهَ ِالاَّ
الله
وَحْدَهُ
لاَشَرِيْكَ
لَهُ
وَأَشْهَدُ
اَنَّ
مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ
رَسَوْلِكَ
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى
الِهِ
وَاَصْحَابِهِ
اَجْمَعِيْنَ
.
اَمَّا
بَعْدُ, فَيَا
عِبَادَ الله
اِتَّقُوْ
اللهَ حَقَّ
تُقَاتِهِ
وَلاَ
تَمُوْتُنَّ
اِلاَّ
وَاَنْتـُمْ
مُسْلِمُوْنَ.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah di anugerahkan
kepada kita. Kita bersyukur kepada Allah atas ketenteraman dan kemewahan
negara kita yang tercinta ini sehingga kita tidak merasai keperitan hidup
seperti yang di alami oleh saudara-saudara seIslam kita di banyak negara. Kita
bersyukur kepada Allah kerana walaupun sebahagian dari kita membincangkan soal
perpaduan yang dirasakan kian terhakis, tetapi kita tidak sampai tahap berperang
dan bermusuhan sesama sendiri. Kita bersyukur kerana walaupun kita digolongkan
dalam golongan bangsa yang dhaif di bumi sendiri tetapi kita masih belum sampai
ke tahap merempat dan mengemis simpati di tanahair sendiri sebagaimana umat
Islam di negara lain. Kita juga perlu bersyukur kerana ketika mana sebahagian
umat Islam terpaksa berpanas ketika beribadat di sebabkan kurangnya tempat
beribadat, kita hari ini dapat mendengar khutbah dalam rumah Allah yang
tersergam indah.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Apakah yang boleh menjamin segala nikmat ini akan terus kekal berada di
tangan kita. Apakah kita yakin dengan taraf bumiputera yang kita miliki hari ini
mampu menjamin kesenangan anak cucu kita di kemudian hari. Apakah kita yakin
bahawa segala kemudahan dan keistimewaan yang ada pada kita hari ini akan
selamanya menjadi hak mutlak kita. Dengan timbulnya tuntutan dari orang bukan
Islam pada hari ini merupakan satu petanda awal kepada cabaran hidup umat Islam
dan orang Melayu di masa akan datang. Sukar untuk kita menyalahkan orang lain
kerana bagi yang merasakan kekurangan pasti berkeinginan untuk meminta tambahan.
Walau bagaimanapun tuntutan tersebut yang bermula dengan permohonan, kemudian
menjadi permintaan, kemudian menjadi desakan dan tidak mustahil akan bertukar
menjadi paksaan dan rampasan. Ianya bergantung kepada kekuatan pihak yang
dikemukakan tuntutan. Maka kitalah yang mesti menguatkan dan memperkasakan diri
kita agar dapat mempertahankan hak keistimewaan yang kita miliki.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Orang Melayu mengikut kaca mata perlembagaan adalah semestinya
orang Islam. Seseorang tidak menjadi Melayu jika tidak beragama Islam. Melayu
tanpa Islam hanyalah bangsa yang tidak mengenali erti kemajuan. Oleh yang
demikian kita mesti mempertahankan Islam jika mahu mengekalkan kedaulatan.
Inilah yang diperjuangkan oleh pendakwah-pendakwah di zaman silam. Jika kita
lihat cara para pendakwah-pendakwah tersebut menyampaikan dakwah mereka, kita
akan dapat lihat bagaimana kesungguhan mereka untuk menyebarkan dakwah Islam,
bukan kerana wang, bukan kerana pangkat atau kedudukan, tetapi kerana Allah
seperti mana para nabi berdakwah. Allah S.W.T berfirman dalam surah
Syu’ara’ ayat 109 :
وَمَا
أَسْأَلُكُمْ
عَلَيْهِ
مِنْ أَجْرٍ
إِنْ
أَجْرِيَ
إِلَّا عَلَى
رَبِّ
الْعَالَمِينَ
(109)
Ertinya
:
Dan
aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari
tuhanku) balasanku hanyalah terserah kepada Allah tuhan sekalian alam.
Mereka menyampaikan risalah Islam dengan sebaik cara yang termampu oleh
mereka. Mereka tidak mengenal erti jemu dan malas dalam melaksanakan tugas
mereka. Mereka telah memberikan sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai kepada
umat Islam. Tetapi kita hari ini, apakah sumbangan kita terhadap kesinambungan
dakwah dan peningkatan martabat agama di kalangan masyarakat. Allah berfirman
dalam surah al-Baqarah ayat 141 :
تِلْكَ
أُمَّةٌ قَدْ
خَلَتْ لَهَا
مَا كَسَبَتْ
وَلَكُمْ مَا
كَسَبْتُمْ
وَلَا
تُسْأَلُونَ
عَمَّا
كَانُوا
يَعْمَلُونَ
Ertinya
:
Inilah
umat yang telah berlalu sejarahnya. Untuk mereka apa yang telah mereka usahakan
untuk kamu apa yang telah kamu usahakan. Dan kamu tidak akan ditanya apa yang
mereka kerjakan.
Allah S.W.T mengingatkan kita agar kita mengorak langkah kita sendiri.
Kita wajib berusaha dan terus meningkatkan usaha kerana akhirnya kita akan
ditanya apa yang kita kerjakan dan bukan apa yang dikerjakan oleh mereka yang
telah meninggalkan kita. Sekiranya para pendakwah yang lalu telah menjalankan
tugas mereka dengan efektif, kita tanya diri kita pula, apakah sumbangan kita
terhadap dakwah Islam ? Apakah kita hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan para
ustaz dan ulamak kita sekarang ini menyampaikan dakwah Islam. ? Adakah kita
hanya penerima sahaja dan tiada sumbangan sedikit pun ? Saudara-saudara sekalian,
kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah Islam.
Saudara
Sidang Jumaat sekalian,
Keadaan umat Islam hari ini yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain
adalah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama. Kebanyakan kita tidak
begitu mengenal Islam yang menuntut kemajuan walaupun mengaku sebagai penganut
Islam. Kita melihat
wujudnya perbezaan antara penganut Islam dan penganut agama lain. Penganut agama
lain tidak menunggu paderi atau pendita mereka sahaja dalam menjalankan dakwah
dan menyebarkan agama. Mereka bekerja keras dan mengambil setiap
kesempatan yang ada untuk menyebarkan agama mereka. Walaupun Islam
sebagai Agama Persekutuan, Islam boleh disebarkan dengan terang-terangan, Islam
menjadi dasar dalam pentadbiran kerajaan, tetapi tidak ramai di kalangan kita
yang mahu mengambil kesempatan. Tidak ramai majikan yang gigih menggalakkan
pekerjanya untuk mengamalkan Islam dalam waktu bertugas seharian, malah ada
majikan yang melarang pekerjanya menunaikan sembahyang. Tidak ramai para
pentadbir kita mampu mengeluarkan ucapan yang mengingatkan kita kepada Allah
dalam memberikan arahannya, malah ramai daripada kita yang menarik muka masam
apabila disebutkan tentang Islam. Tidak ramai teman-teman yang mengingatkan kita
kepada tuhan dalam keperluan sehariannya, tetapi cukup ramai teman yang mengajak
kita ke jalan syaitan.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Marilah kita sama-sama mengambil segala kesempatan daripada segala nikmat
dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Allah berfirman dalam
surah Muhammad ayat 7 :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
ءَامَنُوا
إِنْ
تَنْصُرُوا
اللَّهَ
يَنْصُرْكُمْ
وَيُثَبِّتْ
أَقْدَامَكُمْ
(7)
Ertinya
:
Wahai
orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu membela agama Allah pasti Allah
akan menolong dan membela kehidupan kamu dan menetapkan pendirian kamu.
Dalam
ayat lain Allah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 125 :
ادْعُ
إِلَى
سَبِيلِ
رَبِّكَ
بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْعِظَةِ
الْحَسَنَةِ
وَجَادِلْهُمْ
بِالَّتِي
هِيَ
أَحْسَنُ
إِنَّ
رَبَّكَ هُوَ
أَعْلَمُ
بِمَنْ ضَلَّ
عَنْ
سَبِيلِهِ
وَهُوَ
أَعْلَمُ
بِالْمُهْتَدِينَ
Ertinya
:
Serulah
ke jalan tuhanmu dengan hikmah, dengan nasihat yang baik dan berbahaslah kamu
dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu lebih mengetahui
siapa yang sesat dari jalannya dan juga lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat pertunjuk.
Sesungguhnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengembangkan
agama Allah ini. Bagi mereka yang lembut hatinya kita wajib memberi nasihat yang
baik kepada mereka. Bagi yang sering menggunakan kekuatan ilmiah maka kita boleh
berdebat dengan cara yang baik. Dan bagi golongan yang lain yang berbagai jenis
dan perwatakan, konsep hikmah boleh diambil sebagai pendekatan. Hikmah membawa
erti pendekatan yang bijaksana. Terpulanglah kepada kita bagi menggunakan segala
ilmu, pengalaman dan kekuatan pemikiran kita dalam berdakwah dengan hikmah.
Kadangkala kita perlu memujuk dan merayu bagi tujuan tersebut. Kadangkala kita
perlu mengeraskan suara bagi mengejutkan yang terlena, dan kadang kala kita
perlu bertindak tegas dan keras jika keadaan memaksa. Inilah tanggungjawab kita
terhadap agama yang bergantung kepada kemampuan kita. Jika kita masih gagal
melaksanakannya sekurang-kurangnya jangan kita menjadi penghalang dan perosaknya.
Jika kita tidak mampu mengajak anak buah kita mengingati Allah jangan kita
arahkan mereka melupakan Allah. Jika kita tidak mampu mengajak teman kita
kembali ke jalan Allah jangan dibantu mereka menderhakai Allah. Pihak yang
berpengaruh seperti media massa juga berperanan
besar dalam melaksanakan dakwah. Jika kita tidak mampu menampilkan rancangan
keagamaan atau rancangan yang berlandaskan al-Quran, jangan kita ghairah
mempelbagaikan rancangan yang berbentuk maksiat dan melalaikan. Jika kita kurang
mampu memperbanyakkan tulisan dan artikel yang menolong umat mencapai keredhaan
tuhan maka jangan kita memperbanyakkan tulisan-tulisan yang menyesatkan dan
mengelirukan.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ
بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ ,
وَنفَعَنِىْ
وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ
مِنَ اْلآيَاتِ
وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ ,
وَتَقَبَّلَ
مِنِّى
وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ
اِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ ,
أَقُوْلُ
قَوْلِيْ
هَذَا وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ
الْعَظِيْمَ
ِليْ
وَلَكُمْ وَ
لِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ
وَياَ
نَجَاةَ
التَّاءِبِيْنَ.
Disediakan Oleh :
Kamal Izat Bin Ahmed
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan agama Islam Perak