KHUTBAH 15

MAULIDUR RASUL
الحمد لله القائل : وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Bertakwalah kita semua kepada Allah dalam erti kata sebenar-benarnya dan janganlah dimatikan kecuali berada dalam keadaan Islam.
Saudara Sidang Jumaat Sekalian,
Sempena memperingati kelahiran nabi besar kita Muhammad S.A.W pada tahun ini, marilah kita menghayati firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 213 :
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ
Ertinya :
Pada mulanya manusia adalah satu umat yang satu, (menurut agama Allah, tetapi setelah mereka berselisihan) maka Allah mengutuskan para nabi untuk memberi berita gembira dan peringatan, dan diturunkan ke atas mereka itu (para nabi) kitab dengan membawa kebenaran untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka berselisihan faham.
Dari ayat yang tersebut di atas Allah Taala menjelaskan bahawa setiap manusia yang dijadikan Allah adalah dari satu umat iaitu dari Adam A.S dan setiap manusia yang hidup di zaman mana pun diutuskan ke atas mereka itu para nabi dan rasul untuk membawa sistem hidup yang sempurna agar manusia sentiasa terjamin hidupnya, di samping memberi peringatan supaya tidak melakukan segala larangan Allah, seterusnya manusia mendapat pertunjuk dan beriman kepada Allah Taala sebagai Maha Pencipta.
Muslimin Yang Berbahagia,
Bagi kita umat yang terakhir ini Allah S.W.T telah mengutuskan Muhammad S.A.W sebagai nabi dan rasul. Tujuannya seperti kenyataan Allah sendiri iaitu :
مبشرين ومنذرين ertinya : Membawa berita gembira dan peringatan.
Nabi Muhammad S.A.W diturunkan kepadanya al-Quran sebagai perlembagaan hidup manusia. Berbahagialah bagi mereka yang beriman dengan al-Quran, yang mempelajari al-Quran, yang membaca dan melaksanakan isi kandungan yang terdapat di dalam al-Quran sendiri menerangkan tentang Nabi Muhammad S.A.W di dalam surah al-Anbiya’ ayat 107 :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Ertinya :
Dan kami tidak mengutuskan engkau (Ya Muhammad) kecuali menjadi rahmat kepada seluruh alam.
Di antara contoh rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana sejarah membukukan sikap buruk jahiliah, mereka menanam anak perempuan hidup-hidup dan membunuh anak-anak lelaki kerana mereka mengmbil pendapat akal yang singkat dan menganggap anak perempuan itu lambat laun akan memalukan mereka. Manakala anak lelaki pula kan menghabiskan harta mereka. Nabi Muhamad S.A.W menghapuskan perangai buruk jahiliah dan menyusun semula system yang teratur dan sesuai dengan kehendak fitrah manusia itu sendiri. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34 :
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
Ertinya :
Lelaki (para suami) adalah pemimpin (pelindung) bagi perempuan (para isteri) berdasarkan kelebihan yang Allah berikan di antara mereka itu dan berdasarkan apa-apa yang mereka menafkahkan dari harta mereka itu, perempuan-perempuan yang saleh ialah perempuan-perempuan (para isteri) yang taat memelihara kehormatan ketika ketiadaan suaminya, sebagaimana Allah memelihara dirinya. Perempuan-perempuan yang kamu takut akan kedurhakaan mereka. Maka hendaklah kamu berikan nasihat yang baik dan pisahkan tempat tidur mereka dan pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan dengan tujuan mengajar mereka) kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar.
Saudara Sidang Jumaat Sekalian,
Demikianlah sistem hidup lelaki dan perempuan atau suami isteri sama-sama dipertanggungjawab untuk membina kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga seperti sabda Nabi Muhammmad S.A.W :
حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Ertinya :
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin
Muslimin Yang Berbahagia,
Setelah Rasulullah S.A.W berjaya mengangkat martabat dan menghapuskan sikap buruk jahiliah, maka Rasulullah memperkatakan pula sistem pendidikan anak-anak agar akan menjadi pewaris dunia yang berguna dan berhemah tinggi yang sanggup pula berkorban menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ
Ertinya :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.
Memang tidak dapat dinafikan, semua ibu bapa berkehendakkan anak-anak yang saleh, pandai, cerdik, pintar dan seterusnya berjaya dalam pelajaran. Di dalam hubungan ini para ulamak dan ahli pendidik telah menggariskan panduan untuk mendidik anak-anak antara lainnya adalah seperti berikut :-
Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 132 :
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ertinya : Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul supaya kamu dirahmati.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Disediakan Oleh :
Shaari Bin Sulaiman
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak