KHUTBAH 6

اَلْحَمْدُ
ِللهِ
الَّذِي
اشْتَرَى
مِنَ
الْمُؤْمِنِيْنَ
اَنْفُسَهُمْ
وَاَمْوَالَهُمْ
بِأَنَّ
لَهُمُ
الْجَنَّةَ
يُقَاتِلُوْنَ فِىْ
سَبِيْلِ
اللهِ
فَيَقْتُلُوْنَ
وَيـُقْتَلُوْنَ
وَعْدًا
عَلَيْهِ
حَقًّا.
أَشْهَدُ
اَنْ لااِلهَ
اِلاَّ الله وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ
لَهُ وَأَشْهَدُ
اَنَّ
مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ
الَّذِيْ
اَرْسَلَهُ
كَافَةً
لِلنَّاسِ
بَشِيْرًا
وَنـَذِيْرًا,وَهَاِديًا
إِلىَ
الْحَقِّ
وَسِرَاجًا
مُنِيْرًا.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ
وَسَلِّمْ
وَبـَارِكْ
عَلىَ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلىَ
آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ
اَجْمَعِيْنَ.
اما بعد, فيا
عباد الله
اِتَّقُوْا
الله
وَاُوْصِيْكُمْ
وَاِيَّايَ
بِتَقْوَى
الله فَقَدْ
فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Keselamatan adalah merupakan perkara yang menjadi
keperluan asas bagi setiap insan untuk hidup bahagia di dunia ini. Islam
merupakan sesuatu agama yang memandang berat terhadap aspek keselamatan umatnya
dan alam seluruhnya. Ini sesuai dengan pengertian yang terangkum di dalan
istilah "الاسلام"
itu sendiri yang bermaksud “selamat dan sejahtera”.
Islam menganggap tugas menjaga keamanan dan
ketenteraman awam sebagai tugas yang amat mulia. Walau seadil mana pun
undang-undang yang diperuntukkan namun tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa
adanya penguatkuasaan oleh anggota keselamatan. Atas dasar inilah kerajaan
mengistiharkan 25hb. Mac sebagai
Hari Polis.
Sebagai seorang anggota keselamatan yang beragama Islam, kita mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap agama, bangsa dan negara. Di samping
menjaga keselamatan negara, keselamatan dari sudut agama juga tidak harus kita
lupakan. Islam telah menetapkan senarai keutamaan dalam menjaga keselamatan.
Keselamatan yang menjadi keutamaan yang tertinggi adalah keselamatan agama itu
sendiri. Keselamatan agama bukan sahaja perlu dijaga oleh anggota keselamatan
sahaja tetapi mesti dijaga oleh setiap muslim. Penekanan terhadap penjagaan
aqidah mesti menjadi keutamaan setiap kita. Sebarang pencemaran dan penjejasan
terhadap aqidah umat perlu disekat dan dicegah. Anggota keselamatan yang
beragama Islam perlu membantu pihak berkuasa agama dalam menjaga keselamatan
aqidah di kalangan umat Islam.
Sidang Jumaat Sekalian,
Keutamaan kedua yang menjadi tanggungjawab kita adalah menjaga nyawa.
Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 33 :
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا
Ertinya
:
Dan
janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan Allah membunuhnya
kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka
sesungguhnya kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada
itu janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu kerana
sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.
Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan membunuh orang lain tetapi juga
mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Lebih jauh dari itu Islam
juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan
diri sendiri yang mana Allah memberikan jalan penyelesaiannya dengan Hukum Qisas.
Oleh yang demikian peranan anggota keselamatan dalam memastikan keselamatan
nyawa dan jiwa dalam masyarakat adalah amat penting.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Keutamaan ketiga selepas agama dan nyawa adalah menjaga akal. Hanya dengan generasi yang mempunyai akal yang waras dan rasional sahaja negara akan mencapai kemajuan. Oleh yang demikian sebarang unsur yang boleh menjejaskan potensi akal perlu dihapuskan daripada masyarakat dan negara. Penguatkuasaan secara tegas terhadap penyalahgunaan dadah dan pengambilan arak di kalangan orang Islam mestilah dilaksanakan. Rasulullah S.A.W bersabda :
لَعَنَ
اللهُ
الْخَمْرَ
وَشَارِبَهَا
وَسَاقِيَهَا
وَبَائِعَهَا
وَمُتْبَاعَهَا
وَعَا
صِرَهَا
وَمُعَصِّرَهَا
وَحَا
مِلَهَا
وَمَحْمُوْلَةً
ِالَيْهَا.
Ertinya
:
Allah
melaknat arak, peminumnya, pemberi minum, penjual, pembeli, pengusaha arak,
orang yang dibuat arak untuknya, pembawa arak
dan orang yang dibawa arak untuknya.
(Hadis
riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar)
Sidang Jumaat Sekalian,
Keutamaan
keempat adalah untuk menjaga keselamatan keturunan dan maruah masyarakat.
Sebarang pencabulan terhadap kesucian keturunan manusia dan pencabulan terhadap
maruah manusia mesti disekat secara bersungguh-sungguh. Islam bukan sahaja
mengharamkan perzinaan malah turut mengharamkan tuduhan zina dibuat
sewenang-wenangnya terhadap seorang Islam. Allah berfirman dalam surah Al-Nur
ayat 4 :
وَالَّذِينَ
يَرْمُونَ
الْمُحْصَنَاتِ
ثُمَّ لَمْ
يَأْتُوا
بِأَرْبَعَةِ
شُهَدَاءَ
فَاجْلِدُوهُمْ
ثَمَانِينَ
جَلْدَةً
وَلَا
تَقْبَلُوا
لَهُمْ
شَهَادَةً
أَبَدًا
وَأُولَئِكَ
هُمُ
الْفَاسِقُونَ
Ertinya
:
Dan
orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka
sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu terima persaksian
mereka selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Sidang Jumaat Sekalian,
Keutamaan
yang kelima adalah menjaga harta benda. Islam mewajibkan kita mempertahankan
harta benda kita daripada dirosakkan atau diambil oleh orang lain dengan cara
yang salah. Islam mengharamkan perbuatan mencuri malah meletakkan hukuman yang
lebih berat jika sampai ke peringkat merompak. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah
ayat 33 :
إِنَّمَا
جَزَاءُ
الَّذِينَ
يُحَارِبُونَ
اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
وَيَسْعَوْنَ
فِي
الْأَرْضِ
فَسَادًا
أَنْ
يُقَتَّلُوا
أَوْ
يُصَلَّبُوا
أَوْ
تُقَطَّعَ
أَيْدِيهِمْ
وَأَرْجُلُهُمْ
مِنْ خِلَافٍ
أَوْ
يُنْفَوْا
مِنَ
الْأَرْضِ
ذَلِكَ
لَهُمْ
خِزْيٌ فِي
الدُّنْيَا
وَلَهُمْ فِي
الْآخِرَةِ
عَذَابٌ
عَظِيمٌ
Sesungguhnya
balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasulnya serta melakukan kerosakan
di muka bumi. Mereka akan dibunuh dan disalib atau dipotong tangan dan kaki
bertimbal balik atau dibuang negeri itu adalah penghinaan bagi mereka di dunia
dan akhirat nanti mereka akan beroleh siksaan yang amat besar.
Tugas sebagai anggota keselamatan adalah satu tugas yang cukup penting
bagi negara. Islam juga memandang tinggi dan menganggapnya sebagai satu tugas
yang amat mulia. Lebih jauh dari itu ianya boleh dianggap sebagai satu cabang
jihad dan menjadi ibadat yang diberi pahala di sisi Allah. Walau bagaimanapun
kemuliaan dan kepentingan tugas ini akan tercemar dan dipandang serong jika
disalahgunakan. Atas dasar inilah menurut pandangan Islam tugas sebagai anggota
keselamatan ini akan dianggap sebagai ibadah sekiranya memenuhi beberapa syarat
yang ditentukan syara’ iaitu :-
Pertama :
Kita menjalankan
tugas tersebut dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kedua :
Kita tidak
meninggalkan perintah Allah dan kewajipan kita terhadap agama semasa menjalankan tugas tersebut
seperti tidak meninggalkan solat, tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungan.
Ketiga :
Tidak melakukan maksiat atau perkara yang dilarang oleh Allah ketika melaksanakan tugas seperti tidak mengamalkan
rasuah,
Keempat :
Bertimbang rasa
dalam menjalankan tugas dengan meletakkan
Sidang Jumaat sekalian,
Jika
sekiranya asas-asas ini dapat kita hayati maka insyaAllah kita akan dapat
melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera yang akan mengundang keberkatan
Allah sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 96 :
وَلَوْ
أَنَّ أَهْلَ
الْقُرَى
ءَامَنُوا
وَاتَّقَوْا
لَفَتَحْنَا
عَلَيْهِمْ
بَرَكَاتٍ
مِنَ
السَّمَاءِ
وَالْأَرْضِ
وَلَكِنْ
كَذَّبُوا
فَأَخَذْنَاهُمْ
بِمَا
كَانُوا
يَكْسِبُونَ
Ertinya
:
Sekiranya
penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada
mereka pintu keberkatan daripada langit dan bumi tetapi mendustakan (Rasul kami)
lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah
usahakan.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ
بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ ,
وَنفَعَنِىْ
وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ
مِنَ اْلآيَاتِ
وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ ,
وَتَقَبَّلَ
مِنِّى
وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ
اِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ ,
أَقُوْلُ
قَوْلِيْ
هَذَا وَ
أَسْتَغْفِرُ
اللهَ
الْعَظِيْمَ
ِليْ
وَلَكُمْ وَ
لِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ
وَياَ
نَجَاةَ
التَّاءِبِيْنَ.
Disediakan Oleh :
Kamal Izat Bin Ahmed
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan agama Islam Perak