KEMBALI KEPADA FITRAH(Khutbah Aidil Fitri)

 

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ

َالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ هذاَ الْيَوْمَ عِيْدًا لِلْمُسْلِمِيْنَ وَحَرَّمَ فِيْهِ الصِّيَامَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ أَحْمَدُهُ وَأَشْكُرُهُ عَلَى كَمَالِ إِحْسَانِهِ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.  اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .

اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ

 

Kaum Muslimin Dan Muslimat Yang dihormati.

Sempena Bulan Syawal yang  mulia ini, marilah kita mempergiatkan amalan dan bekerja untuk mencapai keredhaan Allah. Sifat-sifat taqwa dan akhlak yang terpuji perlu perlu disemai di dalam jiwa kita. Jadikan diri kita sebagai seorang yang jujur menunaikan amanah Allah, bersifat sabar dalam melaksanakan perintah Allah dan berjihad dijalannya. Kelaparan di sepanjang Bulan Ramadhan yang lalu adalah pengajaran dengan mengingatkan kita betapa lapar dan dahaganya manusia ketika dihimpunkan Allah di Padang Mahsyar kelak. Kelaparan ini perlu terus menerus dirasai di samping menanggung penderitaan yang amat dahsyat. Ingatlah kita betapa lapar dan dahaganya mereka yang tersiksa di dalam neraka sebagaiman firman Allah di dalam surah al-Dhukhan ayat 43-47 :

 

إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ(43) طَعَامُ الأََثِيمِ(44) كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ(45) كَغَلْيِ الْحَمِيمِ(46) خُذُوهُ فَاعْتِلُوهُ إِلَى سَوَاءِ الْجَحِيمِ(47) ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ(48)

Ertinya :

Sesungguhnya pohon-pohon zakum itu, makanan orang-orang yang banyak berdosa, (ia) sebagai kekotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang sangat panas, peganglah dia kemudian heretlah dia ke tengah-tengah neraka, kemudian tuangkanlah di atas kepalanya siksaan (dari) air yang sangat panas.

 

Semoga dengan peringatan Allah itu tadi mendorong kita ke arah menginsafkan diri dengan menjauhi larangan Allah dan bersedia mematuhi perintah Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

 

Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Apakah yang dimaksudkan dengan sebenarnya falsafah Aidil Fitri yang kita sambut saban tahun. Seorang penyair Arab telah berkata :

َليْسَ الْعِيْدُ مَنْ لَبِسَ اْلَجدِيْدَ وَاِنَّمَا الْعِيْدُ مَنْ تَقْوَاهُ يَزِيْدُ

Bermaksud :

Bukanlah Hari Raya itu dengan seseorang yang memakai pakaian baru tetapi Hari Raya itu adalah tanda bertambahnya iman seseorang muslim yang mukmin.

 

Dapat difahami  dari kata-kata hikmat ini sesungguhya Aidil Fitri bagi kita umat Islam amatlah berbeza dengan Hari Raya orang  bukan Islam. Hari Raya ini kita merupakan hari ibadat dan tanda bertambahnya taqwa seseorang itu dan bukannya suatu ibadat atau tradisi, bukanlah untuk bersukaria semata-mata tetapi ia memberi gambaran kepada kita bahawa keadaan dan suasana ketika dibangkitkan Allah pada Hari Kiamat nanti iaitu di antara mereka ada yang berjalan kaki dan ada yang berkenderaan, ada yang mempunyai pakaian lengkap dan ada yang langsung tidak mempunyai pakaian, ada yang mempunyai pakaian baru dan ada yang mempunyai pakaian buruk. Di antara mereka riang gembira dan ada di antara mereka juga ada yang menangis kesedihan. Keadaan ini kesemuanya mengambarkan suasana Hari Akhirat yang bakal kita hadapi. Kenapa perbezaan-perbezaan ini wujud di kalangan manusia? Jawabnya, firman Allah dalam surah al-Hujarat ayat 13 :

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya :

Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya  Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

 

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ

 

Wahai hamba-hamba Allah. Lahirnya kita di bumi Allah ini adalah untuk melakukan kebaikan bukannya untuk mendatangkan kebinasaan dan keadaan yang tidak tenteram. Sebaliknya Allah S.W.T menyuruh kita untuk memperniagakan diri dan harta kita untuk mencari keredhaannya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 207 :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ(207)

Maksudnya :

Dan di antara manusia-manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya.

 

Sesungguhnya seorang muslim yang mukmin itu persahabatannya, permusuhannya, rukuknya dan sujudnya itu adalah kerana Allah semata-mata. Sebagai seorang muslim yang mukmin marilah kita sama-sama mematuhi perintah-perintah Allah yang diturunkan kepada kita di antaranya  dua perintah yang terpenting natijah di sepanjang Bulan Ramadhan yang lalu  ialah yang pertama : melaksanakan (حبل من الله) iaitu memperkukuhkan hubungan  hamba dengan tuhan pencipta alam ini dengan  dengan mengabdi dan berbakti kepada Allah dengan menunaikan segala kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan kepada kita dan menjadikan agama itu sebagai (دين الحياة) Firman Allah dalan surah al-Ahzab ayat 31 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً مُبِينًا(36)

Ertinya :

Dan tidak harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan rasulnya menetapkan sesuatu perkara (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan siapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasulnya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesasatan yang jelas nyata.

 

Yang kedua : Melaksanakan (حبل من الناس) iaitu mengeratkan  hubungan antara sesama manusia dengan seorang yang lain dalam masyarakatnya dan dalam pergaulan hidupnya sehari-hari.  Hubungan ini tercapai dengan kita menunaikan perintah Allah dengan penuh perasaan ketaatan sebagaimana dalam surah al-Hujarat, di antaranya kita dilarang berpecah belah, kita dilarang bersangka buruk, kita dilarang caci mencaci, kita dilarang mencari keaiban orang lain dan kita dilarang memanggil saudara-saudara kita dengan panggilan-panggilan yang tidak baik, kita juga dilarang memutuskan silaturrahim di antara kita.

 

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ

 

Kaum Muslimin Dan Muslimat Yang DiRahmati Allah,

Islam adalah ajaran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W mengajar manusia keseluruhannya untuk mencintai kedamaian dan menolak perkara-perkara yang membawa rasa kebencian dan permusuhan. Islam menyuruh umatnya berjihad memerangi kebatilan di samping itu ajaran Islam lebih mengutamakan perasaan kasih sayang  sesama makhluk.

Di pagi yang mulia ini saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hadir marilah kita sama-sama bermaafan di antara satu sama lain dan saya berdoa semoga selama sebulan kita berpuasa dapat menjernihkan jiwa kita dan memberi ketenangan di hati sanubari kita untuk melupakan segala bentuk perpecahan, pertelingkahan sesama kita.

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيدِ(46)

Ertinya :

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosa) atas dirinya sendiri dan sekali-kali tidak tuhanmu menganiaya hamba-hambanya.

 

Khutbah Kedua

 

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ اَللهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللِه بُكْرَةً وَأَصِيْلاً اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِى أَعَادَ الأَعْيَادَ وَكَرَّرَ أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ اَنْ خَلَقَ وَصَوَّرَ أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ شَهَادَةً يَثْقُلُ بِهَا الْمِيْزَانَ فى اْلَمحْشَرِ. وَأَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ اِلَى الْجِنِّ وَالْبَشَرِ. اَلَّلهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ الْفَائِزِيْنَ بِالشَّرَفِ الأَفْخَرِ. أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ اللهَ إِتَّقُوْا اللهَ فِيْمَا أَمَرَ وَانَّتَهُوْا عَمَّا نَهَى اللهُ عَنْهُ وَحَذَرَ.

 

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 175 :

 

وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya :

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur.

 

Kaum Muslimin Dan Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian.

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebanyak-banyak mungkin, kerana mengucapkan selawat dan salam itu terlalu besar faedahnya dan ganjarannya kepada kita. Berbelanjalah secara sederhana tanpa membazir, mengadakan rumah terbuka tanpa bermegah-megah. Pada hari ini hendaklah kita menjemput bersama-sama fakir miskin, anak-anak yatim yang kurang bernasib baik dan juga janda-janda yang dhaif menanggung penderitaan. Layanlah mereka dengan baik di samping menghulurkan bantuan menurut kemampuan, janganlah ada di kalangan kita yang masih menyambut hari raya yang mulia ini dengan perbuatan maksiat seperti berjudi, minum arak atau menghidangkan minuman keras untuk tetamu sekalipun kepada orang yang bukan Islam.

Allahumma,  Kami telah penuhi perintahmu melaksanakan puasa Ramadhan, zakat dan fitrah telah kami tunaikan, terimalah ya Allah, puasa Ramadhan dan sedekah kami ini. Ya Allah, eratkan rasa kasih sayang di antara kami, tunjukkanlah kami jalan kebenaran. Jauhkan lah kami dari kegelapan, kejahilan dan anugerahkanlah kami cahaya keilmuan dan keimanan. Hindarilah kami dari sebarang perbuatan maksiat zahir dan batin. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami, keluarga dan keturunan yang baik dan terimalah taubat kami sesungguhnya engkaulah yang amat Penerima Taubat dan Maha Pengasih. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufik dan hidayahmu terhadap raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarallah Lahu.

 

اَللَّهُمَّ بِحَقِّ هَذَا الْيَوْمَ الْعَظِيْمِ نَسْأَلُكَ اَنْ تَغْفِرَلَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ الَّلهَمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ اَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ  وَاللهُ اَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ .

Disediakan Oleh :

A.F. Al-Ustaz Harith Fadhilah Bin Abdul Halim

Penolong Pengarah

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Perak

Hosted by www.Geocities.ws

1