KHUTBAH 2
KELEBIHAN MEMELIHARA ANAK YATIM
اََلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أعَدَّ لِكَافِلِ الْيَتِيْمِ
اْلَجَنَّةَ واَشْهَدُ اَنْ لاَ
اِلهَ اِلاَّ اللهَ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ
اَنَّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدِ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ . اَمَّا بَعْدُ , فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ
اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Wahai sekalian hamba
Allah,
Marilah kita sama-sama
bertakwa kepada Allah mudah-mudahan kita beroleh kejayaan.
Sidang Jumaat Yang
dihormati,
Islam merupakan satu cara
hidup yang lengkap dan sesuai di semua zaman dan semua keadaan. Islam juga
sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Keseragaman dan keserasian ini adalah
adalah bermula dengan cara hidup yang mempunyai perasaan kasih sayang dan hormat
menghormati dengan Syariat Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita
Muhammad S.A.W.
Sidang Jumaat Yang
Dirahmati Allah,
Anak yatim adalah
merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan
belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya
mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik
dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan
kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum
mencapai umur baligh.
Islam meletakkan
kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat
bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih
sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang
bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah
meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan
sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap
kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :
خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ
وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ
اِلَيْهِ
Ertinya :
Sebaik-baik rumah ialah
rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan
sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak
yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.
Hadis tersebut
menjelaskan kepada umatnya bahawa sebaik-baik rumah yang terdapat anak yatim
dipelihara dan dididik dengan diberi kasih sayang serta perhatian, diasuh dan
dihormati dan melahirkan sifat kesempurnaan di dalam dirinya. Sementara rumah
dan keluarga yang dipandang hina di sisi Allah ialah rumah dan keluarga yang
mengabaikan dan mendera anak yatim. Perkara ini adalah perlu diambil perhatian
agar hidup mereka tidak terbiar seterusnya dirundung malang. Inisatif yang baik
dan ikhlas perlu diambil perhatian oleh golongan-golongan yang diberi kelebihan
dan kemewahan oleh Allah. Kita hendaklah menyalurkan bantuan ke tempat yang
benar dan InsyaAllah diberi balasan yang setimpal kelak. Mimbar Jumaat hari ini
mengajak tuan-tuan agar bantuan disalurkan melalui badan-badan yang didaftar
lagi sah.
Sidang Jumaat Yang
Berbahagia ,
Sekali lagi diingatkan
kepada masyarakat Islam agar tidak menggunakan harta anak yatim bagi kepentingan
individu atau kepentingan orang lain kerana ini termasuk dalam dosa besar.
Rasulullah S.A.W sendiri telah diperlihatkan di dalam perjalanan Israk dan
Mikraj . Sejarah Rasulullah S.A.W juga adalah dilahirkan di dalam keadaan yatim
di besarkan pula dalam keadaan yatim piatu yang menghadapi pahit maung telah dirasai sendiri oleh
baginda. Firman Allah dalam surah al-Dhuha ayat 1 –11 :
وَالضُّحَى(1)وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى(2)مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا
قَلَى(3)وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَى(4)وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ
فَتَرْضَى(5)أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى(6)وَوَجَدَكَ ضَالًّا
فَهَدَى(7)وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى(8)فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا
تَقْهَرْ(9)وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ(10)وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ
فَحَدِّثْ(11)
Ertinya :
Demi waktu dhuha dan
malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai Muhammad) tidak
meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh
orang kaum musyrik) dan sesungguhnya! tuhan mu akan memberi kepada mu ( kejayaan
dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati.
bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan
didapatinya engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk
(dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan
kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar
terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah
engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau
sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran.
Pengajaran ayat tersebut
bahawa baginda Rasulullah S.A.W di besarkan di dalam pengawalan dan asuhan Allah
sehingga menjadi pemimpin negara dan dunia yang di contohi, dengan itu sudah
sampai waktunya masyarakat Islam mengorak langkah memberikan sedikit waktu,
tenaga serta bantuan kepada anak-anak yatim khususnya melalui pendidikan dan
memberikan pendedahan yang secukupnya terhadap golongan kecil yang tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya, dengan ini mereka mendapat tempat dilubuk
hati masyarakat Islam, mendapat secebis kasih sayang kerana anak-anak yatim
adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .
وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ
بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ
حُوبًا كَبِيرًا بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ ,
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ,
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ
التَّاءِبِيْنَ.
Disediakan Oleh :
Peyatim,
Jabatan kemajuan Islam Malaysia