KHUTBAH 3

اَلْحَمْدُ
ِللهِ
الَّذِىْ
عَلَّمَ
اْلأِنْسَانَ
مَالَمْ
يَعْلَمْ ,
اَشْهَدُ
اَنْ لاَ
اِلهَ اِلاَّ
اللهَ
وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ
لَهُ
الْمُتَفَرِّدُ
بِالْعِلْمِ
وَالْقَائِلِ
وَمَا
اُوْتِيْـتُـمْ
مِنَ
الْعِلْمِ
اِلاَّ
قَلِيْلاً
وَاَشْهَدُ
اَنَّ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ
صَلِّ
وَسَلِّمْ
وَبـَارِكْ
عَلىَ
سَيِّدِنـَا
مُحَمَّدِنِ
الْهَادِىْ
اِلىَ
الْحَقِّ
وَاِلىَ
الصِّرَاطِ
الْمُسْتَقِـيْمِ
وَعَلىَ
الِهِ
وَاَصْحَابِهِ
وَمَنْ
تَبِعَهُمْ
اِلىَ يَوْمِ
الدِّيْنِ .
اَمَّا
بَعْدُ , فَيَا
عِبَادَ الله
اِتَّقُوْ
اللهَ
فَاِنَّ
اللهَ مَعَ
الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang
Jumaat Sekelian ,
Setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah mempunyai dua perkara penting
iaitu matlamat pensyariatan dan hikmah di sebalik pensyariatannya. Terdapat lima
tujuan dan matlamat asas peraturan dan perundangan Islam disyariatkan oleh Allah
kepada manusia. Dalam Hal ini Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa :
Ertinya
:
Sesungguhnya
tujuan Syarak (Allah) mensyariatkan Islam kepada manusia terkandung di dalamnya
lima matlamat, iaitu menjaga agamanya, nyawanya, akalnya, keturunannya dan harta
bendanya.
Menjaga agama membawa maksud untuk mengawal kesucian Agama Islam dan
mencegah berlakunya kerosakan akidah di kalangan Umat Islam. Kesucian dan
kedaulatan agama dan aqidah Islam adalah keutamaan yang tertinggi mengatasi
kepentingan nyawa dan jiwa, akal fikiran, keturunan dan harta benda. Allah
berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 136 :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
ءَامَنُوا
ءَامِنُوا
بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ
وَالْكِتَابِ
الَّذِي
نَزَّلَ
عَلَى
رَسُولِهِ
وَالْكِتَابِ
الَّذِي
أَنْزَلَ
مِنْ قَبْلُ
وَمَنْ
يَكْفُرْ
بِاللَّهِ
وَمَلَائِكَتِهِ
وَكُتُبِهِ
وَرُسُلِهِ
وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ
فَقَدْ ضَلَّ
ضَلَالًا
بَعِيدً
Ertinya :
“Wahai
orang yang beriman, berimanlah kamu dengan Allah, rasulnya dan kitab yang
diturunkan kepada rasulnya dan kitab yang diturunkan sebelum itu. Dan sesiapa
yang kufur dengan Allah dan malaikat-malaikatnya, rasul-rasulnya dan hari
akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh”.
Atas dasar untuk menjaga kesucian agama yang maha suci inilah maka Allah
S.W.T menetapkan hukum yang amat berat bagi mereka yang mencemarkan agama. Dalam
hadis riwayat Al-Bukhari menyebut :
Ertinya :
Barang
siapa yang menukar agamanya (Murtad) maka hendaklah kamu membunuhnya.
Kerosakan aqidah ini bukan sahaja dipandang berat dan dihukum dengan
hukuman yang berat di dunia ini malah lebih berat lagi di akhirat nanti di mana
mereka akan kekal di neraka.
Sidang Jumaat Yang Di rahmati Allah,
Menjaga nyawa bererti memberi hak kepada semua manusia untuk hidup aman
dan tenteram termasuk menjaga anggota badan dari dicederakan, dirosakkan dan
dilukakan. Bagi tujuan tersebut Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 179:
Ertinya :
“Dan bagi kamu diwajibkan melaksanakan Hukum Qisas
yang mana di dalamnya ada kelangsungan kehidupan, wahai orang-orang yang berakal
semoga kamu bertaqwa”.
Ayat ini jelas mengajar kita mengenai kaedah menjaga nyawa dan jiwa
manusia yang mana akan dapat dicapai dengan perlaksanaan Hukum Qisas. Walau
bagaimanapun kelangsungan hidup yang akan dicapai hanya akan disedari oleh orang
yang cerdik, berakal dan bertaqwa kepada Allah. Dengan adanya jaminan ini maka
manusia akan dapat hidup dengan penuh ketenteraman jiwa tanpa ada yang
dibimbanginya kecuali kepada Allah semata-mata.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah ,
Matlamat ketiga selepas menjaga nyawa adalah untuk menjaga akal. Akallah
yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain seperti binatang. Oleh yang
demikian amatlah malang bagi yang sudah diberikan akal yang sihat tetapi sengaja
merosakkannya. Hari ini ramai umat Islam yang turun martabatnya seperti binatang
kerana ketagihan arak. Arak diharamkan oleh Allah kerana sifatnya yang
memabukkan. Orang yang mabuk akan menyebab akalnya tidak dapat berfungsi dengan
baik. Maka wajarlah Allah mengharamkan arak dan mewajibkan sebat atau rotan
kepada peminum arak.
Sidang Hadirin Sekelian ,
Matlamat keempat yang ditetapkan oleh Allah adalah bagi menjaga keturunan.
Ini bermakna setiap persetubuhan yang berlaku di kalangan manusia hendaklah
dilakukan melalui kaedah yang halal. Ia mestilah berlaku di antara suami dan
isteri serta bukan juga merupakan persetubuhan yang syubhah. Bagi memastikan
keturunan manusia terpelihara kesuciannya, Allah mengharamkan sebarang bentuk
penzinaan dan persetubuhan haram. Perbuatan zina adalah perbuatan yang keji dan
merosakkan keturunan manusia kerana anak yang dilahirkan dari penzinaan tidak
boleh dinasabkan kepada lelaki yang berzina dan tidak berhak mempusakai hartanya.
Perzinaan dianggap lebih keji jika sekiranya penzina tersebut adalah mereka yang
telah berkahwin. Sebab itulah Allah mewajibkan hukuman rejam terhadap penzina
yang telah berkahwin berbeza dengan seratus sebatan
bagi mereka yang masih bujang. Malah lebih jauh lagi Allah mengharamkan
mukaddimah zina sebagaimana firmannya dalam Surah al-Isra’ ayat 32 :
Ertinya :
“Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan
yang keji dan jalan yang amat buruk”.
Sidang Jumaat Sekelian ,
Matlamat terakhir adalah bagi menjaga harta. Islam mengiktiraf hak
individu dalam urusan pemilikan harta. Malah Islam menggalakkan umatnya
menghimpun sebanyak mungkin harta bagi dibelanjakan ke jalan yang diredhai oleh
Allah. Walau Bagaimanapun apalah maknanya harta yang bertimbun jika saban hari
yang dilalui penuh dengan kebimbangan. Malah kebanyakan dari kita datang ke
masjid bersembahyang Jumaat dengan hati yang penuh pasrah untuk pulang berkaki
ayam. Inilah yang menyebabkan Allah mengharamkan mencuri dan menghukumkan potong
tangan bagi yang melakukannya. Firman Allah dalan Surah al-Maidah ayat 38 :
Ertinya :
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka
potonglah tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan dan
sebagai pencegahan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha
Bijaksana”.
Sidang Jumaat Sekalian ,
Selain daripada matlamat yang disebutkan tadi terdapat hikmah yang
berbagai dalam setiap hukum yang disyariatkan. Sebahagian daripada hikmah
tersebut ada yang dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran, ada yang dijelaskan
oleh Rasulullah di dalam hadis dan sunnah dan ada yang boleh difikirkan oleh
akal manusia. Walau bagaimanapun ada juga hukum dan syariat yang tidak diketahui
hikmahnya malah dilihat sebagai tidak rasional dan tidak sesuai dilaksanakan
tetapi hukumnya tetap sama dan mesti kita laksanakan. Sebagaimana Allah
berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 45 :
Ertinya :
“
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada kita melakukan perkara yang keji dan
munkar”.
Allah juga berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
Ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu
mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa”.
Begitulah juga di antara hikmah Allah menwajibkan wanita menutup seluruh
tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan adalah supaya dapat merendahkan
pandangan bernafsu dari lelaki dan
mengurangkan keghairahan lelaki ajnabi melihatnya dan dengan itu boleh
mengurangkan maksiat dan jenayah seksual secara berleluasa.
Sidang Jumaat Sekelian,
Hikmah-hikmah ini ada yang terlaksana dan ada yang tidak terlaksana.
Ramai orang yang bersembahyang tetapi masih terus membuat maksiat. Ramai yang
berpuasa tetapi tidak tidak bertambah ketaqwaan melainkan makin jauh dari Allah.
Dan ada juga yang menutup aurat tetapi masih menjadi mangsa nafsu serakah
manusia. Suatu perkara yang mesti kita ingat bahawa hukum dan syariat Allah
tidak bergantung kepada terlaksana atau tidaknya hikmah ini. Walaupun masih
berterusan membuat dosa, kewajipan sembahyang tidak pernah terangkat. Walaupun
ramai di antara kita yang tidak bertambah taqwanya di bulan puasa tetapi
hukumnya tetap sama. Walaupun yang menutup aurat juga tidak terjamin keselamatan
mereka daripada nafsu manusia tetapi hukum menutup aurat tidak harus dilupakan.
Jangan jadikan alasan bahawa nafsu yang tidak mengenal mangsa, baik yang bertudung atau tidak, baik yang bersopan atau tidak,
jangan kita jadikan alasan untuk membenarkan kesalahan dan dosa kita, anak
isteri kita dan kerabat kita yang mendedahkan aurat mereka.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ
بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ ,
وَنفَعَنِىْ
وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ
مِنَ اْلآيَاتِ
وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ ,
وَتَقَبَّلَ
مِنِّى
وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ
اِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ ,
أَقُوْلُ
قَوْلِيْ
هَذَا وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ
الْعَظِيْمَ
ِليْ
وَلَكُمْ وَ
لِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ
وَياَ
نَجَاةَ
التَّاءِبِيْنَ.
Disediakan Oleh :
Kamal Izat Bin Ahmed
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan agama Islam Perak