KHUTBAH 1
HIBURAN
DALAM ISLAM
الحمد
لله الحمد
لله القائل :
وَمَنْ
أَرَادَ
الآخِرَةَ
وَسَعَى
لَهَا
سَعْيَهَا
وَهُوَ
مُؤْمِنٌ
فَأُولَئِكَ
كَانَ
سَعْيُهُمْ
مَشْكُورًا
أَشْهَدُ
اَنْ لاَ
اِلهَ الاَّ
الله
وَحْدَهُ
لاَشَرِيْكَ
لَهُ
وَأَشْهَدُ
اَنَّ
مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ
رَسَوْلِكَ
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى
الِهِ
وَاَصْحَابِهِ
اَجْمَعِيْنَ
.
اَمَّا
بَعْدُ, فَيَا
عِبَادَ الله
اِتَّقُوْ
اللهَ حَقَّ
تُقَاتِهِ
وَلاَ
تَمُوْتُنَّ
اِلاَّ
وَاَنْتـُمْ
مُسْلِمُوْنَ.
Sidang
Jumaat Yang Berbahagia,
Perkara yang membezakan di antara manusia dan malaikat adalah nafsu,
Allah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini walaupun malaikat
beranggapan mereka lebih layak semata-mata kerana manusia mempunyai nafsu yang
akan membolehkan mereka mentadbir muka bumi ini. Nafsu akan membawa manusia
kepada kemudharatan jika terlalu diturutkan tetapi membantu manusia mencari
kebahagiaan jika dipandu oleh iman dan akal.
Hadirin
Yang Dirahmati Allah,
Nafsu
memerlukan hiburan sebagai makanan asasi. Islam juga tidak mengharamkan manusia
untuk mengambil hiburan, tetapi hiburan yang dikehendaki di dalam Islam bukanlah
hiburan yang semata-mata hiburan dan melalaikan tetapi hiburan yang memberikan
ketenangan dan tidak melupakan kita kepada tuhan. Hiburan bukanlah menjadi
matlamat kehidupan tetapi hanya sekadar aktiviti sampingan bagi mengurangkan
tekanan.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sebagai
umat yang bertamadun, terlalu banyak perjuangan kita yang masih belum selesai.
Umat Islam tidak mampu menerajui kepimpinan dunia malah kebanyakan kita masih
gagal dalam menempatkan diri di dalam arus kemajuan dunia. Masih terlalau banyak
bidang ilmu pengetahuan yang perlu kita pelajari dan masih terlalu banyak bidang
kehidupan yang mesti kita terokai. Walau bagaimanapun apakah harapan yang boleh
kita letakkan terhadap generasi yang leka dan dilalaikan dengan hiburan. Kita
melihat generasi hari ini disogokkan dengan hiburan siang dan malam. Kita
dikhayalkan dengan lakonan dan nyanyian pagi dan petang, dipukau oleh hero dan
heroin Hindustan, tidak kira had , tidak kira sempadan.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan
cerita Hindustan atau Bollywood yang dibangkitkan oleh Majlis Mufti-Mufti
SeMalaysia baru-baru ini nampaknya benar-benar menggemparkan masyarakat.
Berbagai-bagai pihak menyatakan sokongan mahupun bantahan. Sebenarnya isu ini
telah lama dikatakan bukan sahaja oleh golongan bidang keagamaan malah turut
disuarakan oleh pihak seniman dan karyawan tempatan yang cintakan jati diri
bangsa dan merasai tanggungjawab terhadap agama. Tetapi apabila ini disuarakan
oleh pihak yang paling berotoriti dalam agama maka persoalan ini menjadi satu
isu yang tidak harus dipandang sebelah mata.
Sidang
Jumaat Yang Berbahagia,
Allah
berfirman di dalam surah Hud ayat 15 – 16 :
مَنْ
كَانَ
يُرِيدُ
الْحَيَاةَ
الدُّنْيَا
وَزِينَتَهَا
نُوَفِّ
إِلَيْهِمْ
أَعْمَالَهُمْ
فِيهَا
وَهُمْ
فِيهَا لاَ
يُبْخَسُونَ(15)أُولَئِكَ
الَّذِينَ
لَيْسَ
لَهُمْ فِي
الْآخِرَةِ
إِلَّا
النَّارُ
وَحَبِطَ مَا
صَنَعُوا
فِيهَا
وَبَاطِلٌ
مَا كَانُوا
يَعْمَلُونَ(16)
Ertinya
:
Barangsiapa
yang mahukan kehidupan di dunia dan segala perhiasannya nescaya kami sempurnakan
balasan usaha mereka dan mereka tidak dikurangkan sesuatupun di dunia ini.
Tetapi mereka itulah golongan yang tidak mendapat sebarang sesuatu di akhirat
kecuali neraka Allah, lenyaplah segala manfaat usaha mereka ketika di dunia dan
sia-sialah apa yang mereka kerjakan.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mungkin
sebahagian kita bertanya kenapa filem Hindustan
ini begitu dibimbangi dan menjadi sasaran golongan agama pada masa ini.
Gambaran dibuat seolah-olah hanya filem Hindustan sahaja akan membawa kesan
buruk terhadap masyarakat dan mesti diperangi habis-habisan. Sebenarnya
persoalan kesan dan pengaruh filem ini telahpun disuarakan oleh ulamak-ulamak
Islam semenjak peti televisyen mula diperkenalkan di negara ini. Ulamak telah
mengingatkan masyarakat tentang kesan filem-filem barat atau Hollywood. Ulamak
telah menegur tentang pencemaran budaya hidup yang ditonjolkan melalui filem
Hong Kong. Ulamak turut menentang unsur-unsur khurafat dan tahyul yang
diselitkan di dalam filem tempatan. Oleh yang demikian apabila filem-filem
Hindustan ini begitu diberi tempat yang terlalu istimewa di media massa tempatan,
maka tidak dapat tidak menjadi tanggungjawab ulamak membuat teguran. Ulamak
tidak pernah memilih bulu dalam membuat teguran terhadap umat. Ulamak tidak
memilih golongan tertentu untuk ditegur tetapi ulamak wajib menegur setiap kali
kemungkaran dilaksanakan. Sabda Rasulullah S.A.W :
مَنْ
رَأَى
مِنْكُمْ
مُنْكَرًا
فَلْيُغَيِّرْهُ
بِيَدِهِ
فَإِنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ
فَبِلِسَانِهِ
فَإِنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذلِكَ
اَضْعَفُ
اْلأيْمَانِ
Ertinya
:
Barangsiapa
yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika dia
tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, jika dia tidak mampu
maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Perintah
Rasul ini bukanlah semata-mata ditujukan kepada ulamak sahaja, tetapi siapakah
yang mahu menjalankan perintah Allah ini selain daripada ulamak. Mereka yang
mempunyai kuasa tidak mahu menggunakan kuasanya. Mereka yang boleh bercakap
tidak memilih untuk memperkatakan kebenaran. Mereka yang boleh menulis lebih
suka menulis sesuatu yang memutarbelitkan
kebenaran. Maka kita melihat hari ini hanya ulamak yang sanggup memperkatakannya
semata-mata kerana takutkan Allah. Allah berfirman dalam surah al-Fathir ayat 28
:
إِنَّمَا
يَخْشَى
اللَّهَ مِنْ
عِبَادِهِ
الْعُلَمَاءُ
إِنَّ
اللَّهَ
عَزِيزٌ
غَفُورٌ
Ertinya
:
Hanyasanya
yang takutkan Allah dari kalangan hambanya adalah ulamak. Sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Inilah
buktinya silapnya dakwaan mereka yang mengatakan ulamak bukan semestinya mereka
mempunyai ilmu pengetahuan agama. Silap jika kita mengatakan seseorang boleh
dipanggil ulamak jika mempunyai kemahiran dunia walaupun tidak memahami langsung
ajaran agama. Terlalu silap jika kita mengatakan pakar perubatan dan pakar
perundangan juga dipanggil ulamak walaupun ilmunya bertentangan dengan Islam.
Sesungguhnya yang dikatakan sebagai ulamak adalah mereka yang mempunyai ilmu dan
ilmunya itu mendidiknya menjadi hamba yang takutkan Allah, sedangkan pada hari
ini kita melihat mereka yang cukup tinggi ilmunya tetapi tidak takutkan Allah.
Ketika mana mufti-mufti cuba mencegah kemungkaran, golongan bijak pandai juga
turut menyumbang ke arah kemungkaran. Ketika kita cuba mengurangkan kesan
negatif di bidang penyiaran berbagai-bagai pihak menyatakan bantahan termasuk
ahli-ahli akademik di institusi pengajian tinggi.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Kalau
kita mengkaji dengan teliti maka kita akan dapati kesan buruk filem Hindustan
terhadap masyarakat dan akidah umat Islam sukar untuk kita nafikan. Kita melihat
penghinaan terhadap tuhan dan agama di mana pelakon memaki hamun tuhan mereka
kerana ditimpa kecelakaan lalu digambarkan akhirnya tuhan mereka terpaksa
menyelesaikan masalah mereka. Kita melihat pelakon –pelakon yang menjadi
pujaan remaja masa kini yang dengan megahnya memakai rantai salib dan sujud
menyembah berhala walaupun mereka beragama Islam. Kita sudah melihat kesan
kepada akidah umat Islam di mana ramai anak-anak kita sanggup membotakkan kepala
untuk berlakon sebagai Sami Buddha dalam filem Hollywood yang dibuat pengambaran
di dalam negeri ini sedikit masa lalu. Kita melihat penonjolan pelakon-pelakon
yang cantik dan seksi ditambahkan dengan tarian yang menghairahkan menjadi umpan
untuk menarik minat masyarakat. Kita melihat budaya agama itu sama tarafnya,
seolah-olah mahu diterapkan kepada masyarakat seperti perkahwinan berlainan
agama, kepelbagaian agama dalam satu keluarga, kebebasan meninggalkan agama,
budaya dan keluarga demi kerana cinta dan kasih sayang yang tidak sewajarnya
sentiasa menjadi fokus utama dalam setiap cerita. Dan yang paling parah kita
melihat mesej utama yang sentiasa dipaparkan ialah walau apapun permasalahannya
hanya tuhan mereka atau agama Hindulah yang mampu menyelesaikannya.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Bukankah
ini semua dapat kita lihat sebagai satu ancaman terhadap keutuhan bangsa dan
agama kita. Jika kita sebagai umat Islam tidak berusaha untuk menyekatnya maka
kepada siapakah lagi yang hendak kita harapkan. Jika pandangan pihak yang paling
berotoriti dalam agama juga tidak kita hayati, apakah lagi yang akan menjadi
benteng mempertahankan agama kita di kemudian hari.
Sidang
Jumaat Sekalian,
Kita
bersyukur kehadrat Allah kerana usaha kita ini telah membuahkan hasil.
Setinggi-tinggi tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Penerangan kerana
mengambil langkah mengurangkan tayangan di semua stesyen televisyen. Ini menjadi
bukti peranan ulamak dalam memperbaiki kehidupan umat masih dihargai. Walau
bagaimanapun bagi yang mempertahankan filem ini hisablah diri sendiri. Jika kita
tidak mampu memperbaiki umat maka jangan kita bersekongkol dengan gerakan yang
cuba merosakkannya. Bagi para akademik yang dikurniakan Allah dengan akal yang
boleh memikir, maka jangan dikesampingkan asas keimanan supaya kita tidak hanyut
dalam pemikiran yang dikuasai oleh syaitan.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ
بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ ,
وَنفَعَنِىْ
وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ
مِنَ اْلآيَاتِ
وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ ,
وَتَقَبَّلَ
مِنِّى
وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ
اِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ ,
أَقُوْلُ
قَوْلِيْ
هَذَا وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ
الْعَظِيْمَ
ِليْ
وَلَكُمْ وَ
لِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ
وَياَ
نَجَاةَ
التَّاءِبِيْنَ.
Disediakan Oleh :
Kamal Izat Bin Ahmed
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan agama Islam Perak