4.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
Pengenalan
Membuat pilihan
mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan
mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau
membina item itu sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang
memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan
atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau jawapan pendek atau
melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei yang membenarkan pelajar
membentuk dan menyediakan jawapan yang
asal dan tepat. Item objektif termasuklah aneka pilihan, betul-salah, padanan
dan melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan pendek,
jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item ujian pencapaian.
Kebiasaannya, apabila
diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan menghadapi kesan
emosi iaitu gembira atau risau atau kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul
kerana mungkin mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi
peluang untuk mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang
patut diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin telah pun bersedia
dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati. Namun persediaan dan pengetahuan
tentang pembinaan item merujuk kepada ketetapan yang telah disandarkan
merupakan satu ujian yang agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan
yang telah ditetapkan seseorang pembina item atau soalan boleh merancang dan
menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan atau item yang perlu
disediakan.
Objektif
Diakhir bab ini,
anda seharusnya dapat :
·
Merancang
pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar didalam sesuatu
matapelajaran
·
Membuat
padanan item ujian mengikut objektif
·
Membina
ujian objektif dan ujian esei
·
Memberi
maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar
4.1 Jadual Penentuan Ujian
Pembinaan ujian
yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi
ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan
mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek
kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh
mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan
yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas
pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.
Setiap ujian yang
dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji
semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian
adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali,
sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai
oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu
dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan,
kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980)
“A Table of Specifications consists of a
two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000;
Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to
the instructional content. The column of the chart lists the objectives or
"levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows
list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et
al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content
and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one
axis, the content on the other. The cells in the table then represent the
specific content in relation to a particular objective or behavior" .
Jadual penentuan
ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar
dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain
objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa
mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti
guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.
Enam elemen yang
perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan
sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan
item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi
setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan
membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang
seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
|
Aktiviti Ambil
satu contoh kertas ujian yang pernah
anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut senaraikan beberapa objektif
pengajaran yang anda dapat perolehi. |
4.1.1.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Pernyataan objektif pengajaran adalah
berasaskan:
i.
Hasil yang akan diperolehi murid;
ii.
Prestasi atau tingkahlaku murid yang
boleh dilihat atau diukur, selepas sesi pengajaran;
iii.
Keadaan atau syarat yang diperlukan
bagi sesuatu tingkahlaku;
iv. Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.
Di samping itu, objektif
pengajaran hendaklah melibatkan:
i)
Perkara yang masih belum dikuasai
murid;
ii)
Masa bilakah objektif tersebut hendak
dicapai (misalnya, di akhir pengajaran);
iii)
Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran
terdahulu;
iv)
Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu
yang dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).
Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu
gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif
pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut :
nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan
tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh
memberi arah kepada guru dalam
memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga
boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian.
4.1.2
Pengertian
Jadual Penentuan Ujian
Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan
sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah
dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu
dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan
ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor
yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian
berkenaan.
Dalam
proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut
hendaklah diikuti.
1.
merancang ujian
2.
menggubal soalan
3.
memilih dan menyelaras
soalan
4.
memprauji soalan
5.
memasang kertas soalan
4.1.2.1 Perancangan
Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian
Perkara
yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan Ujian
(JPU) (Test Table of Specification).
Dalam pembinaan Jadual Penentuan
Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.
4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sukatan
pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum
yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis
ialah
(i)
skop dan kedalaman
kajian pada sesuatu tajuk
(ii)
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu
tajuk
(iii)
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan
tajuk-tajuk yang lain
(iv)
kekomplekskan sesuatu tajuk
(v)
masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk
4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan
Di
samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis
kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan
rakan-rakannya.
Maklumat-maklumat
yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan
penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan
bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang
ia perlu diuji.
Berdasarkan
penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual Penentuan
Ujian mengandungi tiga paksi utama.
1.
Paksi Kandungan
- Tajuk
- Subtajuk
2.
Paksi Kemahiran
-
Aras kemahiran
3.
Paksi Wajaran
- Peratusan pemberatan setiap tajuk
- Bilangan soalan
4.1.2.4 Kepentingan
Jadual Penentuan Ujian
Jadual
Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal
soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual Penentuan Ujian
ialah:
1.
Ujian akan dibina
secara sistematik.
2.
Keesahan dari segi
penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
3.
Taburan tajuk adalah seimbang, dan
pelajar diuji pada keseluruhan
kurikulum.
4.
Taraf, mutu dan aras
kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
5.
Ia menjadi panduan
kepada penggubal soalan dan pembina ujian.
|
Aktiviti Ambil
item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan |
4.2 Pembinaan Item Ujian Objektif
Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang banyak manakah mereka faham dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Ujian pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri.
Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang
dibina oleh guru berkenaan bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh
menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi membolehkan kesesuaian
dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian yang dibina dan
dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai
pengetahuan yang dapat diperolehi dari pelajar atau murid mereka.
Langkah 1. Merekabentuk
Ujian
Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan
adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan
objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak
menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid tidak akan berpeluang
menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat
membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.
Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat
memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian
yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah
matematik yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang
telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada
objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana kesan
sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan kepada
keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika
murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan
pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih
bermakna.
Langkah 2.
Menulis Soalan ujian
Sebaik sahaja
anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa yang
sama telah menentukan jenis-jenis soalan dan rekabentuk soalan yang akan
digunakan, anda mungkin telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu
membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan
ujian.
Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai pilihan (multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank) atau soalan jawapan pendek (short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching) dan soalan esei (essay) dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.
1. Arahan bagi
setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.
2.
Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di
fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak
mempunyai kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan
pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid yang
mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak
betul atau tepat oleh kerana tafsiran
mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan.
3.
Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau
kebolehan yang dapat dibentuk dari unit tersebut dan
bukannya kepintaran am atau kebijaksaan ujian.
4.
Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain.
Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak
akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan
mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil
ujian.
5.
Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan
soalan berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya kerana soalan ini
akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak betul.
6. Tentukan unit
dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal.
Langkah 3 .
Semakan Akhir
Akhir
sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang
diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan
mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang
tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang
diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian
yang lemah tahap pembinaannya bukan
sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan
murid mengambil ujian.
Jika anda sudah pun berpuas hati dengan
pengunaan prinsip am pembinaan ujian
yang telah anda lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang telah anda
bina dan seterusnya memastikan
bahawa ujian tersebut akan memberi
pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira kepelbagaian dalam soalan
yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan,
anda boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap murid
anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah
mengetahui keseluruhan skoran ujian dimana anda akan dapat mengenal pasti
bahagian manakah yang perlu dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan
dengan baik akan dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang
diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami sepenuhnya
objektif pembelajaran tersebut.
4.2.1
Item Aneka Pilihan
Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan.
1.
Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat
atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item.
2.
Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah
memasukkan perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan memudahkan soalan
dibaca dan opsyen mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan
utama hendaklah tidak mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang
betul.
3. Jadikan
alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid
yang belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
4. Pastikan
pilihan jawapan diletakkan secara rawak.
5. Pastikan semua
pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang dan
berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan
diberikan.
6. Jangan biasakan
memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai alternatif.
7. Kawal aras kesukaran soalan dengan
menyediakan alternatif.
Item aneka pilihan mempunyai tiga
komponen asas iaitu :
i)
Stimulus
Adalah maklumat khusus dimana item itu
didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.
ii)
Stem
Adalah bahagian yang mengandungi tugasan
dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain
lagi.
iii)
Pilihan/Opsyen
Adalah perkara-perkara yang diberikan
sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa,
gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi :
a)
Kunci bagi pilihan
betul atau terbaik
b)
Pengganggu/Distraktor
yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar
4.2.2
Item Benar-Salah
Item ini mempunyai
pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk menguji
fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau salah atau
palsu mengenai pernyataan yang diberi.
4.2.3
Item Mengisi Ruang Kosong
Item jenis
ini memerlukan anda memberi rsepon
pendek dan kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda
berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah diberikan.
Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan,
komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item
esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah kurang
berbanding ujian aneka pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah.
Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah
memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek.
Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan
juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan
alternatif dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian.
Item ini menghendaki
jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau
stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh
digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini
menghendaki murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau
stimulus dan tindak balas yang betul.
Contoh 4. Apakah
tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ?
Tiga warna utama
yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ ,
______________ dan
______________ . ( 3 markah)
4.3
Pembinaan Item Ujian Subjektif
Item subjektif
ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini
digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai
jawapan yang bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk
menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran
menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif
juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi
mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.
|
·
Pada pendapat
anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif kah atau ujian
subjektif ? ·
Cuba anda bina
beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif. |
4.3.1
Kata Tugas Item Ujian
Kata tugas adalah
suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk
menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata
tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan
tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang
sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas
yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan
respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.
Kata tugas
mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan
item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu
item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu
objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila
dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis
respons yang berlainan.
Terdapat kata tugas
yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau
bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberap
perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih
jelas.
4.3.2
Item Esei Jawapan Terbatas
Item jawapan
terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons
biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala
panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya
item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa
ayat atau satu perenggan.
Item jenis ini
tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan
panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan
kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau
dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons
terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir
kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah.
Item jawapan terbuka
berupaya memfokuskan tugasan item kepada
sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan
untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak
mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar
dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.
4.3.3
Item Esei Jawapan Terbuka
Item jawapan terbuk
bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada
pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk
jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka,
mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian
sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item
ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa
kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan,
stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan
proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.
Dalam item respons
terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada
pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny
menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang
disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif.
Kekuatan item
jawapan terbuka adalah ia boleh :-
a)
Menerokai pelbagai pilihan, cara ata
pendekatan bagi menyelesaikan masaalah
b)
Membuat pertimbangan dan penilaian
tentang sesuatu idea atau maklumat.
c)
Menghasilkan sesuatu idea yang asli.
d)
Menyatu dan mengabungkan pelbagai
pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.
e)
Mengenalpasti, memilih, menyusun dan
mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.
a)
Memerlukan pemeriksa yang terlatih
untuk membuat penskoran
b)
Memerlukan masa yang agak panjang
untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif
c)
Penskoran respons pelajar dilakukan
secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’ ( potensi dalam
ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas
sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )
d)
Memerlukan pelajar menulis dengan
bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan
sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang
disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.
|
·
1. Senaraikan
jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan. 2. Bincangkan
jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian |
Rumusan
Dalam
bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item
atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program
ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum
dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa yang
lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur
pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul.
Item Aneka-Pilihan .
Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk
mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item
aneka-pilihan boleh dijawab dengan cepat anda boleh menilai kemahiran
murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini mudah diberi markah.
Item aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan.
Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah
tinggi, item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada
ketika tertentu sahaja.
Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan
dan aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa hanya satu jawapan
sahaja yang diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan
menerangkan jawapan.
Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji
perhubungan diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan
contoh.
Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek
boleh dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis namun agak sukar
untuk di skor. Membolehkan anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan
pendapat mereka.
Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid yang
mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan. Lajur senarai carta
menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci
konsep pengukuran ujian tersebut.
Rujukan :
1. Hale, Gordon et al (December
1980), "Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance," Research
Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.
2. ED322060.
(1988) Social Studies Grade 8. Blue Prints for Testing Minimum Performance Test Item Specifications.
3.<
Hecht, James T. (1974) The Development and Structure of Professional
Examinations Planned for National Use.
4. Childs, R.A.
(1989) ED315426 .ERIC
Clearinghouse on Tests Measurement and Evaluation
5.
Notar, Charles et al (2004). The table of specifications: insuring accountability
in teacher
made
tests. Journal of Instructional Psychology.
Hakcipta Azizi Publicist 2005-2006