Keluarga saya...
Teman
hidup saya, yang tersayang, Hashimah binti Abdul Razak. Bertugas
sebagai Pegawai Kaunselor di Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala
Lumpur. Beliau adalah satu-satunya kaunselor di hospital berkenaan.
Kami bertemu di USA (Bloomington, Indiana) 23 tahun yang lalu dan sepakat untuk hidup bersama sebagai suami isteri pada 14hb Ogos, 1980. |
Tiga orang jejaka tampan hasil dari perkongsian hidup kami, (dari kiri) Sa'ad, Zaid dan Ahmad Saifullah Hafiz. Along (Saifullah) adalah yang paling besar sekali. Sekarang ini menuntut di UNIMAS Sarawak dalam jurusan IT. Yang tengah, Zaid sedang belajar di BMI, Gombak dalam bidang Telekomunikasi. Saad baru Tingkatan 5 sekarang sedang belajar di SM Teknik Kajang dalam bidang Otomotif. Kami juga dikurniakan dengan tiga puteri, Nurul Iman, Nurul Husna dan Nurul Izzah. Gambar mereka ada di capaian berikut: sila klik disini
|
(C) Muhd Khairiltitov Zainuddin