Dikir Barat Keris™

"Hayal kita, Hajat kita, Kekal jasa, Mencapai Wijaya"

Sejarah

Kumpulan Dikir Barat KERIS telah dirasmikan oleh Encik Md Sungip pada 2 Disember 2000. Konferensi telah dianjurkan. Encik Imran, Encik Azhar, Encik Faisal dan Encik Md Azrie adalah antara pemegang hal di dalam organisasi.

Rancangan Pembinaan Berkaitan Kemahiran Seni telah dianjurkan untuk kesemua ahli. Rancangan seperti kemahiran, memimpin, perunding masalah peribadi, pengurusan pentas juga telah diselit di dalam program.

Kumpulan telah diajar meluaskan pandangan. Idea biasanya dibentang oleh ahli sendiri. Mereka berfikiran positif dan bertindak cepat, cekap menggunakan daya fikiran yang pantas. Istilah "Lakukan Sahaja" disemat didalam hati masing-masing.

Kerjasama selalu diamalkan. Tolong-menolongmemang lazim di antara semua. Kemaafan selalu dikukir di dalam jiwa setiap ahli. Kerja keras di jadikan lambang demi kejayaan KERIS.

KERIS telah membuat beberapa persembahan di dalam acara yang formal di mana ia diberi galakkan yang memuaskan bagi setiap persembahan.

Buat masa ini, Encik Zulhermi yang menguruskna kumpulan ini. Ahli Keris, akan memberikan apa saja yang sedaya upaya untuk meraih kejayaan. "Bernadi bahasa, Berjiwa Seni".

"Langkah gemalai, gelodak mengurai,
Kaki melunjur lemah gelisah mengungkai,
Kasihku ungkapkan, Arah ku kemudi kasih ingin dirangkai,
Rapuh merintih, hati bak dirantai..."

Chorus: Piala Lim Boon Heng Saringan(STT)
Hosted by www.Geocities.ws

1