Lencana Ahli Penukang (Pilih satu sahaja)


Ahli Penukang
(Bahagian A)
Pembuat Bakul

1. Membuat sendiri benda yang boleh digunakan seperti bakul dari rotan,rumput,jerami dll.
2. Mengetahui dari mana bahan mentah itu diperolehi.
3. Cara memperoses bahan mentah itu.


Ahli Penukang
(Bahagian C)
Ahli Penyambung (Kerja kayu)

1. Memasukkan skru sedalam 3.5 cm dengan tidak merosakkan kayu atau skru.
2. Memaku penutup peti (ensel) dengan menggunakan papan setebal 2 cm.
3. Membelah sekeping papan 2.5 cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa.
4. Mengasah pahat dan mata ketam, membuat lubang tanggam dan sambungan separuh.
5. Membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
6. Mengenali 2 jenis kayu lembut,kayu seserhana keras dan 3 kayu keras.
 

Ahli Penukang
(Bahagian D)
Tukang Kulit

1(a). Membuat tumit kasut but atau tumit kasut biasa dengan bahan kulit dengan cara menjahit atau memaku. Atau
1 (b) Membuat satu alatan yang dibuat sendiri seperti rantai kunci, woggle , sarung kapak ,sarung pisau , dompet. Alatan itu hendaklah dihiaskan mengikut kreativiti sendiri.
2. Boleh menerangkan secara perinci mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan alatan di atas,
3. Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan untuk peralatan berasaskan kulit.
 

Ahli Penukang
(Bahagian E)
Percetakan

1. Mengatur satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetaknya.
2. Mengenali jenis-jenis huruf  percetakan mengikut saiz (point system) dan menamakan 6 jenis.
3. Mengetahui semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuran.
 


Lencana Ahli Mekanik


Lencana Ahli Berkhemah/ Ahli Elektronik
Ilmu Perintis / Ahli Komputer



Hosted by www.Geocities.ws

1