1. Telah berkhemah sekurang-kurangnya 10 malam. 2. telah bertugas 7 hari sebagai Pengawal Perkhemahan. 3. Menunjukkan 3 perkara dari berikut:- - menggunakan arang untuk memasak. - membuat unggun api - memasang khemah - menyidai kain basah serta menganginkan tempat tidur dan peralatan lain di kem. - mencegah kebakaran di kem. 4. Menunjukkan cara untuk:- - membuang reja makanan. - membuat tandas - menjaga alat masak - menjaga air minum & makanan - menjaga alatan perkhemahan 5. Memahami maksud taraf perkhemahan. 6. Menyediakan peti bantuan kecemasan. 7. Menggunakan 3 dari alat berikut: - kapak penebang - gergaji - tukul - alat mesin ringan sepeti mesin pemotong rumput,gergaji rantai dll.
NOTA: Pengesahan Pemimpin diperlukan.
PEMADAM API
1. Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat tempatan. 2. Mengetahui bahaya api. 3. Tindakan mencegah kebakaran di rumah yang menggunakan peralatan berasakan letrik / minyak / gas . 4. Mengetahui bahaya kebakaran semasa perkhemahan & pencegahan. 5. Mengetahui punca kebakaran belukar / lalang & pencegahan. 6. Cara memanggil bomba. 7. Cara mencegah kebakaran dengan cara baldi berderet. 8. Cara menggunakan pemadam api. 9. Memberi bantuan kecemasan kepada mangsa terbakar.
Nota: Sebaiknya Pengakap menghadiri kursus asas kebombaan kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan.
SETIAUSAHA
PEMELIHARA
1. Mengetahui struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia,Daerah Kerian, dan kumpulan di sekolah. 2. Cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan untuk kegunaan Majlis Ketua Petrol. 3. Dihadapan Penilai:- Menulis karangan panjangnya 250 perkataan. ATAU Menaip satu esei sepanjang 100 perkataan dengan mesin taip atau komputer tidak lebih dari 5 kesalahan. Tahu cara membersihkan mesin taip, menggantikan riben mesin taip. 4. Mengetahui peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan agenda dan minit mesyuarat. 5. Mengetahui menguruskan kewangan pasukan.Menyedia akaun pasukan. 6. Menulis sepucuk surat / kad jemputan kepada orang ramai menjemput mereka hadir dalam satu aktiviti a Pengakap di sekolah. 7. Mengetahui mengenai urusan di Pejabat Pos dalam perkara seperti:- - Kiriman wang pos - Kiriman bungkusan - Pos berdaftar - Pos laju 8. Menyediakan berita mengenai satu aktiviti Pengakap Sekolah atau Daerah. 9. Menjalan tugas Setiausaha untuk Patrol/ Kumpulan atau lain-lain Persatuan di Sekolah selama 3 bulan. 10. Pengendalian fail -fail.
Nota: Pengesahan dari Pemimpin diperlukan.
1. Mengetahui usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia. 2. Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis. 3. Akibat terlampau banyak hujan dan akibat kemarau. 4. Sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya. 5. Perhubungan di antara manusia dengan serangga dan haiwan dalam konteks alam sekitar. 6. Memberi 4 contoh bagaimana balam semulajadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan cara pemeliharaannya. 7. Membuat kajian alam sekitar dua kawasan yang berlainan. 8. Dari kajian itu bincang dengan Penilai mengenai:- - Penggunaan tanah - Pemeliharaan hidupan liar - Pemeliharaan tumbuh-tumbuhan. 9. Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar.
Nota; Pengesahan Pemimpin diperlukan.
Nota : Untuk skima ujian lain-lain lencana pengetahuan SILA rujuk BUKU PROGRAM LATIHAN PENGAKAP terbitan; PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA