LENCANA  PENGETAHUAN

You need Java to see this applet.

AHLI   PENUKANG

Lencana ini mempunyai 3 bahagian yang mana Pengakap mesti lulus dalam mana-mana Satu bahagian.

PENGEMBARA

1. Mengembara bersama dengan dua orang Pengakap selama 2 hari 1 malam dengan berbasikal  atau berjalan kaki.
2. Persediaan untuk mengembara.
3. Merancang satu aktiviti mengembara
    - membuat peta mengembara
    - bincang dengan Penilai
    - dapatkan kelulusan Penilai
    - mengembara seorang diri atau
      dengan seorang Pengakap lain.
4. Mengambara bersama dengan
     Pengakap lain sejauh 10 km
     berpandukan kompas dan peta.
Nota: Aktiviti ini mesti diattur dan
         dilaksanakan di bawah
         pengawasan Pemimpin.
        Kebenaran dari ibubapa / kuasa
        Penganjur mesti diperolehi.

BAHAGIAN  A  ( PEMBUAT BAKUL)

1. Membuat sendiri bakul dari  rotan / rumput/ atau jerami.
2.  Mengetahui dimana bahan mentah itu diperolehi dan cara bahan itu diproses.
Nota: Ujian ini dilakukan dihadapan
Penilai dan disahkan oleh Pemimpin.

BAHAGIAN B ( KERJA KAYU)

1. Memasukkan skru sedalam 3.5 cm,tanpa  merosakkan kayu atau skru.
2. Memaku ensel pada papan setebal 2 cm
     dan memaku.
3. Membelah papan 2.5 cm tebal dan 60cm
    panjang dengan gergaji biasa.
4. Mengasah pahat dan mata ketam.
5. Membuat lubang tangam dan
     sambungan separuh.
6. Membuat sebuah bangku atau kerusi
7. Mengetahui jenis-jenis kayu
     kayu lembut /kayu sederhana keras/
     kayu keras.
Nota : Pengesahan dari Guru Kemahiran
          Hidup diperlukan.Penilai perlu
          tandatangan dan cop rasmi.

AHLI  PERHUBUNGAN

Untuk Lencana ini, Pengakap mestilah lulus    semua ujian bahagian A atau bahagian B

BAHAGIAN  A

1. Memahami "semaphore' dan  kegunaannya.Tahu melakukan isyarat hurut A - Z, nombor 0 - 9 dan isyarat lain yang penting.
  2. Menghantar dan menerima berita seperti panggilan S.O.S.
  3. Menghantar dan menerima berita dengan KOD MORSE dengan menggunakan buzzer sejauh 100 meter.

BAHAGIAN C ( PENJILID BUKU)
BAHAGIAN D ( TUKANG KULIT)
BAHAGIAN E  ( PENCETAKAN)
Sila rujuk dari Buku Program Latihan
Pengakap Muda Terbitan
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.

BAHAGIAN   B

1. Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan penerimaan dari 20 stesen Radio Amator.
Catatan Log mengandungi:-
  tarikh / masa / gelaran panggilan (callsign)
  kekuatan signal (RST)  dan lokasi stesen
  (QTH)
2. Membincang dengan Penilai mengenai
   alatan (radio) yang digunakan / stesen
   paling jauh yang dapat diterima. (DX)
3. Membincang dengan Penilai:-
    Jenis  Gelombang (Frequency bands)
     Gelombang (Frequency) yang terbaik
    dalam komunikasi pada waktu malam
    dan siang.
4. Mengetahui  10 jenis Kod Q antarabangsa
     dalam Radio Komunikasi.
5. Peraturan mengenai Radio Komunikasi
     yang ditentukan oleh Suruhanjaya
     Komunikasi dan Multimedia.
     (Penggunaan alat walkie -talkie)
Nota: Penilai mestilah terdiri dari personal
yang arif mengenai radio komunikasi seperti
Ahli Radio Amator. (LIHAT HALAMAN
AKTIVITI JOTA)

UNTUK  MENGETAHUI SKIMA                 LENCANA  LAIN DALAM                   KUMPULAN INI  sila rujuk:-
   Buku Program Pengakap  Muda
Terbitan
Persekutuan Pengakap                                 Malaysia.

Lencana  Pengetahuan

Lencana  Perkhidmatan

Hosted by www.Geocities.ws

1