| Lencana Kegemaran (Pengakap Muda) |
| Ahli Koleksi Hobi |
| 1. Mengumpul / menyusun / mengatur dengan kemas dan menarik SATU jenis barang dalam tempoh tidak kurang 6 bulan seperti SETEM / KOTAK MACIS / DUIT SILING / SIPUT / PEMBALUT TIN / SKAF JAMBORI / DLL 2. Mengetahui berkenaan benda yang dikumpul / bincang dengan Penilai (Pemimpin) mengapa benda itu dikumpul. 3. Mengumpul / menyimpan EMPAT benda berikut:- a) Sekaf Pengakap b) Lencana Pengakap c) Wogel d) topi e) tali pinggang f) Kemeja T g)Sampul surat hari pertama h) Majalah/Buku Pengakap |
| Ahli Pertahanan Diri |
| Log XPDC |
| 1. Menjadi ahli sekurang-kurangnya 6 bulan dalam Persatuan Seni Pertahanan diri seperti: Seni Silat / Kung Fu / Karate / Tae Kwon Do / Judo / Akido / Salambam / dll 2. Mengetahui sejarah seni mempertahankan diri yang berkenaan. 3. Mengetahui prinsip yang terkandung dalam seni mempertahankan diri yang berkenaan. 4. Mengetahui jenis keduda, pergerakan asas, jenis tangkisan, jenis serangan. 5. Cara membuat serangan serta menangkis serangan. NOTA: Sijil dari Persatuan yang berkenaan hendaklah disertakan. |
| Jurumasak di Khemah |
| 1. Memasak Dua (2) jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur, untuk 2 orang. 2. Memasak dan menghidangkan SATU dari berikut: Ikan panggang / Roti berlauk / Bubur. 3. Memasak SATU dari berikut: Mee rebus atau goreng / Ayam atau daging salai atau panggang / Masakan biasa. 4. Memasak SATU dari berikut: Sejenis makanan manis / Halua buah-buahan / Gula-gula manisan / Lengkong / manisan pilihan sendiri. 5. Menyedia dua jenis menu dengan sukatan untuk satu patrol seramai 6 orang.. |
| Juru Perpustakaan |
| 1. Berikan kepada Penilai satu senarai 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan 2. Terangkan mengapa buku itu dibaca. 3. Ringkasan cerita (sinopsis) 4. Pengajaran dan mesej cerita itu. 5. Menjawab soalan mengikut kandungan buku itu. NOTA: Buku tersebut hendak mengandungi cerita FIKSYEN dan BUKAN FIKSYEN. ATAU 1. Berikan kepada Penilai sau senarai buku-buku yang digemari. 2. Terangkan mengapa buku itu dipilih. 3. Ringkasan Cerita (sinopsis) 4. Pengajaran dan mesej. 5. Cara mencari maklumat dari buku rujukan. 6. Cara mengatur dan menyusun buku. |
| Pelukis |
| 1. Melukis satu pemandangan dari sebuah cerita. 2. Melukis rupa (potret) seorang manusia. 3. Melukis satu pemandangan alam semulajadi. 4. Melukis poster simpulan & ikatan yang telah dipelajari. 5. Melukis gambar layout perkhemahan. 6. Melukis 3 jenis gajet. 7. Melukis Lambang Pengakap. 8. Mengumpul pelbagai lukisan dari akhbar / majalah. |
| Penunggang Basikal |
| 1. Mempunyai dan menggunakan sebuah basikal yang lengkap dan berkeadaan baik. 2. Kemahiran dalam menukar tayar & tiub/ menampal tiub bocor / mengganti alat berek / bahagian-bahagian lain. 3. Mengetahui peraturan lalulintas. 4. Berbasikal sejauh 10 km 5. Menyampai berita melalui aktiviti menunggang basikal. |
| Lencana Pengetahuan |
| NOTA : Skima Ujian Lencana kegemaran yang lain - sila rujuk buku PROGRAM LATIHAN PENGAKAP MUDA terbitan PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA |