www.mtusempoi.org

XPDC Rimba Kenong 2003 - Laporan rasmi xpdc ke Kenong

suzieana - 04 Sep 2003 10:00 am
Hantar Topik: Laporan rasmi xpdc ke Kenong
Aku rasa lum ada sorang pun yg cerita secara terperinci apa xtvt yg telah dijalankan semasa di sana. Meh kita citekan agar member-member yg tak pegi faham jalan cite semasa kat sana.

29/08/2003
Perjalanan dari KL Central ke Kuala Lipis dan Johor Bahru ke Kuala Lipis telah selamat sampai pada awal pagi sekitar jam 4.30 a.m. Pembahagian ratio bermula pada pukul 7.00 pagi dan kemudian kitaorang gi sarapan sambil melihat perbarisan di Pekan Kuala Lipis. Pekan ni kecil jer dan tak havoc cam di kota besar. Pendek kata masyarakat kat sana tak ler stress cam owang kat bandar yg serba serbi nak cepat dan kelam kabut je..tenang jer. Tiba di jeti..sempat celebrate besday Asyraf sebelum menaiki bot menuju ke Kg Dusun. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Sempat ler menikmati keindahan alam di sekitar Sungai Jelai dan Zzzz.

Tiba jer di jeti..terus jer memulakan cabaran pertama ke Kg Dusun dgn berjalan kaki..kira warm-up ler tu..perjalanan tak jauh..lebih kurang 500m jer. Sampai umah pakcik kat kg dusun tu..nampak lak rambutan tgh merah..apalagi botak ler pokok tu dibuatnya. Simpan separuh barang kat umah pakcik tu sebelum memulakan perjalanan. Terlupa lak! sebelum pergi Abg Akmar memberikan taklimat tentang do's and don't kat dlm utan nanti pastu senaman ringan dan bacaan doa selamat. Perghh..punya ler jauh ...2 jam perjalanan..sampai rasa dah nak give-up sebab kaki sakit..ada gak yg nak pitam..kaki kram dsbnya tapi alhamdulilah, semangat berpasukan yg tinggi antara ahli telah memberikan semangat kpd yg lemah ni. Sempat melawat Gua Batu Tangga, Gua Telangkup, Gua Telahup sebelum ke tapak perkemahan di sebuah gua terbuka di bawah puncak kesung.
suzieana - 04 Sep 2003 10:20 am
Hantar Topik:
Petang tu dlm kul 4.00 ptg bertolak ke Gua Buta..masa naik tu dahlah curam dan licin..dlm gua tu dahlah gelap..ada gak aksi sliding, mencangkung, meniarap pun ada..muehehehe (tunggu gambar nanti). Sepatutnya selepas tu gi Gua Maybank (Harimau) dan Gua Hijau tetapi kerana masa turun Gua Buta tu mengambil masa yg panjang sebab curam dan batunya nauzubillah tajam-tajam dan berlumut..jadi ramai yg gayat dan hampir nak pitam pun ada! dahlah tu pokok kiri kanan nak paut pun tajam-tajam..jadi bayangkanlah. Jika tidak ada yg jadi hero membantu rakan-rakan menuruni bukit batu tajam tu..rasanya ramai yg jatuh..tu pun ada gak yg terkoyak baju ler, seluar ler, jatuh tergelincir masa kat bawah ler. Acara malam..tak der majlis suai kenal tetapi majlis sambung cerita ini, cap kelicap, 7-up dan pelbagai lagi. Pas tu xtvt persendirian ler kot..antaranya majlis urut mengurut kaki dan tangan yg tergelincir, terseliuh.

30/08/2003
Pagi-pagi lagi selepas sarapan gi ke puncak Kesong..naik balik guna trek ke Gua Buta dan lencong ke kawasan gunung..dahlah menegak ke atas..tajam-tajam batunya, terpaksa pakai glove dan guna kekuatan tangan dan harus tanamkan sifat percaya pada org yg guide kita jika tidak kita akan cedera..memang mengigil ler kalo kita toleh ke belakang. Memang ada orang yg pernah cedera kerana terlepas tangan..serammnyeee..sampai gak ke puncak Kesong kul 1.30 tgh tak silap. Perut pun dah berbunyi kene turun balik ni yg seram balik ni..gayatnya..tapi alhamdulillah semuanya selamat w/pun ada gak yg tergelincir dan calar balar. Petang nye pula dlm kul 4.00 p.m kami ke Gua Maybank(harimau). Seram ler jugak bila akak guide tu (kak Haziah) kata kat dlm tu dia duduk. Rupa-rupanya ada sejenis batu yg menyerupai bentuk harimau..tapi kalo betul pun, harapnya jgn ler terserempak..naya jer. Selepas tu, gi Gua yg ada bentuk kepala gajah seterusnya gi Gua Batu Hijau dan kemudian balik semula ke kem. Oleh kerana budak-budak ni teringin sangat nak tengok mcm mana owang mengagau siput sedut, kak haziah dgn rela ati walaupun penat bawak kami ke sungai dan tunjukkan cara-caranya. Punye ler seronok! seumur idup ini ler kali pertama mengagau siput sedut..dah macam pesta ler pulak kat tepi sungai tu..banyak gak dpt. Seronoknya tak dpt digambarkan dgn kata-kata.
suzieana - 04 Sep 2003 10:39 am
Hantar Topik:
31/08/2003 (Merdeka Day)

Aiseyyy..tertinggal satu episod menarik. Countdown mlm 31 dgn geng MTU kerana tertido. Hampeh tul..sorang pun tak kejutkan kami. Diaorang cakap mereka juga sambut besday Orale mlm tu. Pagi ni dlm kul 9.00 pagi selepas sarapan dan bersiap-siap ker Lata Tujuh, Lata Yong yg mengambil masa 4 jam perjalanan merentas hutan, meniti 16 titi kayu pelbagai saiz, termasuk terpaksa meraduk anak sungai yg deras, meniti kayu balak yg besar dua pemeluk besar yg dibawahnya anak sungai yg deras gak sebelum menaiki dan menuruni 3 anak bukit yg tingginya lebih kurang 270 darjah..sakit kaki, pinggang dan sumenya. Setiba kat kawasan tersebut..hampeh ler pulak sebab air sungai naik kerana malam sebelumnya ujan, jadi air sungai deras dan menjadi jeram ler pulak. Kami hanya dibenarkan main kat gigi air je tapi itu tidak bermakna keseronokan tersebut ilang begitu sahaja. Bertolak balik ke kem kul 3.00 petang kerana perjalanan yg jauh..tetiba ujan ler pulak..mula-mula gerimis jer pastu ujan lebat-selebatnya hingga kuyup gila..apalagi pacat toksah cakap ler. Tak der sorang pun yg tak kene gigit pacat, dah tak larat dah nak tarik pacat tu sebab dah penat sangat sampai ada yg jatuh sungai ler, tersadung kaki kat akar pokok ler tapi syukur sangat sbb kami tak sesat masa balik walaupun ada gap antara kumpulan terawal dan kumpulan yg tercicir kat belakang. Balik ke kem..memasing dok mengira pacat di kaki dan badan masing-masing. Ujan tak berhenti lagi ni sampai malam, merasa ler siput sedut masakan kak Mas yg sedap gile..pas tu acara bebas termasuk ler ada yg baru nak belajar isap rokok daun, main daun pakau dsbnya (dpt snap gambar curi tu)..muehehehe icon_mrgreen.gif

01/09/2003 (Masa utk pulang)
Setelah mengemas khemah dan bersiap balik dlm kul 10.00 pagi dan melalui short cut ke jalan besar..tak rasa jauh ler sangat walaupun beban beg lebih berat dari awal masuk kerana kebanyakan baju basah kerana disirami hujan. Setiba di Kg Dusun dlm kul 1.30 p.m, ada kumpulan yg masih tidak mahu melepaskan peluang gi ke Gua Sandang yg terletak tidak jauh dari kg tersebut. Yg bstnya gua ni, dibawahnya ada anak sungai dan kemudian kami pergi ke Batu Hampar utk mandi sungai sebelum bersiap balik dan bersihkan diri menuju ke jeti. Bertolak dlm kul 3.30 p.m dan tiba di jeti Kuala Lipis kul 4.30 p.m. Setiba di Kuala Lipis, nasib baik lah makcik dan pakcik Rai membantu kami dgn menyediakan tempat nak lepak utk membersihkan diri dan solat. Tak cukup lagi tu, makcik dia siap buat mee bandung yg sedap giler (tak tipu!) dan pakcik dia siap borong durian yg baik lak tu. Memang kami terhutang budi sangat ngan keluarga tersebut kerana sudi melayani kami. Terima kasih daun keladi yee..selepas makan, kak Mas selaku ketua rombongan membawa kami berjalan-jalan keliling Pekan Kuala Lipis kerana masa banyak lagi. Ketapi ke Kuala Lumpur bertolak tiba pada masanya iaitu 11.30 p.m. Sib baik tak der orang tertinggal yek..malangnya delegasi dari JB lambat sikit sampai ketapinya. Cakap jer kul 12.10 tapi sampai kul 1.30 a.m. Ngantuk gilos...sampai JB kul 9.00 pagi..

Sekian ler saja laporan yg sempoi lagi beskal dari saya..kalo tertinggal tu sila ler tokok tambah di mana-mana yg patut. Kalo nak tengok gambar, tanya ler mereka yg berkenaan sbb saya pun lum cuci lagi filem ni..icon_biggrin.gif
suzieana - 04 Sep 2003 10:42 am
Hantar Topik:
eh tertinggal satu perkara..masa mlm 31/08 tu sempat gak wish hero80an besday. Dan selepas balik dari round-round keliling Pekan Kuala Lipis..kami sempat buat majlis apa yek? majlis memberikan komen memasing kot? dan sempat sekali lagi celebrate kan besday boys sume dgn menjamu eskrem utk diaorang. Utk belated besday boys sume... Asyraf, Orale, Hero..semoga pengalaman menyambut besday di Kenong ini akan menjadi kenangan paling manis dlm hidup korang k..icon_wink.gif
Rayzt - 04 Sep 2003 10:51 am
Hantar Topik:
a'kum...
dah panjang beno tu...
aku pun tak tahu nak nyampuk kat mana...
tp byk betul la adegan2 lucu semasa kat sana.....hehehehehe
mlm berteka-teki tu aku tgk sorang tu dah fobia nak jawab soklan...takut terkena lagi sekali lah...
hehehee
anum - 04 Sep 2003 11:17 am
Hantar Topik:
Ok anum nak nyampuk sikit, sebenarnya acara potong kek
di jeti jelai bukan menyambut besday Asraf, sebenarnya
acara potong kek tu untuk merasmikan "acara pertama"
MTU Sempoi dan meraikan geng2 seekpedisi...

XPDC Kenong adalah acara pertama yang diorganize
oleh MTU Sempoi... sebab tu potong kek menandakan
telah rasminya kewujudan MTU sempoi ini....

Besday boy ber3 kita sambut waktu di kuala lipis...
acara makan aiskrim sedap...
suzieana - 04 Sep 2003 12:22 pm
Hantar Topik:
eskrem tu dah cair waktu kita nak makan sbb panjang beno kita menceceh..
hafnie - 04 Sep 2003 12:29 pm
Hantar Topik:
Assalamualaikum,

Haris sudah update blogger.

http://kenong.blogspot.com/

Wassalam.

: )
suzieana - 04 Sep 2003 12:49 pm
Hantar Topik:
wah~ saya jadi owang pertama yg menulis kat dlm blogger tu eh? tapi tak faham ler instruction utk menulis tu? saya dah ada account ngan blogger..jadi cam ner yek? kene daftar lagi ker?
hafnie - 04 Sep 2003 12:57 pm
Hantar Topik:
Assalamualaikum,

Blogger kita ada masalah tadi. Haris perlu hantar email
semula kepada XPDC Kenong. Suzie cuba tengok ada email
daripada blogger tak?

Yang lain bolehlah tulis macam Suzie tulis ni.

Wassalam.

: )
sempoi - 04 Sep 2003 01:23 pm
Hantar Topik:
Assalammualaikum wbt...

waahh suzie laporan yang cukup terperinci...
kita tunggu laporan abg haris pulak...
biar bertambah jeles sesapa yg tak pergi tu

icon_twisted.gif icon_twisted.gif

hehehe sempoi masih kepenatan sampai sekarang
biarlah rakan� se'xpdc' jer yg buat laporan

icon_lol.gif

tapi 4 hari 3 malam cukup memberi kesan pada sempoi...
thanx God....
Rayzt - 04 Sep 2003 01:47 pm
Hantar Topik:
hehehhhe...
indah sungguh kenangan kat sana kan....
sib baik la tak jupe ngan CT..
hehehehee
anum - 04 Sep 2003 04:41 pm
Hantar Topik:
Mana abg haris ni, tengah tunggu jurnal dari dia pulak...

Ntah siap ntah tidak lagik tuh...
eee - 05 Sep 2003 12:30 am
Hantar Topik:
ahahaha..yg nyata memang bes pun icon_biggrin.gif

repot aku..sapa la rembat chopstik aku
lagi sebelah icon_exclaim.gif

hehe icon_twisted.gif
I_syah - 05 Sep 2003 08:26 am
Hantar Topik:
kalau ikutkan hari nie kita sumer dah ada kat lipis tengah buat apa yer??? time nie kita dah abis breakfast kan...agaknyer tengah dok kat tepi jeti makan kek...sedap betul kek tuh...kalu sejuk/keras sure lagi lazat...

Sampai ke hari nie...bila aku kenangkan balik detik2 bersama kowang sumer...aku sure ketawa sendiri2...sampai ofismate aku cakap..parah si Aishah nie balik dari Kenong....hehehehe
Rayzt - 05 Sep 2003 10:10 am
Hantar Topik:
a'kum...

bkn jer kwn opis ko..
aku pun heran ngan ko....

//dah komfem aku tak jadi ke Taiping..gara2 kenong la ni...td dah call kwn aku...sib baik la dier tak marah....apa lagi....balik TRG jer la mlm ni...sat agi nak cari tiket....huhuhu//
I_syah - 05 Sep 2003 11:27 am
Hantar Topik:
gie...ko pun heran ngan aku????

//takde rezeki ko nak pi umah aku ekk...kalu dak bole kite pi pekena cendoi kat tepi sungai//
Rayzt - 05 Sep 2003 11:34 am
Hantar Topik:
arghhhhhhhhhhhhhh..
lagi aku tensen...
tak pe next year..umah ko ngan cip plak....


wei...harga yg ko cakap kat aku tu....
50-30 tu adlh tuk non- eksekutif....

hehehe..boleh la guna kad pekerja ana....
I_syah - 05 Sep 2003 11:42 am
Hantar Topik:
kena check betul2 nie...
cuba ko check circular...

//tarikh dah decide ke belum??//
Rayzt - 05 Sep 2003 11:50 am
Hantar Topik:
ko pi masuk kafe jap...
abg haris dah buat poll tuk pilih tarikh tu.....

pi la sana jenguk kejap...
hero80an - 10 Sep 2003 06:25 am
Hantar Topik:
aku akan buat laporan penoh dalam 2-3 hari ni..lam blogger tu pun sama...skang ni otak tgh teringatkan kat seseorang..takleh nak tumpu sangat..tunggu jer lahhh....
Rayzt - 10 Sep 2003 08:47 am
Hantar Topik:
kena buat ke kat dlm blogger tu...
ingatkan kena masukkan dlm diari aku jer...
hehehe
hero80an - 21 Sep 2003 12:14 am
Hantar Topik:
setelah aku selidiki..aku cuma leh buat laporan kaji cuaca jer...
hujan mmg lebat waktu tu tapi kita tido sket pun tak kena ujan
Rayzt - 22 Sep 2003 09:35 am
Hantar Topik:
wei..apa alamat blogger tu hah...
Powered by phpBB 2.0.5 © 2001, 2002 phpBB Group

Backup Posts v1.0.0 © 2003 Antony Bailey
This hack is listed only at phpBBHacks.com, if you have downloaded this from anywere else.
You may be adding malicious code to your forums, and no support is offered.
1
Hosted by www.Geocities.ws