我的国文文学作品

Tajuk: Membaca

Membaca merupakan amalan baik yang mendatangkan banyak manfaat kepada kita.

Melalui pembacaan, kita boleh mendapat ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai bidang, sama ada Sains, bahasa, seni dan sebagainya. Jika kita rajin membaca, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.

Membaca juga dapat memberi hiburan kepada kita. Buku cerita dan majalah adalah antara bahan bacaan yang dapat menghiburkan kita.

Membaca surat khabar dapat menimba pengetahuan dan berita yang terkini. Oleh itu, kita harus membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa.

Membaca merupakan hobi yang amat berfaedah. Membaca dapat mengisi masa lapang kita dengan penuh erti. Kita boleh mendapat pengetahuan dan hiburan melalui minat ini.

Membaca turut menguatkan pengguanaan bahasa kita, sama ada dari segi tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata, dan sebagainya. Kita akan lebih yakin berucap dan mengarang sekiranya mengetahui penggunaan bahasa yang tepat.

Membaca mendatangkan banyak faedah. Kita tidak akan ruji jika tabiat ini dipupuk sejak kecil. Bak kata pepatah “Membaca jambatan ilmu”.

 

Tajuk: Pencemaran

Kini, pencemaran alam sekitar semakin teruk di Malaysia. Amnya, pencemaran dibahagikan kepada pencemaran air, bunyi dan udara.  

     Pencemaran udara disebabkan pengeluaran asap secara berleluasa dari kilang, kenderaan dan pembakaran sampah secara terbuka. Asap-asap tersebut mengandungi karbon monoksida dan gas-gas yang beracun. Jika dihisap, kita akan menghidapi masalh paru-paru.

     Pembuangan air yang bertoksik ke dalam sungai dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal boleh menyebabkan pencemaran air. Kejadian ini boleh membantutkan pembiakan hidupan air. Selain itu, jika air tersebut digunakan untuk mandi atau membasuh pakaian, kita akan menghidapi penyakit kulit.

     Bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan dan projek pembinaan akan menyebabkan pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi akan mengganggu ketenteraman kita dan merosakkan gegendang telinga.

     Bagi mengatasi masalah pencemaran, pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat di samping menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat.

     Sekarang, pencemaran bukan lagi masalah kecil. Oleh itu, kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar. Bak kata pepatah “Negara bersih, rakyat sihat”.

 

Tajuk: Lawatan ke Melaka

        Semasa cuti semester, saya telah megikuti rombongan sekoalah melawat sambil belajar ke Melaka. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan lima orang guru pengiring.

 

       Di negeri Melaka terdapat banyak tempat bersejarah. Pada zaman dahulu, Melaka pernah dijajah asing seperti Inggeris, belanda, dan Portugis. Oleh sebab itu, banyak kesan peninggalan penjajah tersebut terdapat di negeri ini.

 

       Apabila tiba di Melaka, tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium Melaka. Terdapat pelbagai barang-barang lama dan artifak-artifak bersejarah yang dipamerkan di sana.  Bengan melihat barang-barang ini, kami dapat mengetahui serba-sedikit tentang kehidupan masyarakat dahulu.

 

       Kemudian, kami pula mengunjung Bangunan Stadthuys. Bangunan-bangunan yang berwarna merah ini merupakan kesan peninggalan penjajahan Belanda selepas runtuhnya kerajaan Melaka.

 

       Selepas itu, kami pun melawat Kota A Famosa. Kota A Famosa merupakan bangunan yang didirikan oleh orang Portugis sebagai tembok pertahanan dari serangan pihak musuh. Tembok pertahanan ini masih kukuh walupun telah dibina beratus-ratus tahun dahulu.

 

       Selepas itu, kami melawat ke Bukit Cina.  Di bukit Cina terdapat Perigi Puteri Hang Li Po dan Makam Puteri Hang Li Po ialah seorang puteri dari Negara Cina yang dibawa ke Melaka untuk dikahwin deng sultan Mansur shah.

 

       Kemudaian, kami pun mengunjungi Perigi Hang Tuah. Pada dasar perigi itu terdapat bekas tapak kaki Hang Tuah. Di kawasan sekitar perigi tersebut terdapat banyak gerai yang menjual cenderamata di sini untuk dibawa pulang.

 

       Lawatan ini sangat bererti kepada saya. Melalui lawatan ini, saya dapat mengetahui sejarah negara pada masa silam.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1