PENGURUSAN PENGETAHUAN:
KE ARAH PEMBINAAN BAHAN
P & P DAN PUSAT SUMBER DIGITAL
oleh
Mohamad bin Haji Ikhsan
Pengarah Maktab Perguruan
Perlis
10 Mei 2004, jam 12.12
pg.
1.
TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk
mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Maktab
Perguruan Kali 2/2004.
2.
LATAR
BELAKANG
2.1
Maktab perguruan
yang menawarkan perkhidmatan pendidikan keguruan sering menghadapi kekangan
seperti kekurangan pensyarah bagi subjek tertentu dan pada masa yang sama
pensyarah kerap menjalankan tugas rasmi di luar maktab anjuran BPG dan
Kementerian Pendidikan. Ini menyebabkan sebahagian daripada pelajar tidak
menerima input secukupnya seperti yang ditetapkan atau pensyarah perlu
mengganti waktu interaksi sebelum atau selepas bertugas rasmi di luar dan perlu
dilaksanakan sebagai tugas tambahan di luar jadual waktu biasa.
2.2
Keadaan ini dapat
diatasi sekiranya Pusat sumber yang ada dapat dimanfaatkan sebagaimana
sewajarnya termasuk pengurusan sumber p & p yang melibatkan aktiviti
perancangan, pembinaan, penilaian, klasifikasi/kataloging, pengstoran, promosi,
perkhidmatan pinjaman dan pengemaskinian semua bahan berkenaan. Sebahagian
pusat sumber juga sewajarnya diguna sebagai bilik persediaan bahan p & p
bagi pensyarah dan pelajar.
2.3
Pada realitinya,
maktab perguruan mempunyai bahan pengajaran dan pembelajaran (p & p) yang
telah disediakan oleh pelajar dan pensyarah
dalam pelbagai bidang. Bahan-bahan ini telah dinilai dan digredkan
tetapi belum didaftar, dikatalog dan distor dalam ‘server’ yang boleh diakses
untuk kegunaan pelajar dan pensyarah dalam jabatan dan maktab yang sama, apa
lagi dikongsi antara maktab. Pembinaan
bahan ini tidak dirancang dan diselaras mengikut subjek dan tajuk antara pelajar,
pensyarah dan antara maktab yang menyebabkan berlaku pertindanan tajuk, masa
dan tenaga antara mereka.
2.4
Usaha ke arah
pengurusan bahan p & p secara sistematik dengan mengoptimumkan prasarana
TMK sedia ada di maktab-maktab perguruan dijangka dapat mengatasi beberapa
kekangan dalam pengurusan pendidikan keguruan dan seterusnya meningkatkan
kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
3. ASAS
PERTIMBANGAN
3.1
RRJP3 (2001-2010)
berhasrat menghasilkan pekerja berpengetahuan (knowledge workers) yang kreatif dan inovatif dalam persekitaran
ekonomi dan masyarakat yang berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy and society) dalam usaha kerajaan
menjadikan
3.2
Untuk menjadikan
guru sebagai pekerja berpengetahuan, bahan p & p sedia ada yang merupakan
produk pengetahuan, kepakaran dan pengalaman perlu diurus (knowledge management) dengan berkesan sehingga ia dapat diakses
dan diaplikasikan untuk meningkatkan lagi keberkesanan tugas mereka sebagai
pendidik. Pada masa yang sama kita perlu membudayakan R & D untuk mencari
ilmu baru dan menyesuaikan kurikulum dengan keperluan RRJP3.
3.3
Pengurusan
pengetahuan (k-management) menerusi
pengembelingan kepakaran dan bahan p & p sedia ada di maktab-maktab
perguruan akan dapat merealisasikan hasrat menjadikan Maktab perguruan sebagai
Pusat Rujukan Pedagogi Latihan - PRPL (
3.4
Selain daripada
penghasilan inovasi pedagogi p & p yang dibina melalui pembudayaan
penyelidikan dan pembangunan profesional (R & D), inovasi pedagogi akan dapat
memperkukuh maktab sebagai PRPL. Oleh yang demikian, usaha pembinaan bahan P
& P, sewajarnya diberi keutamaan.
3.5
Pelaksanaan
pelbagai program berasaskan TMK di maktab perguruan sejak 1996 menunjukkan
wujudnya kepelbagaian sumber manusia (kepakaran dan pengalaman pensyarah dan
pelajar) dan prasarana infrastruktur dan infostruktur TMK. Oleh itu sudah
sampai masanya semua sumber pengetahuan yang telah terhimpun dan terbina sekian
lama diurus secara professional sebagai usaha penambahbaikan pengurusan sumber
dan p & p yang menjadi tugas utama (core-business)
pengurusan pendidikan keguruan kita.
3.6
Bagi tujuan
mengoptimumkan kemudahan jaringan kampus di lapan buah maktab dan akan
diperluaskan ke maktab-maktab lain tidak lama lagi, kita perlu menyediakan satu
sistem perkongsian bahan p & p secara elektronik di samping melengkapkan
kemahiran pensyarah dalam bidang berkaitan untuk mendapatkan nilai keberkesanan
kos pada perbelanjaan besar yang telah dilabur oleh kerajaan. Kegagalan
matlamat program TMK di kebanyakan negara adalah disebabkan mereka lebih
memberi tumpuan pemikiran, modal, masa dan kemahiran untuk mengurus
infrastruktur daripada pembinaan infostruktur dan pembangunan sumber manusia.
Oleh itu kita perlu mengelakkan sejarah negatif ini daripada berulang di negara
kita, khususnya di BPG dan maktab perguruan.
3.7
Jaringan kampus
yang disediakan di maktab perguruan sepatutnya dimanfaatkan supaya tenaga
pensyarah dapat dioptimumkan penggunaannya kerana ia memungkinkan seseorang
pensyarah melaksanakan sebahagian interaksi kurikulum dan GERKO dengan berkesan
untuk lebih daripada satu kelas.
3.8
Jika kemudahan
jalur lebar telah menyeluruh, seorang pensyarah Ilmu Pendidikan yang
berpengalaman di MPPPP, misalnya, boleh menyampaikan tajuk kuliahnya secara
interaktif bagi pelajar program yang sama di MPPP, IPDA, MPSAH dan MPTB secara
serentak. Ini bermakna, dengan pengurusan pengetahuan secara bersepadu seperti
yang dicadangkan, kos operasi maktab perguruan dapat dijimatkan, tanpa
mengorbankan keberkesanan perkhidmatan pendidikan keguruan yang ditawarkan.
4.
OBJEKTIF
Pelaksanaan cadangan mewujudkan satu system pengurusan
bahan p & p di antara maktab-maktab perguruan di zon utara mempunyai
objektif seperti berikut:
4.1 mengurus bahan p & p yang sedia ada di
maktab perguruan secara sistematis supaya produk pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman pelajar dan pensyarah dapat diselaras, dikongsi dan dimanfaatkan
bersama untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan pendidikan keguruan;
4.2 menyediakan perkhidmatan pusat sumber
digital yang serasi dengan keperluan maktab perguruan sebagai tambahan kepada
perkhidmatan pusat sumber yang sedia ada untuk menyokong pelaksanaan p & p
yang menjadi tugas utama pensyarah dan maktab perguruan.
5. STRATEGI
PELAKSANAAN
Strategi
pengurusan berkesan yang telah lama diamalkan oleh bekas Perdana Menteri kita,
Tun Mahathir bin Mohamad ialah ‘mengoptimumkan sumber’, ‘perkongsian pintar’
dan ‘makmurkan jiran’. Oleh itu strategi pengurusan ini boleh diaplikasikan
dalam pengurusan produk pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pensyarah dan
pelajar kita ke arah menjadikan mereka pengamal budaya ilmu dan sekali gus
menjadikan mereka pekerja berpengetahuan.
5.1
Mengoptimumkan
Sumber
Sumber yang dimaksudkan dalam kertas
cadangan ini ialah:
5.1.1
Sumber manusia
iaitu pensyarah dan pelajar (dengan berbagai kepakaran dan pengalaman) dalam
berbagai jabatan dan pengkhususan, juga Pegawai Pusat Sumber yang ada di
sesebuah maktab, beberapa maktab dalam zon yang sama, malahan semua maktab
perguruan. Semua sumber ini boleh digembeling untuk menjayakan cadangan ini.
5.1.2
Produk
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pelajar dan pensyarah di sesebuah maktab,
beberapa maktab dalam zon yang sama, malahan semua maktab perguruan, seperti
pada para 2 boleh boleh diurus oleh sumber manusia pada para 3 untuk menjayakan
cadangan ini.
5.1.3
Kemudahan yang
sedia ada di maktab perguruan dari segi infrastruktur dan infostruktur TMK
sewajarnya dioptimumkan penggunaannya ke arah menjayakan cadangan ini. Kejayaan
pelaksanaan cadangan ini juga dapat memungkinkan kemudahan jaringan kampus di
maktab yang sedia dan maktab lain yang telah dan sedang menyediakan jaringannya
sendiri.
5.2 Perkongsian Pintar
5.2.1 Di
peringkat maktab, pihak pengurusan perlu meningkatkan promosi dan amalan perkongsian
pintar (strategik) antara pensyarah daripada berbagai jabatan/unit, pelajar
daripada berbagai pengkhususan yang mempunyai berbagai pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman untuk menjayakan projek ini.
5.2.2
Perkongsian pintar
antara maktab dan zon yang sama, malahan antara semua maktab yang mempunyai
kepelbagaian sumber dan kemudahan perlu dipromosi dan dibudayakan untuk
menjayakan projek ini untuk mengelakkan pertindanan tenaga dan masa untuk
mencapai tujuan yang sama, yang sekali gus dapat menjimatkan kos.
5.3
Makmurkan Jiran
Apabila semua pihak dapat mengoptimumkan penggunaan
semua sumber yang ada melalui strategi perkongsian pintar, semua pihak yang
terlibat, iaitu pensyarah, pelajar maktab dan guru sekolah dapat menggunakan
perisian yang berkualiti dengan mudah bagi meningkatkan keberkesanan tugas
masing-masing. Pihak MIMOS (jika diperlukan) sebagai agensi kerajaan pula dapat
membantu mempergiatkan usaha mereka dalam pembangunan TMK negara.
6.
CADANGAN AKTIVITI
6.1
Koleksi
Meminta
setiap pensyarah maktab mengumpulkan semua bahan p & p mengikut kategori
seperti di cadangkan.
6.2 Penilaian dan Klasifikasi
6.2.1 Semua
bahan dinilai dan dikelaskan semula mengikut kriteria kualiti dan tahap siap
(criteria perlu disediakan). Maktab mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam
bidang ini.
6.2.1
Semua bahan
berkenaan perlu disemak untuk mengelakkan pertindanan tajuk. Jika terdapat
tajuk sama, gunakan bahan yang lebih baik. Penyemakan seperti ini juga perlu
dilakukan antara maktab dalam zon untuk mengelakkan pertindanan tajuk bagi
menjimatkan masa dan tenaga.
6.2.2
Semua bahan yang
telah sempurna, dikatalog mengikut sistem catalog pusat sumber yang sesuai bagi
bahan elektronik bagi memudahkannya diakses oleh pelanggan.
6.3
Penambahbaikan
6.3.1
Bahan yang belum sampai
tahap sempurna (mengikut subjek/tajuk) hendaklah diperbaiki oleh pelajar yang
mempunyai tahap kemahiran dan pengalaman yang lebih tinggi, sebagai sebahagian
daripada kerja kursus mereka (dengan bimbingan pensyarah berkenaan).
6.3.2
Untuk menguji
tahap keberkesanan penggunaan bahan ini, pelajar hendaklah menggunakannya
semasa praktikum dan pensyarah menggunakannya dalam interaksi mereka. Pelajar
dan pensyarah yang menggunakannya hendaklah menilai kesesuaiannya dengan
menyediakan laporan kekuatan, kelemahan
dan cadangan untuk membaikinya. Usaha memperbaiki selanjutnya perlu dilakukan
oleh panel pensyarah pakar dalam bidang berkenaan sebagai sebahagian daripada
tugas R & D mereka.
6.4
Pengstoran
6.4.1
Semua bahan yang
telah disahkan oleh panel pakar sebagai lengkap, dimuat-naik ke dalam pangkalan
data di maktab masing-masing untuk kegunaan pensyarah dan pelajar.
6.4.2
Bahan yang dimuat
naik ke dalam pangkalan data ini
termasuk juga bahan dari maktab dalam zon atau semua maktab yang telah
diselaraskan dari segi subjek/tajuk dan kualiti. Penggunaan pangkalan data
peringkat zon boleh digunakan untuk memudahkan bahan ini diakses oleh maktab
dalam zon masing-masing dan dapat diakses oleh berbagai pihak di luar maktab
perguruan.
6.4.3
Bahan yang
dimuatkan dalam pangkalan data perlu dikemas kini kerana tambahan bahan baru
daripada berbagai subjek/tajuk dari berbagai maktab, yang telah diluluskan oleh
panel pakar berkenaan.
6.5 Perluasan
Adalah lebih baik jika cadangan aktiviti ini diperluas
penglibatannya di kalangan IPTA, Kolej Matrikulasi, ILP dan Politeknik yang
mempunyai bidang pengkhususan yang sama dengan maktab perguruan selaras dengan
strategi pada para 4.
7. AKTIVITI
YANG TELAH DIMULAKAN
Pada
8.
IMPLIKASI
8.1
Seorang
kakitangan sepenuh masa atau pensyarah
yang mempunyai kemahiran berkenaan menjalankan tugas tersebut dengan waktu
kuliah yang minimum.
8.2
8.3
Kerja kursus
pelajar pada masa akan datang dirancang untuk melengkapkan lagi bahan berkenaan
dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kurikulum.
8.4
Kualiti
perkhidmatan pensyarah dapat ditingkatkan dan tahap kepuasan pelanggan proses
dan pelanggan organisasi juga dapat ditingkatkan.
8.5
Tenaga dan masa pensyarah yang dapat
dijimatkan boleh ditumpukan kepada perkhidmatan bimbingan ‘on-site’ bagi program
yang dilaksanakan secara LPBS dan PJJ, R & D dan penulisan.
9. KESIMPULAN
Berdasarkan kenyataan di atas MPPP
mohon Mesyuarat Pengara-Pengarah Maktab Perguruan kali Ke-2 2004 mempertimbang
dan melukuskan cadangan ini.
Mohamad bin Haji Ikhsan
Pengarah Maktab Perguruan Perlis
10 Mei 2004, jam 12.12 pg.