Assalamulaikum ... mengikut kajian ahli pemakane .. SILA BACA BERITA YG MEMBAGGGAKE ORE KELATE...
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah
lama diamalkan di Kelantan.Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri
Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli
pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika,Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione
sebagai bahan antioksidan,mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya
tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan
menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang
selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu
berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses
penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti
aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada
peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungizat antibakteria
penyebab diare,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan
dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu
yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi
masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat
pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan iamampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis
ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia
merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut
bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa,
penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan
orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air
(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu
merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan
lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin),asid pantotenat,
asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12(sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin -
yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan
laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.Ianya perlu untuk pembentukan sel
darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya
penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat
badan menurun.
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram
per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh
lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.Dengan adanya
vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir
akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein
yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah
yang cukup.
Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87
dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat
antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E
dan karotenoid,isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan
oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal
bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron
yang tidak berpasangan,sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan
ketumbuhan tumor,kanser,penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga
dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.Adanya antioksidan di dalam budu
akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa
jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu
daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu,di samping 2 jenis unsur ini,
terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon)yang
mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam
ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat
menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu
terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser
payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk
kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding
pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan,jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
(hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti,stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan
lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin,vitamin E,
karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan,mendapati pengambilan budu sebanyak
150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap
luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu
turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan
serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100
gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh
National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada
tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari
apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan
sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam
melampau jangkauan yang anda fikirkan.