Main

XPDC Gunung Jerai 1996

Tarikh: 31 Ogos 1996
Lokasi/ laluan: Dari Seri Perigi hingga ke Puncak Gunung JeraiPengarah Projek
Pegawai Pengiring: En Kamaludin Chin
Peserta: Lalok, Ganue, Din Kecik, Helip, Mat Ran, Awang, Mat Piah, Ayie, Yong, Mai, Along, Kupah, Ina Bon, Liza, Ida, Eda, Wan Salha dll..

Peristiwa:

Menyusuri laluan gelap tanpa persiapan lampu picit, sbb silap budget waktu - bermula dah lewat dan laluan tersasar ke Batu Kapal sebab laluan direct tertutup dek tanah runtuh. Adegan tarik-menarik antara Lalok & Yong Suzi sbb Yong ke�pancit�an - merasa menolak punggung Yong Suzi dr belakang utk support dia berjalan..hehe.. Lalok hilang sabar bila kain pelikatnya asyik ditarik, lantas dicabulinya Yong Suzi (serkup kepala Yong dalam kain pelikat yg dipakainya...) Membilang pacat2 yang lekat di sepanjang perjalanan (sejarah tul masa tu, sebelah kaki kena 10 gigitan pacat, sebelah lagi ader 11 gigitan..tu tak masuk yg kat badan lagi...isshh..ni dah kira derma darah nih..) Lepas mandi malam tu, semua pakat berhimpit-himpitan dek kerana cuaca yang sangat sejuk ditambah dgn hujan lebat...(cam kat London lak rasa) Merasa minum air kopi + kicap + sos + garam...kurenggg!...(nasib baik jd hubby aku skrg...kalau takkk...) Permainan2 rasmi kelab spt, cap kalicap, elly woops dsb megisi kekosongan malam Lalok & Ganue tidur bawah dapur...dan ader lak yg tidur muka mengadap punggung org di sebelahnya (tak ingat lak sapa mamat ni...tak senonoh betul!) Semua pakat tak mandi pagi tu..cuma celup jari telunjuk & jari hantu kat air dan sapu kat mata (cam cerita P.Ramlee gitu..) Menikmati pemandangan air terjun yang deras dan mendamaikan...tapi tak der sapa sanggup turun dlm air....
Hosted by www.Geocities.ws

1