Jurukur
Berlesen![]()
Jurukur Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan lesen untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah . Kebiasaanya seseorang yang diberikan lesen itu akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri. Jurukur Berlesen perlu mendaftarkan firmanya dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia di bawah Oridinan JUB 1958.
Fungsi Jurukur Berlesen
Jurukur Berlesen memainkan peranan yang penting dalam memenuhi kerluan untuk menjalankan kerja-kerja kadaster dan kejuruteraan di Malaysia yang pembangunan sosio-ekonominya bertambah pesat.
Untuk kerja-kerja pengukuran hakmilik , tenaga Jurukur Berlesen adalah diperlukan bagi membantu Jabatan Ukur Negeri menampung untuk menyelesaikan kerja-kerja ukur yang semakin bertambah dan memerlukan tindakan segera.
Di antara tugas yang berkaitan dengan pengukuran hakmilik :
Menyemak ketepatan tanda sempadan dan ukuran serta menghitung keluasan dan kodinit bagi batu sempadan tersebut.
Menentukan sempadan lot seperti :
Menanam , mengganti , meninggi, merendah dan mencabut tanda-tanda sempadan.
Pengukuran mestilah betul antara tanda sempadan dan juga mestilah saling berhubung .
Menanda dan merekodkan semua pengukuran .
Menghitung dan menyemak hasil kerjaluar . Semua rekod dan hitungan yang dibuat akan disimpan oleh Jabatan ukur.
Menyediakan pelan akui .Pelan Akui yang dibuat oleh Jurukur Berlesen Hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Pengarah Ukur sebelum salinannya boleh dikeluarkan.
Semua kerja-kerja pengukuran kadaster yang dijalankan oleh JUB adalah tertakluk kepada peraturan Survey Regulation , Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Ordinan Jurukur Berlesen 1958.
Sebelum JUB menjalankan kerja-kerja ukur kadaster , ia dikehendaki membayar cengkeram sebanyak 10% dari upah ukur bagi projek-projek yang akan dijalankan olahnya kepada Lembaga Jurukur tanah.
PROSES BAYARAN UPAH UKUR (JUB)
Kadar
bayaran upah ukur dikenakan kpada pelanggan berdasarkan kpd Jadual Bayaran
Upah Ukur yang ditetapkan oleh Jabatan Pendendaharaan Malaysia .
Anggaran
upah ukur dikutip dari pelanggan dan akan didepositkan ke Lembaga Jurukur
Tanah , LJT (Land Surveyor Boards ).
10%
daripada jumlah upah ukur boleh dikeluarkan oleh JUB untuk memulakan kerja
pengukuran .
LJT
akan mengeluarkan Sijil Bayaran deposit tadi bagi kelulusan pengeluaran
nombor lot oleh Pejabat Ukur .
Setelah
nombor lot dikeluarkan oleh Pejabat Tanah , barulah kerja ukur dikeluarkan .
Pelan
dibuat dan setelah siap akan dihantar semua dokumen cerapan ke Jabatan Ukur
untuk kelulusan Pengarah Ukur Negeri .
LJT
membayar baki deposit upah apabila Pelan Akui (PA) telah diluluskan oleh
Pengarah Ukur Negeri .
Bayaran
perkhidmatan sebanyak 1% akan dikutip oleh LJT bagi setiap projek pengukuran
tersebut .
