Projek Pengukuran Data Graviti Airborne (PDGA)

Pada masa ini, nilai geoid yang di perolehi adalah berpandukan kepada kiraan semasa zaman penjajahan British dahulu serta nilai-nilai yang dikira secara global. Kedua-dua kaedah ini memberikan kejituan geoid ke tahap 1 – 3 meter sahaja.

Nilai geoid yang lebih jitu pada tahap sentimeter hendaklah dihasilkan bagi membolehkan teknologi satelit digunakan untuk menghasilkan nilai ketinggian orthometrik yang tepat bagi tujuan kerja-kerja pembangunan.

 

Untuk menghasilkan peta geoid yang berjitu tinggi, data-data graviti yang padat hendaklah diukur di seluruh negara. Ini termasuk tempat-tempat bergunung-ganang, berpaya, pinggir pantai dan berhutan rimba. Cerapan graviti secara konvensional hanya dapat dijalankan pada tempat yang boleh sampai dengan kenderaan.

 

Sehingga kini, jumlah data graviti yang telah dicerap hanya berjumlah lebih kurang 8,000 titik, iaitu lebih kurang hanya 30% bagi Semenanjung Malaysia dan kurang daripada 1% bagi Sabah dan Sarawak.

 

Berdasarkan kepada tempat-tempat yang boleh sampai dengan kenderaan dan kemampuan JUPEM  tanpa penambahan kakitangan, hanya lebih kurang 10,000 titik data graviti dapat dicerap dalam jangka masa tiga tahun.  Ini bererti sebahagian besar daripada tempat masih tidak mempunyai data graviti yang lengkap.

 

Dengan terlaksanannya projek ini, data-data graviti boleh diperolehi melalui kaedah airborne gravimetry. Ini bererti data-data graviti pada resolusi 5 km akan dapat diperolehi bagi seluruh negara.

 

Fasa 1: (Tahun 2002)

Pengukuran data graviti airborne bagi Sabah dan Sarawak

 

Fasa 2 : (Tahun 2003)

Pengukuran data graviti airborne bagi Semenanjung Malaysia.

DATA-DATA GRAVITI SEDIA ADA

 

Tertib Pertama

Tertib Kedua

Tertib Ketiga

Semenanjung Malaysia

180

1479

6257

Sarawak

56

194

 

 

Sabah

95

25

Hosted by www.Geocities.ws

1