UJILAH KEFAHAMAN ANDA MENGENAI UKUR

1. Mengalih batu sempadan tanah bukanlah suatu kesalahan?

Betul
Salah


2. Kelulusan untuk mengalih batu sempadan secara sementara boleh diberikan oleh Pengarah Ukur Negeri

Betul
Salah
3. Sekiranya seseorang yang bukan juruukur Berlesen menjalankan ukur tanah, beliau boleh didakwa
Betul
Salahl
4. Sekiranya kerja penentuan sempadan tanah menyebabkan kemusnahan pokok-pokok, pampasan perlulah dibayar.
Betul
Salah
5. Tanah milik yang telah diukur halus akan dikeluarkan oleh Hakmilik Tetap(Kekal).
Betul
Salah
6. Jika seseorang yang memohon mana-mana tanah enggan membersihkan mana-mana garis sempadan tanah yang dipohonnya, seseorang Jurukur boleh menjalankan kerja-kerja pembersihan itu dan mengenakan bayaran.
Betul
Salah
7. Orang awam boleh memohon kepada Pengarah Ukur untuk menyemak mana-mana pelan pada bila-bila masa waktu pejabat tanpa bayaran.
Betul
Salah
8. Jika sebahagian tanah milik diambil balik bagi maksud awam, baki tanah itu perlu diukur semula dan hakmilik berasingan dikeluarkan.
Betul
Salah
9. Sekiranya berlaku kesilapan di dalam pengukuran yang menyebabkan sesuatu kelulusan yang diukur itu terkurang atau terlebih daripada apa yang tercatat di dalam Dokumen Hakmilik, tuan tanah boleh membuat bantahan dan pengukuran hendaklah dijalankan semula.
Betul
Salah
10. Sekiranya Juruukur Berlesen gagal menjalankan tugas-tugasnya dalam masa yang ditetapkan. Pengarah Ukur boleh mengarahkan Juruukur yang lain supaya menghabiskan kerja-kerja tersebut dan segala kos hendaklah ditanggung oleh Juruukur yang gagal.
Betul
Salah
Hosted by www.Geocities.ws

1