PPN (Perpustakaan Peta
Negara)
![]()
Perpustakaan Peta Negara merupakan pusat penyimpanan koleksi
peta, foto udara dan bahan cetak yang diterbitkan dan dikeluarkan oleh
Direktorat Pemetaan Negara. Sebahagian besar bahan-bahannya adalah
dikelaskan sebagai terperingkat terutamanya peta topografi dan
fotoudara.
Ia memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja penyelidikan peta
dengan menyelenggarakan kemudahan rujukan kepada bahan-bahan kerja pemetaan.
Di samping itu ia juga menyelenggara buku-buku teknikal dalam bidang ukur dan
pemetaan untuk pinjaman dan majalah dalam bidang yang sama
untuk rujukan.
Peta-peta rampaian dan tematik serta salinan-salinan peta yang diterima
daripada seberang laut juga disimpan sebagai sebahagian daripada koleksi
perpustakaan. Perpustakaan juga turut menyimpan peta-peta panduan jalanraya
yang diterbitkan oleh agensi kerajaan dan awam
Objektif
Menjadi pusat kecemerlangan peta Negara
Memberi khidmat sokongan kepada jabatan melalui pembinaan koleksinya yang berkaitan dengan disiplin ukur dan pemetaan
Menjadi pusat rujukan bagi bahan berkaitan dengan disiplin ukur dan pemetaan
Perpustakaan adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Ukur dan
Pemetaan samaada di Ibu Pejabat mahupun di Negeri-Negeri khasnya
dan Kakitangan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi amnya.
Kakitangan daripada luar Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, para penyelidik dan pelajar
boleh
membuat rujukan dengan membuat permohonan melalui Ketua Jabatan atau organisasi masing-masing.
Orang awam hanya dibenarkan membuat rujukan kepada bahan terhad (peta topografi dan fotoudara)
untuk tujuan pembelian/tempahan.
Peta
Foto Udara
Bahan Cetak
Buku Teknikal
Laporan Tahunan
Buku Rujukan Peperiksaan
Perkhidmatan
Perkhidmatan Kaunter
Perkhidmatan ini dijalankan bagi tujuan pengendalian aktiviti rujukan bahan terhad (peta topografi dan foto udara)
dan peminjaman/pemulangan bahan perpustakaan.
Pertanyaan Rujukan
Pertanyaan boleh dibuat samada secara lisan, bertulis atau telefon.
Perkhidmatan Kesedaran Semasa
Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan kepada kakitangan Jabatan mengenai perkembangan terkini koleksi perpustakaan
melalui penerbitan Buletin PPN
Pinjaman antara perpustakaan
Keahlian
Perpustakaan adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan samaada di Ibu Pejabat mahupun di Negeri-Negeri khasnya dan Kakitangan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi amnya.
Kakitangan daripada luar Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, penyelidik dan pelajar boleh membuat rujukan dengan membuat permohonan melalui Ketua Jabatan atau organisasi masing-masing.
Orang awam hanya dibenarkan membuat rujukan kepada bahan terhad (peta topografi dan fotoudara) untuk tujuan pembelian/tempahan.