SEKSYEN TOPOGRAFI SEMENANJUNG

Mengukur dan mengemaskini butiran topografi bagi penerbitan peta-peta bersiri seperti berikut :

  1. Siri L 7030 - Peta Topografi Semenanjung Malaysia skala 1 : 50,000

  2. Siri L 8028 - Peta Topografi Semenanjung Malaysia skala 1 : 25,000

  3. Siri L 905 - Peta Bandar-bandar Semenanjung Malaysia skala di antara 1 : 3,000 - 1 : 12,500

  4. Siri L 808 - Peta Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaran Sekitar skala  1 : 10,000

Menjalankan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa di antara Malaysia dengan negara-negara jiran di Semenanjung Malaysia iaitu Thailand dan Singapura.

Menjalankan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Menjalankan pengukuran kawalan bagi berbagai tujuan mengikut keperluan dan kegunaan tertentu seperti berikut:

  • Pengukuran Titik Kawal Bumi bagi mendapatkan maklumat koordinat planimetri dan ketinggian untuk tujuan kawalan dalam proses pemetaan.

  • Pengukuran Titik Pangkal bagi menentukan Garis Pangkal yang dijadikan asas dalam penentuan sempadan perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif Negara.

  • Pengukuran Aras Jitu bagi mewujudkan jaringan aras yang menghubungkan kesemua 12 buah stesen tolok air pasang surut di Semenanjung Malaysia sebagai rujukan ketinggian.

  • Pengukuran Aras Kelas Kedua bagi mewujudkan jaringan aras tambahan di sepanjang jalanraya utama dan di kawasan membangun bagi membekalkan maklumat ketinggian untuk kegunaan perancangan dan pembangunan negara.

Back

Hosted by www.Geocities.ws

1