SEKSYEN TOPOGRAFI SABAH![]()
|
Memperolehi data-data topografi seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk tujuan pemetaan. |
|
Memperolehi data-data geodesi seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk tujuan pemetaan, geodetik dan saintifik serta pengwujudan Datum Geodetik Kebangsaan. |
|
Melaksanakan kerja-kerja penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara jiran. |
|
Memberi perkhidmatan kaunter dan rujukan maklumat topografi dan geodesi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kepada agensi Kerajaan dan pihak awam. |
|
Membina, mengukur dan menyelenggara tanda-tanda aras tertib pertama dan kedua bagi mendapatkan kawalan ketinggian di seluruh Sabah. |
|
Melaksanakan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan stesen-stesen air pasang surut di seluruh Sabah. |