SEKSYEN EHWAL PERSEMPADANAN![]()
|
Mengumpul dan menyediakan maklumat/dokumen mengenai persempadanan antarabangsa (darat dan maritim) dan antara negeri-negeri yang diperlukan oleh Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan. |
|
Menyelaras perkara-perkara yang berhubung dengan projek penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa (darat dan maritim) dan sempadan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. |
|
Membuat kajian berhubung dengan masalah penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa (darat dan maritim) dan sempadan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. |
|
Menyelaras kerja-kerja kajian yang berkaitan dengan penentuan sempadan maritim Malaysia dengan negara-negara jiran termasuk kajian terhadap penentuan garis-garis pangkal Malaysia sesuai dengan peruntukan dalam Undang-undang Laut Antarabangsa, perjanjian-perjanjian dan triti-triti dengan negara-negara jiran. |
|
Mengenalpasti dan mengkaji pertikaian-pertikaian berhubung dengan hakmilik pulau-pulau dan terumbu-terumbu di perairan Malaysia. |