Sistem Maklumat Atlas
Kebangsaan (NAIS)![]()
![]() |
|||
|
Penukaran Data |
Proses Data | Intergrasi Data & Produksi | Produk |
Sistem Maklumat Atlas Kebangsaan (NAIS) mula dilaksanakan pada tahun 2000 untuk mengautomasikan penyediaan Atlas Kebangsaan. Dengan wujudnya NAIS, jabatan ini dapat menerbitkan Atlas Kebangsaan Elektronik dalam bentuk Multimedia CD ROM dan cetakan peta berwarna mengikut tema atlas.
Objektif NAIS ialah:
Mewujud dan menyelenggara Pangkalan Data Peta Asas
Menerbitkan Atlas Kebangsaan berdigit dan bercetak
Menyediakan maklumat geografi yang komprehensif bagi rujukan, pembelajaran, penyelidikan dan kegunaan awam.
Mempelbagai dan menghasilkan produk baru JUPEM dan membagunkan aplikasi bagi menyokong pelaksanaan Kerajaan Elektronik.
NAIS mempunyai stesen kerja, pemplot,pelayan dan pengimbas, dilaksanakan berdasarkan aliran kerja pengeluaran peta dengan keupayaan seperti berikut :
Perolehan data
Kawalan kualiti data
Penyuntingan data untuk semakan peta
Manipulasi vektor dan raster
Kejituan skala,ramalan,penukaran koordinat,penempatan simbol dan pendaftaran.
Penyuntingan peta secara menyeluruh
Output peta berkualiti tinggi
Sistem ini adalah bersepadu sepenuhnya dan dibahagikan kepada empat(4) subsistem iaitu:
Subsistem Penawanan Data
Subsistem Pangkalan Data
Subsistem Penerbitan
Subsistem Multimedia
Dengan adanya NAIS membolehkan JUPEM meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran peta dalam bentuk cetakan kertas dan elektronik. NAIS juga dapat menghasilkan maklumat geografi negara yang komprehensif, dan mudah dikemaskini. Pengemaskinian segala maklumat geografi dibuat secara berterusan, dengan yang demikian pengguna akan sentiasa mendapat maklumat yang terkini.