JUPEM

SEJARAH JUPEM

Fungsi JUPEM

  1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara Malaysia ditugaskan sebagai penasihat teknik kepada kerajaan mengenai semua perkara yang melibatkan ukur dan pemetaan negara ini di bawah Perjanjian Jawatankuasa Antara Kerajaan. Ia bertanggungjawab penuh untuk menjalankan ukuran geodetik dan pemetaan bagi seluruh Malaysia . Walau bagaimanapun tanggungjawab ukuran kadaster hanyalah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk Sabah dan Sarawak ukuran kadaster adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
  2. Menyediakan keterangan yang sah serta kekal untuk mengenal sempadan tanah dimana hakmiliknya dikeluarkan oleh kerajaan.
  3. Untuk mengimpul rekod-rekod pemberian milik yang sangat mustahak untuk pentadbiran tanah yang cekap.
  4. Membuat dan mencetak peta-peta yang tepat untuk kegunaan awam dan tentera.
  5. Menasihat kerajaan Malaysia mengenai semua perkara yang berkenaan dengan pemetaan dan penentuan sempadan-sempadan antarabangsa.
  6. Menjalankan kerja-kerja ukur dan tugas-tugas khas yang sesuai dengan jabatan. Kerja-kerja ukur dan tugas-tugas khas ini termasuklah kiraan astronomi untuk melihat anak bulan dan penentuan kiblat.
  7. Membuat kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang Jeodesi, Kartografi, Fotogrametri, Jeofizik dan Fotolitografi.
  8. Menentukan , menanda dan mengukur sempadan-sempadan negeri dan antarabangsa dengan negara-negara jiran
  9. Menyediakan maklumat-maklumat asas berdigit yang diperlukan untuk analisis pengurusan dan pertahanan melalui sistem-sistem ukur tanah dan pemetaan berkomputer seperti CAMS , CALS , FMS dan lain-lain

 

Hosted by www.Geocities.ws
GridHoster Web Hosting
1