Tekimetri![]()
Ukur tekimetri merupakan kaedah ukur yang bertujuan mendapatkan kedudukan dan beza tinggi sesuatu titik dengan cepat secara kiraan. Terdapat beberapa alat yang direkabentuk khas untuk tujuan ini. Walau bagaimanapun, kaedah stadia tetap kerap digunakan kerana peralatan teodolit yang akan digunakan telah sedia ada. Di dalam tekimetri, kedudukan dan beza tinggi perli diperolehi :
Kedudukan - melalui bacaan bearing dan kiraan jarak ufuk.
beza tinggi - melalui bacaan sudut tegak, bacaan stadia (tengah, atas dan bawah) dan tinggi alat.
Penggunaan EDM membolehkan jarak ufuk dan jarak tegak diperolehi secara terus dan cepat.
Tekimetri Stadia
Kebanyakan peralatan yang dilengkapi dengan garis stadia boleh digunakan untuk mendapatkan jarak secara optik. Garisan stadia ini terletak di dalam teropong alat ukur. Rekabentuk alat menyebabkan wujudkan nisbah beza tinggi dan pemalar alat. Pada kebanyakan alat terkini, nisbah stadia adalah 100 dan jarak diperolehi dengan mendarabkan sela stadia (beza bacaan staf atas dan bawah) dengan 100, iaitu :
JARAK UFUK = s x 100, dimana s ialah sela stadia
Pada sesetengah alat yang lama, titik fokus berlaku di luar paksi tegak alat. Jarak ufuk yang dikira perlu ditambah dengan nilai jarak fokus ini (diberikan oleh pengeluar alat). Kebanyakan alat terkini, jarak fokus ini adalah sifar.
Penggunaan teodolit yang memberikan bacaan sudut ufuk, sudut tegak, bacaan stadia (atas, tengah dan bawah), ketinggian alat (diukur dilapangan) membolehkan jarak dan ketinggian sesuatu titik diterbitkan secara pengiraan dengan mudah.
Bacaan-bacaan berikut diperolehi semasa membuat kerja pengukuran :
sudut tegak pada teodolit (positif untuk sudut dongak, negatif untuk sudut tunduk)
bacaan stadia atas, tengah dan bawah
ketinggian alat (daripada atas piket ke paksi ufuk alat)
sudut ufuk - penting bagi menentukan arah kedudukan titik yang dicerap.
Ia merupakan kaedah yang cepat, mudah dan mempunyai ketepatan yang baik sehingga beberapa sm bagi setiap 100 m. Ia biasa digunakan di dalam peninjauan kawasan atau pemetaan yang tidak memerlukan ketepatan yang sangat tinggi.
Pengukuran Stadia Ufuk
Staf digunakan sebagai rujukan pada jarak yang
hendak di ukur. Semasa garis stadia di halakan ke staf, beza tinggi
yang dicerap pada bahagian atas dan bawah garis stadia adalah 1/100 daripada
jarak di antara alat dan staf. Oleh itu, jarak alat ke staf boleh
diperolehi dengan mendarabkan beza tinggi yang diperolehi daripada bacaan
stadia dengan 100.
Kaedah ini memerlukan garis tengah stadia bersudut tepat dengan staf.
Pengukuran Stadia Sendeng
Di dalam kebanyakan kes, adalah sukar untuk mendapatkan
garis tengah stadia bersudut tepat dengan staf. Staf boleh didirikan tegak
pada satu-satu titik dengan bantuan gelembong udara. Keadaan rupabumi
sesuatu kawasan menyebabkan teropong terpaksa di dongak atau di tundukkan
ke arah staf. Maklumat tentang jarak cerun, jarak ufuk dan jarak
tegak diperolehi secara pengiraan berdasarkan bacaan staf pada garis stadia
dan sudut tegak teodolit. Di dalam kerja luar, pembukuan yang sistematik
di perlukan.
Tekimetri Elektronik
Kaedah stadia memerlukan banyak masa dan tenaga. Pada asasnya, EDM digunakan untuk mendapatkan jarak cerun, manakala sudut ufuk dan sudut tegak dibaca pada teodolit.
SUDUT UFUK/BEARING = di baca
pada teodolit
JARAK UFUK = Jarak cerun di
ukur x COS (sudut tegak)
JARAK TEGAK = Jarak cerun
di ukur x SIN (sudut tegak)
Perolehan ketinggian adalah menggunakan konsep yang sama seperti kaedah stadia kecuali :
Tiada bacaan stadia di ambil (tiada staf)
Bacaan stadia tengah di gantikan dengan tinggi prisma.
Penggunaan kaedah ini membolehkan jarak tegak dan jarak diufuk diperolehi dengan lebih tepat berbanding kaedah tekimetri konvensional. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah trigonometri kerana ia berasaskan kepada konsep segitiga/trigonometri.
Bagi memudahkan kerja-kerja ini, alat TOTAL STATION direkabentuk supaya jarak ufuk dan jarak tegak diperolehi serentak. Pengguna hanya perlu mengambil tinggi alat (TA) dan tinggi prisma (h) sahaja. Lain-lain bacaan/parameter disimpan di dalam alat melalui memori khas. Kod-kod khas digunakan bagi setiapbutiran yang diambil.
Pelotan
Pelotan di buat dengan prosidur berikut :
Pelot titik-titik kawalan.
Pelot titik-titik dengan cara jejarian daripada titik-titik kawalan (bearing/sudut dan jarak)
Tuliskan ketinggian titik-titik atau butiran hendak
di tunjukkan.
Lain-lain maklumat yang perlu.