Ukur Hidrografi

Merupakan sains dan teknologi pengukuran dan penggambaran parameter-parameter yang perlu mengenai sifat-sifat dan rupabentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut.  Ia termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut.  Maklumat-maklumat ini digambarkan dalam bentuk carta dan dokumen.

Pada asasnya, carta hidrografi mengandungi maklumat berikut :

  • kedalaman paramuka dasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran

  • sempadan pantai termasuk topografi pantai

  • pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api dsb

  • gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran.

  • Maklumat yang ada pada Carta:


    Fenomena Pasang-Surut

    Pasang-surut adalah perubahan berkala naik dan turun paras permukaan air disebabkan perbezaan daya tarikan daripada pelbagai badan cakerawala, terutama bulan dan matahari ke atas permukaan bumi.

     

     

    Jenis-jenis Pasang-Surut

    Pasang-surut separuh harian - berlaku 2 kali pasang dan 2 kali surut sehari dengan hanya perbezaan kecil pada paras tertinggi dan terendah.

     

    Datum Pasang-Surut
    Paras Purata Laut (MSL) - paras purata yang dicapai air laut dalam tempoh masa tertentu.  Perubahan paras laut boleh berlaku kerana kesan jangka pendek seperti pencairan ais di kutub, meteorologi (hujan, angin & tekanan), ombak, dsb.  Tempoh cerapan dibuat antara 18 - 30 tahun.

    Paras Purata Pasang-Surut (MTL) - purata bagi ketinggian air pasang-surut bagi tempoh yang singkat.

    Purata air pasang dan surut Purnama (MHWS, MLWS) - purata bagi 2 kali air pasang dan 2 kali air surut berturutan dalam sehari bagi sepanjang tahun.  Ia berlaku semasa bulan berada pada fasa penuh atau baru, iaitu sekali dalam setiap 2 minggu.  Nilai ini berubah dari tahun ke tahun mengikut kitaran 18.6 tahun.

    Purata air pasang dan surut anak (MHWN, MLWN) - purata 2 air pasang dan 2 air surut bertuurutan dalam tempoh 24 jam.  Berlaku ketika bulan berada pada sukuan pertama dan akhir.

    Purata pasang dan surut tinggi (MHHW, MLLW) - purata paras air tahunan tertinggi dan teerendah dalam sesuatu tempoh (tahunan).

    Pasang-surut Terendah - paras terendah yang dapat berlaku dalam cuaca biasa.  Ia diperolehi dengan membuat kajian pasang-surut sekurang-kurangnya 19 tahun.




    PROSES KERJA HIDROGRAFI

    Proses kerja hidrografi yang bertujuan menghasilkan carta hidrografi ialah :

    Hosted by www.Geocities.ws

    1