Ukur Aras

 

Ukuran aras adalah sejenis ukur untuk menentukan tinggi rendah sesuatu titik di atas permukaan bumi berbanding dengan satu titik rujukan yang disebut sebagai Datum. Pengukuran ini dilakukan bagi kegunaan :

  1. Untuk pemetaan garisan garisan kontur.

  2. Untuk memplot muka keratan dalam satah pugak.

  3. Untuk membentuk titik-titik sama aras ketinggian dalam sesuatu projek pembangunan .

  4. Untuk menetapkan dalamnya korakan dalam kerja-kerja pembinaan.

  5. Untuk memacang tanda dalamnya dan ketinggian bagi potongan dan timbusan dalam projek pembinaan jalan .

  6. Untuk penandaan kecerunan bagi pengaliran air.

Kaedah ukur aras
Mencari Perbezaan Aras Antara Dua Titik yang Dekat dan Saling Nampak

Katakan dua titik itu ialah titik A dan B . (Lihat Rajah di bawah)

Peraturannya

Perbezaan aras di antara A dan B


 

Mencari Perbezaan Aras Antara Dua Titik yang Jauh

Pada Rajah di bawah , titik A dan E terletak berjauhan dan saling tidak kelihatan . Untuk mencari perbezaan aras antara A dan E atau mencari ars laras E , maka perlu diadakan beberapa buah stesen tambahan pada tempat yang patut sebagai penghubung . Bacaan akan diambil pada setaf yang diletakkan pada setiap titik yang telah ditentukan itu iaitu titik A, B, C, D dan E sebagai stesen akhir . Semua bacaan yang telah diambil mestilah dicatatkan ka dalam buku kerja luar pada halaman yang telah disediakan.

Cara-cara Mencatit
 

P.B.

P.A.

P.H.

Naik

Turun

Aras Laras

Jarak 

Catatan

1.37

 

 

 

 

100.00

0

A(B.M.=100m.)

1.22

 

1.92

 

0.55

99.45

40

B(titik pindah)

 

2.41

 

 

1.19

98.26

80

C

 

2.85

 

 

0.44

97.82

100

D

 

 

2.63

0.22

 

98.04

120

E(titik akhir)

Semakan :

Jumlah Pandangan Belakang - Jumalah Pandangan Hadapan

Jumlah Naik - Jumlah Turun

Aras Lars Akhir - Aras Laras Mula
 

 

Menentukan tinggi titik (Aras Laras)

Dengan cara naik dan turun

Jadual di atas tadi adalah satu contoh mencari aras laras titik -titik yang belum diketahui tingginya dengan cara naik dan turun . Pada jadual itu , jelas kelihatan bahawa bacaan setaf yang lebih besar daripada bacaan sebelumnya menunjukkan titik itu lebih rendah daripada titik sebelumnya dan sebaliknya.

 

Dengan cara tinggi garis pengkolimatan

Mencari aras laras titik yang belum diketahui tingginya boleh juga dengan menentukan terlebih dahulu kedudukan tinggi teropong , iaitu tinggi garis pengkolimatan dari sesuatu datum.

Hosted by www.Geocities.ws

1