Galileo pencetus sejarah teknologi intipan

GALILEO

REMOTE Sensing atau penderia jauh adalah salah satu daripada teknologi yang tertua di dunia dan digunakan sejak berabad-abad yang lalu. Teknologi itu kini digunakan secara meluas dengan pelbagai pembaharuan yang semakin canggih sehinggakan kita bukan sahaja mampu untuk melihat keluasan sesuatu kawasan, tetapi juga sehingga ke peringkat apakah jenis kasut yang dipakai oleh seseorang.

Ikuti bagaimanakah sejarah Remote Sensing bermula.

* Galileo: 1609

Galileo menggunakan teropong dan melihat bintik di atas bulan, permukaan bulan yang tidak rata dan Bima Sakti. Dia melakukan pemerhatian dan pengiraan secara berhati-hati, juga merekodkannya secara terperinci.

Catatan ini menjadi satu-satunya rekod yang ada mengenai sejarah awal remote sensing.

* Jurufoto udara pertama: 1859

Juru foto Peranchis, Gaspard Felix Tournachon melakukan pemerhatian dari udara menggunakan belon. Usahanya gagal tetapi dia berjaya mencetus idea kepada kaedah Remote Sensing dan menarik perhatian pihak tentera.

* Belon Tentera Amerika Syarikat: 1862

Pada April 1861 Professor Thaddeus Lowe melakukan tinjauan udara menggunakan belon udara berdekatan Cincinnati, Ohio. Angin kuat menerbangkannya ke Carolina Selatan dan dia diberkas kerana disangkakan perisik. Lowe percaya sekiranya belon itu diikat di satu lokasi, ia boleh digunakan untuk melakukan peninjauan dari udara. Presiden Lincoln menerima konsep belon dalam pasukan keselamatan AS di bawah kendalian Lowe. Kaedah ini tidak popular dan dibekukan pada 1863.

* Burung Pembawa Utusan: 1903

Satu lagi percubaan inovatif dengan meletakkan kamera kecil pada burung merpati pembawa utusan. Kamera akan mengambil gambar setiap 30 minit sepanjang burung itu terbang. Kaedah Remote Sensing awal ini mencetuskan rasa ingin tahu banyak pihak dalam Pameran Antarabangsa Fotografi Dresden 1909 apabila sekeping foto burung merpati dengan kamera kecil dipamerkan.

* Foto Dari Kapal Terbang: 1909

Foto pertama diambil oleh penumpang pesawat Wilbur Wright iaitu L.P Bonvillain ketika mereka melakukan demonstrasi penerbangan di Perancis pada 1908. Setahun kemudian, filem bergerak pertama diambil di Itali oleh juru foto yang juga ditemani Wright.

* Perang Dunia: 1914-1918

Kapal terbang digunakan untuk menggantikan belon bagi memerhatikan kedudukan musuh semasa Perang Dunia ke-2.

* Bom Berpandu: 1944

Penterjemah foto Tentera Udara Diraja, Constance Baddington Smith mengesan bom berpandu V-1 ketika mengkaji stereo foto udara di Stesen Eksperimen German, Baltic Coast.

* Program Apollo:1968

Teknik Remote Sensing digunakan untuk mengambil peta yang memaparkan permukaan lunar terutamanya lokasi pendaratan sesuai dalam misi ke bulan.

* Satelit Remote Sensing Awam: 1972

Penghujung Julai 1972, NASA melancarkan Satelit Sumber Teknologi Bumi untuk mendapatkan gambaran mengenai hasil bumi, galian, tanah, pembangunan bandar dan bumi. Ia dinamakan Landsat. Landsat 2 sehingga 5 menyediakan banyak data mengenai bumi untuk dianalisa. Program itu dianggap berjaya sehingga kini dan Landsat 7 telah diusahakan.

* Lubang Ozon: 1985

Pencemaran ozon di Antartika dikesan oleh saintis British melalui Nimbus-7 Total Ozone Mapping Spectrometer (TOMS) yang dilancarkan pada 1978.

* Chernobyl: 1986

Teknik remote sensing digunakan dalam keadaan kecemasan semasa letupan pusat nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, yang menyebabkan pembebasan sejumlah besar bahan radioaktif ke atmosfera. Imej dari satelit remote sensing AS dan Peranchis memantau perkembangan aktiviti di tempat kejadian.

* Taufan Andrew: 1992

Taufan Andrew menyebabkan kerosakan besar dalam sejarah Amerika Syarikat terutamanya di Selatan Florida. Bagaimana kecelakaan nyawa dapat dikurangkan berikutan amaran dari satelit. Satelit berkeupayaan tinggi mewujudkan tiga dimensi konstruktif, yang dapat menganggarkan kelajuan taufan.

* Banjir Sungai Mississippi: 1993

Satelit digunakan untuk mengesan perubahan dan menjangka bantuan dalam keadaan kecemasan semasa banjir besar AS. Sehingga kini, teknologi Remote Sensing yang semakin canggih digunakan secara meluas. Penggunaan teknologi ini bagaimanapun lebih banyak memberikan kelebihan kepada negara maju yang menguasai teknologi dan memproses maklumat.

Hosted by www.Geocities.ws

1