* Satelit remote sensing yang terbaru akan digunakan oleh Malaysia ialah Lancer milik Perancis yang mempunyai keupayaan lebih tinggi daripada satelit-satelit lain. Ia dilancarkan pada April tahun ini.
* Malaysia mula menggunakan teknologi remote sensing secara kecil-kecilan pada 1988.
* Stesen bumi yang dibina oleh Malaysia di Temerloh, Pahang bernilai RM80 juta.
* Data-data yang diperoleh oleh Malaysia dari negara jiran lambat tiba ke negara ini kadang-kadang sehingga sebulan selepas rakaman gambar dibuat oleh satelit.
* Satelit remote sensing paling istimewa yang mempunyai resolusi terbaik ialah Ikonos, milik Amerika Syarikat yang dilancarkan pada Disember 1980.
* Satelit remote sensing wajib mempunyai lesen untuk mengorbit bumi dan untuk mendapatkannya ia memakan masa selama lima tahun.
* Pelancaran satelit ke angkasa lepas menandakan bermulanya polisi langit terbuka tetapi setiap negara perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Institution For Peaceful Uses Outerspace.
* Gambar yang dirakamkan oleh satelit remote sensing yang ada sekarang memperlihatkan objek dengan jarak satu meter.
* Data yang diperoleh daripada satelit adalah berbentuk nombor tetapi ia akan diterjemahkan menjadi objek ke dalam komputer melalui CD-ROM.
* Satelit remote sensing mempunyai dwi penderia sama ada menggunakan penderiaan optik ataupun gelombang mikro.