Pemetaan bawah permukaan bumi guna remote sensing

Helikopter digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah

Biasanya kebocoran paip bawah tanah yang berlaku di kawasan pedalaman sukar dikesan oleh mereka yang terlibat dalam industri minyak atau gas.

Ini kerana kawasan pedalaman yang melebar sejauh beberapa ratus kilometer dengan struktur permukaan bumi masih tidak terjejas dengan pembangunan bandar menyukarkan syarikat menghantar pasukan membaik pulih kebocoran yang berlaku.

Perjalanan dengan menaiki kenderaan darat biasanya mengambil masa beberapa hari atau minggu.

Bagaimanapun, masalah itu kini boleh diatasi apabila Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) berjaya membangunkan peralatan untuk mengesan kebocoran pada saluran paip bawah tanah yang terletak di kawasan sukar seperti pedalaman atau gunung-ganang.

Cathodic Protection Monitoring System mampu meninjau kebocoran saluran pai bawah tanah dari kedalaman sehingga 200 meter dari permukaan bumi

Alat yang dinamakan Cathodic Protection Monitoring System itu dipasang pada helikopter dan mampu membuat tinjauan dari udara untuk mengumpul data.

Helikopter terlibat akan berlegar-legar dan terbang di sepanjang saluran paip bagi mengesan kebocoran yang berlaku.

Hasil tinjauan geologi yang tepat dari kedalaman 200 meter dari bawah permukaan bumi yang dilakukan oleh alat itu menunjukkan ia boleh digunakan untuk mengesan dan memeta lapisan arang batu, lombong serta formasi batuan.

Selain itu ia boleh digunakan untuk melihat dengan jelas lapisan bawah asfalt bagi memeta saluran paip bawah tanah, kabel dan dawai kuasa yang ditanam di dalam tanah.

Ia itu juga boleh digunakan untuk mengesan punca pencemaran dan memantau keretakan atau kebocoran awal yang berlaku pada saluran gas atau minyak.

Alat yang dipasang pada helikopter itu menggunakan teknologi remote sensing yang terkini.

Bahagian bawah helikopter dilengkapi dengan peralatan seperti kayu panjang yang berfungsi membawa peralatan elektromagnet.

Alat yang dilekatkan pada bahagian bawah helikopter mampu mengesan sebarang kebocoran yang berlaku pada saluran paip bawah tanah.

Ia dapat dikesan apabila satu imej yang terbentuk hasil pancaran bunyi elektromagnetik membolehkan para saintis memeriksa kesempurnaan saluran paip yang berada pada kedalaman satu meter di bawah permukaan bumi.

Peralatan yang dihasilkan daripada kajian sekumpulan ahli kaji bunyi NASA mengenai bunyi elektromagnetik itu menunjukkan bahawa tidak mustahil untuk para saintis mencipta satu peralatan yang boleh mengimbas, mengesan dan melihat dengan jelas apa yang berlaku di bawah batu dan tanah.

Hosted by www.Geocities.ws

1