
Radar
Kaedah Remote Sensing pertama kali digunakan pada 1950 oleh Pegawai Penyelidik Tentera Laut Amerika Syarikat, Evelyn Pruitt. Kini penggunaannya sudah lazim dan menjadi mekanisme untuk mengenal pasti, memerhati dan mengukur sesuatu objek tanpa mengadakan hubungan secara langsung dengan objek tersebut.
Proses ini meliputi kaedah mengesan dan pengukuran radiasi yang berbeza, yang dihasilkan daripada jarak objek atau sesuatu bahan.
Kaedah Remote Sensing menggunakan dua peralatan utama iaitu pasif dan aktif. Peralatan pasif mengesan tenaga semulajadi yang dihasilkan oleh objek sasaran. Pancaran cahaya matahari umpamanya merupakan sumber luar yang lazim dikesan oleh peralatan pasif.
Dalam pada itu, para saintis turut menggunakan pelbagai deria pasif yang lain. Salah satu ialah radiometer untuk membilang kuantiti tekanan radiasi elektromagnet dalam gelombang spektrum. Alat ini digunakan untuk mengenal pasti bahagian yang meliputi spektrum seperti infra merah atau gelombang mikro.
Selain itu, radiometer imejan yang meliputi keupayaan pengimbasan bagi menghasilkan barisan dua dimensi daripada imej turut digunakan. Pengimbas akan bertindak secara mekanikal atau elektronikal dengan menggunakan 'barisan pengesan'. Alat lain ialah spectrometer untuk mengesan, mengukur dan menganalisa kandungan kejadian radiasi elektromagnetik. Secara konvensional, spectrometer imejan menggunakan prisma untuk menyerakkan radiasi.
Sementara itu, spektroradiometer adalah sejenis radiometer yang boleh mengukur tekanan radiasi dalam pelbagai jarak gelombang. Biasanya yang direka bagi kaedah Remote Sensing adalah dalam parameter tertentu umpamanya untuk suhu permukaan laut, jenis awan, warna laut dan jenis kimia atmosfera. Peralatan kedua ialah jenis aktif yang menyediakan tenaga sendiri (radiasi elektromagnet) bagi menerangi objek yang diperhatikan. Getaran tenaga daripada deria dihantar kepada objek dan menerima tindak balas radiasi daripada objek tersebut.
Antara jenis peralatannya ialah radar. Radar menggunakan alat pemancar sama ada yang beroperasi pada radio atau frekuensi gelombang mikro bagi menyebarkan radiasi elektromagnet dan antena secara langsung. Jarak objek boleh dianggarkan kerana radiasi elektromagnetik diselerakkan kepada kelajuan cahaya. Peralatan lain adalah scatterometer iaitu radar gelombang mikro berfrekuensi tinggi yang direka khusus untuk mengukur penyelerakan radiasi.
Di permukaan laut umpamanya, pengukuran selerakan radiasi dalam kawasan spektrum gelombang mikro boleh digunakan untuk mendapatkan kelajuan dan arah angin. Lidar turut digunakan, yang menggunakan laser iaitu sejenis cahaya kuat melalui ransangan penyebaran radiasi, bagi memancarkan ransangan cahaya dan penerima melalui pengesan sensitif untuk mengukur penyelerakan cahaya.