Bumi dan atmosferanya![]()
BUMI
Bumi merupakan satu bentuk spheroid, dalam bentuk sfera yang tertekan dikedua kutubnya dan mengelembung di kawasan khatulistiwa (equator).
Model matematik bumi dianggap sebagai bentuk ellipsoid dengan parameter-parameter yang tertentu. Secara umumnya jejari bumi (a) pada garis khatulistiwa adalah 6378.137 km (3963.19 batu), ukur lilitnya pula 40075 km (24901.5 batu), flattening (f) ialah 0.00335281. Oleh itu jejari pada arah kutub (jk) dapat dikira dengan hubungan berikut: jk = a(1-f)
Bumi biasanya diwakili oleh model matematik sebegini dalam pelbagai aplikasi. Perlu diingat bahawa bentuk bumi yang sebenar tidak dapat diwakili dengan tepat. Sila rujuk kepada topik unjuran peta bagi mengetahui bagaimana bumi diwakilkan secara matematik.
LINGKUNGAN (SFERA) BAGI BUMI
Secara keseluruhannya lingkungan bumi terbahagi kepada empat sfera yang berasingan.
Permukaan bumi - dikenali sebagai lithosphere, yang merangkumi bahagian luar bumi serta keraknya.
Bahagian akauatik - dinamakan hydrosphere, yang meliputi bahagian akuatik atau air.
Bahagian udarakasa - dipanggil atmofera, komponen utama yang menyokong kehidupan dibumi terdiri dari udarakasa yang meliputi bumi.
Bahagian kehidupan - dikenali sebagai biosphere, yang mana merangkumi setiap kehidupan di planet bumi.
Cuaca dan iklim (weather and climate)
Cuaca mempunyai keadaan yang dinamik iaitu sentiasa berubah -ubah. Ia mewakili keadaan atmosfera bumi pada sesuatu ketika dan lokasi.
Iklim selalunya dianggap purata bagi keadaan-keadaan cuaca bagi sesuatu kawasan. Ia merupakan himpunan bagi keseluruhan maklumat (secara statistik) cuaca bagi menerangkan keadaan cuaca bagi sesuatu tempat.
Kandungan atmosfera
Komponen utama dalam atmosfera bumi ialah:
Nitrogen - 78%
Oxygen - 21%
Lain-lain - 1%
Karbon dioksida (carbon dioxide)
Gas ini merupakan penyerap haba yang dijanakan oleh bumi dan mempengaruhi tahap suhu (kepanasan) atmosfera.
komponen yang berubah-ubah (dinamik)
Wap air
Ia merupakan sumber bagi pembentukan awan dan peruapan (precipitation)
Ia mempunyai keupayaan bagi menyerap haba yang dijanakan oleh bumi dan juga haba dari pancaran matahari
Haba latent (latent heat) merupakan tenaga yang diserap atau dijanakan apabila air berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain (pepejal, cecair, gas)
Aerosol
Bahan-bahan terampai yang terdapat dalam atmosfera (habuk, jeragan, hablur air dan sebagainya)
Ozone
Sejenis gas (sebahagian dari oksijen) yang menyatukan tiga atom oksijen bagi membentuk satu molikul (O3) terdapat dalam kuantiti yang besar dilapisan atmosfera yang dipanggil stratosphere
Ketinggian dan struktur atmosfera
Perubahan tekanan
Tekanan udarakasa merupakan berat bagi udara dalam satu turus (kolum). Oleh itu makin meningkat altitud maka tekanan atmosfera akan menjadi semakin kurang.
Perubahan suhu
Suhu udarakasa akan menjadi semakin berkurangan dengan pertambahan kepada altitud (ketinggian dari permukaan bumi)
Kandungan gas (ketumpatan)
Sebagaimana tekanan dan suhu, ketumpatan udarakasa juga akan mengalami perubahan yang berkadaran dengan ketinggian
Lapisan atmosfera bumi
Troposphere - lapisan atmosfera yang terbawah sekali, paling hampir dengan permukaan bumi. Dalam lapisan ini suhu berkurangan dengan pertambahan altitud.
Stratosphere - Kawasan pemisah (buffer) diantara troposphere dan stratosphere dinamakan tropopause. Suhu dilapisan ini akan menjadi lebih tinggi kerana ketumpatan gas ozone yang tinggi.
Mesosphere - Ini merupakan lapisan ketiga, suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke kawasan pemisah mesopause.
Thermosphere - Lapisan yang hanya mempunyai sedikit sahaja udarakasa.
Perubahan kandungan dalam arah vertikal
Berdasarkan kepada kandungan, atmosfera dapat dibahagikan kepada dua lapisan iaitu homosphere - mempunyai kandungan yang stabil serta sama dan heterosphere - mempunyai kandungan yang bercampur-campur.
Lapisan Ionosphere - Merupakan lapisan yang mempunyai caj elektrik. Setiap molikul gas yang terlibat (wujud) dalam lapisan ini kehilangan satu atau lebih elektron dan menjadi ion yang bercaj positif oleh itu elektron akan dapat bergerak bebas sebagai arus elektrik.