|
Terbaru lahirnya dari EMI yang menampilkan band-band 'underground' yang berpengaruh di negara ini. Antara band yang terlibat ialah 'Koffin kanser', 'Republic Of Brickfields', 'Butterfingers', 'Blind Tribe', 'Necrotic Chaos', 'A.C.A.B', 'Gerhana Skacinta', ,Sil Khannaz', 'Flop Poppy', 'Cashmere' dan 'Another Side'. Mereka menampilkan muzik tersendiri dalam pemilihan lagu kegemaran masing-masing dari kumpulan lagenda Sweet Charity yang telah lama berkubur. Sweet Charity dianggap band rock pertama di negara ini walaupun ia berasal dari negara Singapura. Walaupun ada band rock lain sezaman mereka tetapi ia tidak dapat menyaingi populariti Sweet Charity. Kesemua band yang menyertai projek ini melahirkan rasa bangga mereka walaupun sesetengah ada juga yang baru berjinak-jinak mendengar album Sweet Charity.Maklumlah Sweet Charity wujud di pertengahan 70an dan ada dari anggota band 'underground' yang masih belum wujud di dunia ini lagi. Mungkin Aru 'raja underground' yang lebih berpengalaman dan merasai di era zaman keangungan Sweet Charity lebih 20 tahun. Apa kata kita dengar komen Aru mengenainya memandangkan dia juga turut berduet dengan Ramli Sarip untuk lagu 'Dunia Perlumbaan'. "Aku rasa gementar bila bertemu dengannya. Malam pertama memang aku tak boleh menyanyi dan abang Ramli suruh aku balik dulu. Besoknya barulah aku datang balik dan menyanyi bersama untuk lagu 'Dunia Perlumbaan'. Bagi aku Sweet Charity adalah band tempatan pertama yang aku lihat dangan aksi rock. Ketika itu mereka mengadakan persembahan bersama kumpulan 'Black Dog Bone'. Aku juga pernah 'jamming' lagu mereka. "Tiba-tiba aku menyanyi pula dengan penyanyinya. Aku memang berbesar hati dan aku ucapkan terima kasih kerana pujiannya (Ramli) terhadap 'arrangement' muzik yang aku buat bersama kumpulan 'Republic Of Brickfields'. Untuk lagu ini kami bawa dalam bentuk 'reggae'." jelas Aru. Kita lihat huraian lagu yang terdapat di dalam album 'Tribute To Sweet Charity'. |
1 .Jangan Tunggu Lama-lama 2. Perjalanan 3. Berita Gempar 4. Datang Dan Pergi 5. Penunggu 6. Musibah 7. Tahun 2001 8. Lahirmu Bukan Untuk Dunia 9. Teratai 10. Raja Kumbang 11. Dunia Perlumbaan 12. Hanya Rock n'
Roll
|
Article from Media Hiburan , 24 - 30 March
2001.
... go back ...